Se (51)

Homegrown kalau tanam pokok lada, biasa alami masalah daun berkerinting, bercapuk-capuk, buah berulat dan pelbagai lagi. Semua ini adalah masalah biasa bagi pokok cili. Kalau secara koemrsial, pokok-pokok akan disembur racun bagi memastikan buah yang dihasilkan cantik, namun tak berkhasiat dan bahaya kepada kesihatan.

Tapi En. Azuan Abdullah berkongsi semburan organik untuk cegah penyakit dan serangga pada tanaman terutamanya cili di dalam page Sahabat Kebun Anda Berikut resepi untuk hasilkan semburan serangga dan penyakit untuk pokok cili. Menurut En. Azuan, resepi ini juga sesuai untuk pelbagai jenis tanaman lain seperti jagung, terung dan sebagainya

Baik. Penyakit kerinting dan buah buruk ni normal bagi pokok lada bila kita tak kawal dari awal.

Ada tiga sebab bila pokok cili kita jadi kerinting :
1. Serangan oleh kutu trip. Pucuk muda akan kerinting ke atas. Jika tak dikawal ianya akan jadi penyakit virus.
2. Serangan oleh afid. Daun yang kena penyakit ada simptom mozek, rintik-rintik dan kerinting @ kerekot. Ia dah kena penyakit virus.
3. Serangan Lalat Putih. Daun yang kena penyakit ada simptom mozek dan kerinting ke bawah. Ia juga dah kena penyakit virus.
Buah buruk pula mungkin disebakan oleh dua sebab ni :
1. Antraknos atau bintik berpusar. Disebarkan oleh kulat. Ada kesan bintik berpusar warna hitam pada buah. Buah akan jadi rosak dan kering di pokok.
2. Serangan Lalat Buah. Terdapat kesan lubang kecil pada buah. Ada lorong – lorong kecil dalam buah dan biasanya terdapat larva dalam buah tersebut. Buah akan jadi busuk dan gugur.
Semua penyakit dan perosak ni kita boleh cegah dari awal lagi. Kita guna racun organik.

IKLAN

Okey ni bahan-bahan dan cara-cara untuk buat kedua-dua formulasi ni ye.
Formulasi Racun Organik – Hama, Kutu Trip, Afid dan Serangga Jenis Penghisap

Bahan-Bahan:

1. Daun neem @ semambu : 30 gram
2. Daun limau purut : 20 gram
3. Cili padi : 20 gram
4. Sabun cuci pinggan : 50 ml (tak kisah brand apa)
5. Air bersih : 1 Liter

IKLAN

Cara-Cara

1. Blender semua bahan diatas hingga hancur dan sebati.
2. Peram selama 1 minggu ditempat teduh. Pastikan bebas daripada terkena cahaya matahari secara terus.
3. Tapis dan masukkan dalam bekas @ botol yang tidak telus cahaya.
4. Boleh simpan antara 3-6 bulan.
*Penggunaan*
1. Ambil larutan pati tadi dan masukkak ke dalam alat penyembur. Kadar pencairan 1 ml larutan pati untuk 1 liter air.
2. Masukkan cuka kayu ke dalam bekas penyembur tadi. Kadar pencairan 3 ml cuka kayu untuk 1 liter air.
3. Goncang @ kacau hingga sebati campuran tadi dan biarkan 3 minit.
4. Sembur bawah daun muda dan pucuk hingga basah lencun. Eloknya sembur pada awal pagi.
5. Ulang langkah ini sekali seminggu. Saya biasa buat semburan pada pagi Jumaat.

IKLAN

CARA MUDAH BUAT RACUN ORGANIK SENDIRI!Wah! Cantiknya pokok lada purple ni. Buah pun lebat sangat sampai nak patah…

Posted by Sahabat Kebun Anda on Sunday, January 26, 2020

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI