Dapur ini pada mulanya berwarna malap serta tidak mempunyai sebarang elemen tarikan semasa menyediakan juadah buat seisi keluarga. Pemiliknya En Ahmad Hadri Ahmad Rosli bercadang untuk menukar dapurnya daripada malap kepada lebih terang serta mempunyai pertambahan dari sudut meja island. Pada masa yang sama dia risau akan impiannya jika dilaksanakan secara sendiri tanpa rujukan pakar, ia akan memakan ruang dapur rumahnya sehingga menjadi sempit dan lebih gelap.
Pemilik kediaman dan dapur ini amat pemurah dan sentiasa bersikap terbuka semasa sesi photoshoot dan temuramah dijalankan antara wartawan serta jurugambar IMPIANA dijalankan. Beliau berkongsi tentang bagaimana hasrat hatinya yang selama ini mahukan sebuah dapur yang indah serta terang untuk membantunya menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dalam mahligai yang dibina bersama isteri tersayang.
Menurut En Hadri Rosli, beliau menyatakan bahawa dapurnya mempunyai kadar cahaya yang terhad, berikutan pemilik sebelum ini tidak ada memasang apa-apa lampu tambahan, justeru beliau mengambil pendekatan untuk membuat penambahan sendiri tetapi masih lagi merasakan terdapat banyak kekurangan yang harus diperhalusi semula.
Ads
Gelap Berganda
Dapurnya bukan sahaja gelap dari sudut penggunaan cahaya, terdapat juga pemasangan lantai jubin bertona gelap dan tingkap dapur hanya mempunyai satu sahaja sumber cahaya yang masuk dan ianya telah dilekatkan dengan kertas lut gelap untuk memastikan jiran dibahagian belakang rumahnya tidak dapat melihat penghuni rumah dibahagian dalam.
Selain itu, pintu kabinet dapur disebelah atas dan bawah berwarna coklat gelap. Selain itu, elemen praktikaliti juga tidak ada dalam dapurnya walaupun dia ada memasang mini meja kaunter yang hanya boleh menempatkan satu tempat sahaja.
Dibawah ini, IMPIANA buatkan kompilasi selepas dekor, dan untuk maklumat lanjut, ikuti siaran IMPIANA TV di Saluran Astro Prima dan Maya HD pada hari Selasa 1230 Tgh dan siaran ulangan pada pukul 9 malam.
Ads
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Selain daripada tema moden industri, moden dan skandinavia, terdapat satu lagi idea hiasan dalaman yang kini meningkat naik dan semakin digemari ramai. Ia adalah contemporary rustic.
Oleh itu, untuk entri kali ini, IMPIANA ingin menerangkan serba sedikit apa itu konsep dekorasi contemporary rustic dan bagaimana kita boleh aplikasikannya di dalam rumah.
Sebagai permulaan, Rustic berasal daripada perkataan rusty yang bermaksud berkarat atau sudah lusuh. Konteksnya banyak diguna pakai terhadap material besi apabila tidak dijaga dengan betul, akan berkarat dan tiada nilai. Manakala contemporary pula membawa makna terkini dan baharu. Ia juga sesuai untuk dikatakan bahawa tiada tetapan garis masa.
Dalam konteks rekaan serta hiasan dalaman, ia membawa makna kesan alam semulajadi, material yang tidak ditempa serta kekal seperti mana asal contohnya kayu, batu, logam dan sebagainya.
Aplikasi Rustic
Idea rustic bersifat lama atau old school, jadi berikannya nafas baharu. Anda padankannya dengan menghias dinding rumah melalui penggunaan kayu panel sebagai ganti warna cat. Tujuannya adalah untuk meningkatkan lagi elemen geometri kerana bentuk alur kayu mempunyai jaluran simetri yang amat menarik. Padankan ianya dengan pemilihan perabot berwarna kayu gelap seperti meja dan kerusi makan.
Selain itu, anda seharusnya memastikan setiap ruang dalam rumah tidak dipenuhi dengan pelbagai barang yang tidak sesuai sehingga menjadi semak. Hanya letakkan perabot dan perkakas yang perlu sahaja di rumah anda dan jika anda kekalkan ianya sebegini, maka rumah anda sudah lengkap dengan konsep rustic modern.
