MULAKAN ALAM BERUMAH TANGGA DALAM RM3000 !

Seronoknya mulakan hidup berumahtangga. Namun dalam memulakan hidup berdua, ada beberapa keperluan asas yang perlu ada agar kerja-kerja rumah dan lain-lain lancar lagi terurus. Jadi wang hantaran tu jangan dibazirkan, tetapi digunakan untuk keperluan anda juga.  Jika bajet anda tidak cukup, cari sahaja peralatan terpakai yang masih elok dan menarik. Jadi apalah agaknya senarai pilihan IMPIANA.

1. Nyawa sebuah kediaman – Dapur. Pastikan anda memiliki dapur mudah alih. Anda boleh memilih dapur gas atau elektrik. Tidak perlu terlalu besar asalkan ia cukup untuk menyediakan juadah bagi dua orang atau tiga.

2. Tilam Tilam antara barang yang sangat penting untuk  kediaman baru anda. Jika anda telah beli dengan set katil, pastikan tilam anda cukup berkualiti kerana ia perlu di pakai maksima 10 -15  tahun. Tilam saiz queen atau king ya!

3. Peti sejuk, Jangan menidakkan kemampuan anda berbelanja barangan dapur hanya kerana anda baru kahwin. Peti sejuk kecil satu pintu dilihat amali. Namun jika anda yang jenis gemar membeli barangan dapur, carilah peti sejuk terpakai yang lebih besar dengan harga mampu milik.

4. Mesin basuh Dapatkan mesin basuh yang berkualiti dan tahan lasak. Anda jangan  lupa selain pakaian anda, mesin basuh juga bakal mencuci keperluan anak isterinya.Segala cadar , sarung bantal, kain baju lampin sewajarnya mampu di cuci dalam masa yang pantas.

4. Set mangkuk dan spatula.Ringkas tapi penting. Pinggan mungkin anda dapat sebagai hadiah perkahwinan tetapi keperluan lain seperti mangkuk lauk, nasi dan spatula . Tidak perlu berjenama mewah, cari sahaja di kedai RM2 yang cantik lagi menjimatkan.

5. Set kerusi . Jika anda bercadang membeli sofa, pastikan anda membeli sofa utama dahulu. Dari situ and boleh mengembangkan idea tata  hias kediaman anda dengan menggandingkan kerusi yang lain. Jika terlalu mahal, beli sahaja permaidani dahulu bersama bantal-bantal kecil yang selesa.

6. Televisyen Jika mempunyai duit lebih boleh dapatkan saiz yang sederhana besar jika tidak punya bajet besar. Jangan lupa juga dapatkan kebinet televisyen sebagai menempatkan segala kelengkapan menonton anda.

7. Papan sterika.Anda mungkin mendapat sterika sebagai hadiah perkahwinan. Jadi jangan lupa membeli papan sterika bagi kerja – kerja menggosok baju .  Jangan sampai terlupa…

Andai dapat 3 -4 barangan elektrik yang sama sebagai hadiah perkahwinan, jualkan sahaja bagi mendapat wang lebih . Sudah pasti ramai pembeli yang menanti.