Rona merah merupakan warna yang dikategorikan sebagai panas. Ia juga simbol kepada warna api, darah yang membawa makna kekuatan, emarahan, kebencian keberanian dan semangat. Ia juga sering dikaitkan dangan warna cinta dan hati. Dari aspek kesihatan, rona merah berupaya meningkatkan perhatian dan menambah metabolisma badan kita secara tidak langsung sesuai untuk anda yang sedang berusaha untuk kurus.
Namun, rona merah jarang sekali dipilih sebagai rona dekorasi. Berikut inspirasi rona merah dalam menata hias kediaman:
Dewasa ini bagaikan satu trend bagi mereka yang melancong atau bercuti untuk memilih homestay berbanding menginap di hotel. Ia mungkin disebabkan harganya yang lebih murah tambahan dengan tawaran service yang menarik dan lokasi lebih dekat dengan pusat aktiviti. Sebagai bonus, dekorasi yang mempunyai konsep yang tersendiri antara tarikan utama dan sentiasa menjadi pilihan bagi mereka yang ingin merasai suasana yang disajikan.
Seperti The Ridgehill Manor yang terletak di Bukit Rimau Shah Alam. Ia murapakan sebuah banglow yang kini menjadi homestay atau event space yang mengetengahkan gaya atau konsep rustic European. Ciri-ciri eropah klasik jelas dapat dilihat pada bahagian fasad mahupun dekorasi dalamannya.
Mempunyai keluasan 8000 kaki persegi, The Ridgehill Manor dilengkapi dengan 6 bilik tidur, 5 bilik mandi, ruang tamu, attic, dapur dan laman yang luas. Ini menjadikan a mempu memuatkan lebih 16 orang dalam satu masa untuk menginap di kediaman ini. Laman nya yang luas juga sesuai diadakan sebarang majlis terutamanya kenduri kahwin dan majlis keraiaan.
Setiap perincian dan pemilihan perabotnya mengetengahkan ciri-ciri Eropah klasik. Ia amat sesuai bagi anda yang tidak berkesempatan untuk mengembara namun ingin merasai suasana berada di dalam sebuah banglow era Eropah klasik
Untuk lihat lebih perinci dekorasi banglow ini, sila tonton video 360 darjah yang telah disediakan
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Melihat pada luaran apartmen yang terletak di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur ini hanya boleh disimpulkan sebagai sebuah pangsapuri kos rendah yang mempunyai hiasan dalam yang ‘biasa-biasa’ sahaja. Namun begitu, kebijaksanaan si pemilik rumah berjaya mendekorasikan unit apartmen ini berubah menjadi seperti sebuah kondominium mewah tanpa perlu melakukan pengubahsuaian yang besar. Tampil dengan konsep moden kontemporari berona monokrom menyerlahkan lagi gaya glamor dan elegan pada setiap ruang. Semoga paparan perkongsian idea-idea menarik ini boleh dijadikan inspirasi buat anda.
Semasa unit apartmen yang berkeluasan 800 kaki persegi ini dibeli, ia hanya sebuah kediaman yang kosong. Sedikit demi sedikit, si pemilik kediaman berusaha untuk mengubah gaya hiasan dalaman apartmen miliknya. Bermula dengan menukar lantai tiles dan siling plaster, selebihnya lebih memberi fokus pada pemilihan perabot, cat dinding dan susun atur. Kesemua kos membaik pulih dan harga perabot tidak melebihi RM10,000.
Bukan hanya daripada segi konsep dan idea, pemilik kediaman yang merupakan seorang wanita ini juga melakukan sendiri kerja-kerja seperti mengecat dinding dan pintu, memasang kertas dinding dan hiasan pada dinding semuanya hasil usahanya sendiri. Ini termasuk dinding jalur hitam putih yang berada di sudut ruang tamu. Jangan anggap wanita tidak mampu untuk melakukan kerja-kerja rumah ya kerana pemilik ini sendiri sudah berjaya membuktikannya. Hasilnya, memang superb!
Pemilihan warna hitam dan putih secara tidak langsung mencipta ilusi luas pada ruang yang sebenarnya sempit dan terhad. Ditambah pula dengan penggunaan cermin menjadikan ruang tampil begitu sempurna.
Gaya eklektik yang menggabungkan perabot antik dengan warna-warna pastel, renda dan bunga-bungaan feminin, digayakan lusuh atau vintaj. Jika anda sukakan gaya lembut dan timeless sebegini, ini adalah beberapa karakter utama yang perlu ada di kediaman anda untuk mencapai ruang SHABBY CHIC yang begitu cantik lagi menarik.
4 Ciri Shabby Chic
#1 Mix and Match
Buka minda dan jangan takut untuk mencuba sesuatu yang luar dari kebiasaan. Mix and match kan perabot, material, warna-warnapastel dengan elemen klasik untuk look shabby chic yang lebih sempurna.
#2 Elemen Vintaj atau Klasik
Segala perhiasan dan perabot untuk tema ini perlu kelihatan klasik tetapi dalam masa yang sama timeless.
#3 Feminin dan Ceria
Konsep ini memang terkenal dengan gaya feminin nya yang diterjemahkan melalui pemilihan warna dan juga motif floral yang sudah sinonim dengan lambang kewanitaan.
#4 Warna-warna Neutral
Penggunaan warnaneutral dapat tone down kan elemen klasik yang mungkin akan kelihatan sarat jika dipadankan dengan warna yang terang. Jadi, rona seperti putih, beige dan kelabu adalah pilihan yang bijak.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Trend bilik mandi berwarna semakin mendapat perhatian apabila pemilik kediaman mula menjadikan ruang ini sebagai sebahagian daripada ekspresi gaya hidup dan identiti rumah.