Berikut adalah kompilasi serta contoh idea untuk anda aplikasikan dalam rumah bagaimana rustic modern digunakan dalam setiap ruangan utama di kediaman anda.
Ruang Tamu
Dapur
Bilik Tidur
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Gara-gara minat yang mendalam terhadap dekorasi dalaman serta membela ikan hiasan, pasangan petugas Teknologi Maklumat ini ‘menanam‘ aquarium ke dalam dinding rumah mereka dan ia dipadukan dengan hiasan rumah bertemakan modern contemporary.
Menurut Pn Nurlailah Khadijah, idea hiasan sebegini banyak merujuk di laman perkongsian gambar atas talian iaitu Pinterest. Rancangan untuk menanam akuarium dijalankan kerana apabila meletakkannya, pasti menggunakan ruang yang besar, maka terciptalah idea ini iaitu menanamnya dalam dinding dan hasilnya ia tidak menggunakan banyak ruang dalam rumah.
Konsep pilihan pasangan ini dapat dilihat dalam penataan warna emas di perabot manakala contemporarynya pula amat jelas kelihatan di bahagian dinding iaitu pemasangan wainscoating yang menghiasi feature wall ruang tamu kediaman yang berkeluasan 1800 kaki persegi ini.
Jika diteliti segenap ruang dalam rumah ini, tidak banyak ruang kosong dapat dilihat kerana ia telah dihias dengan pelbagai jenis aksesori termasuk tumbuhan artificial dan pelbagai lagi. Pasti bermain difikiran, kanak-kanak tidak ganggu segala hiasan ini?
Menurutnya, satu perjanjian telah dibuat antara mereka sebagai ibu bapa dan anaknya, iaitu si ibu akan menyediakan sebuah playroom untuk tiga orang anak mereka dengan syarat agar mereka berjanji untuk tidak menyentuh segala barangan hiasan yang dipamerkan di ruang tamu.
Penulis memuji tindakan ibubapa ini, walaupun nampak tegas, ia adalah win-win situation diantara ibubapa dan anak-anak.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tanpa kita sedari, ramai antara kita membuang masa dalam penetapan konsep serta tema dekorasi kediaman seperti konsep industri, moden klasik, minimalis hipster dan pelbagai lagi. Namun, kita terlupa adanya konsep bersih, tenang dan sayup mata memandang. Konsep ini lebih kepada membuatkan pemiliknya apabila masuk ke dalam rumah, berasa tenang dan sedikit bangga dengan hasil cetusan idea dekorasi yang dipersembahkan kepada tetamu yang datang bertandang.
Menurut seorang suri rumah iaitu Pn Zainul Asikin, idea dekorasi di rumahnya banyak diinspirasikan daripada laman perkongsian group dekorasi yang ada di laman facebook serta melalui pertukaran idea bersama peminat hiasan dalaman rumah yang lain.
“Jumlah keseluruhan yang saya guna untuk hasil sebegini adalah sebanyak RM3K dan ada sebahagian aksesori di rumah ini saya beli di kedai serbaneka serta jualan murah”, ujarnya.
Kediaman flat ini berkapasiti 3 bilik tidur dan 2 bilik air, hiasannya banyak diusahakan sendiri oleh Pn Zainul seperti bingkai cermin yang dipasang atas televisyen hanya disalut dengan tape warna hitam dan disusun rapi malahan wallpaper yang berbentuk seakan susunan batuan suzuka ini juga dipasang sendiri oleh beliau dengan bantuan anaknya yang ketika ini sudah meningkat remaja.
“Saya tidak mengambil masa yang lama untuk menyiapkan dekorasi kerana tugas seharian sebagai suri rumah serta menjahit, setiap kelapangan masa yang ada saya akan gunakan untuk menyiapkan hiasan dalaman di rumah saya”, kata ibu kepada 6 anak ini.
Meja makannya tidak dibiarkan kosong dengan warna putih, ia dihias dengan jaluran hitam daripada pita pelekat manakala terdapat banyak pinggan kaca bercorak digantung sebagai hiasan.
Di bawah ini merupakan antara cetusan idea Pn Zainul untuk tatapan pembaca IMPIANA, mana tahu artikel ini boleh membantu anda. Selamat Mencuba!!.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.