
Pokok kari daun berlubang-lubang dan tak cantik? mesti nak masak pun tak lalu. Kebiasaanya, keadaan ini berkalu pada daun kari yang telah matang. Tidak terkecuali juga, pokok yang masih muda. Mesti ramai tak tahu macam mana atau cara atasinya.


Masalah ini sebenarnya berpunca dari sejenis kumbang berwarna putih dan larva. Namun, kesan kerosakan dari larva kumbang kura-kura lagi teruk berbanding induknya. Apakah cara untuk atasi masalah ini?
Artikel berkaitan:
Ni Cara Tanam Pokok Kari Rendang Dan Daun Merimbun Dalam Pasu
Pembiakkan Keratan Batang Untuk Hasilkan Pokok Kari Cepat Besar Dan Merimbun
Langkah-langkah rawat pokok kari rosak
1. Cantas semua bahagian yang yang mempunyai daun rosak dan bakar bagi mengelak serangga tersebut merosakkan tanaman lain
2. Lakukan penggemburan dan pembajaan seperti biasa. Pembajaan sesuai dilakukan 2 minggu sekali atau paling tidak 1 bulan sekali.
3. Seminggu sekali, sembur pokok kari dengan cuka kayu bagi mengatasi masalah serangan serangga berulang.
boleh beli cuka kayu secara online je di sini https://invol.co/clyv80
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Buat Baja Dari Rumput Liar. Tak Perlu Modal Tapi Hasilnya Memang Subur Tanaman!

Isi Kandungan
ToggleAdakah anda tahu bahawa rumput liar yang tumbuh di sekitar rumah boleh dijadikan baja organik yang sangat bermanfaat untuk tanaman?
Selain mesra alam, kaedah ini juga menjimatkan kos kerana anda tidak perlu membeli baja kimia yang mahal. rumput liar yang sering dianggap sebagai masalah boleh bertukar menjadi sumber nutrien berharga untuk tanah dan tumbuhan.
Buat sendiri baja subur dari rumput & daun kering
Cara buat baja cecair ini saya belajar dari kaedah JADAM from Korea. Setakat ini, inilah baja utama yang saya pakai kerap di samping sekali sekala letak baja tinja kambing.
Hasilnya Alhamdulillah sangat subur. Dengan izin Allah SWT. Kosnya hampir RM0. Hanya kos beli tong saja, kalau pakai tong sedia ada, kira zero cost.
Sedia 3 bahan mudah ini saja
Bagi menyediakan baja ini hanya perlukan 3 bahan saja;
1. Air hujan
Kalau tiada guna air paip pun boleh tapi biarkan dalam 3-4 hari dulu sebelum buat baja.
2. Leaf mold
Cari mana-mana pokok besar, bawah pokok ada banyak daun kering gugur, lagi tebal daun kering terkumpul situ, lagi bagus. Cari satu spot, tolak daun-daun kering ke tepi. Akan nampak ada satu lapisan tanah yang warna gelap kehitaman. Ambil dalam dua genggam tanah gelap, itulah namanya Leaf Mold.
3. Rumput liar
Ambil rumput liar yang ada sekitar rumah atau mana-mana (apa jenis rumput liar pun tak mengapa).

Cara membuat
1. Ambil satu tong, jenis tong terpulang janji ada penutup. Tong cat besar pun boleh.
2. Penuhkan 2/3 dari tong dengan rumput liar tadi. Padatkan ke dalam tong.
3. Penuhkan tong dengan air hujan tadi sampai penuh ke atas dan tutup semua rumput liar.
4. Masukkan dua genggam Leaf Mold tadi dalam tong, biar tanah itu tenggelam dalam air.
5. Tutup dan biarkan sekurang-kurangnya 2 minggu dalam tong.
6. Lepas 2 minggu, boleh mula pakai. Lagi lama peram, baja ini akan lagi ‘kaw’. Nak peram setahun pun takda masalah.
Awal-awal lepas peram, air baja ni memang busuk macam bau lepas banjir, tapi makin lama, bau dia akan makin kurang.
Cara penggunaan
Ratio penggunaan dia adalah 1:100. Maksudnya, setiap 1000 ml air, letak 10 ml air baja ini. Kacau sebati.
– Boleh siram pada apa-apa pokok seminggu sekali.
– Nak spray secara foliar pada daun pun boleh, tapi tapis dulu air baja supaya spray tak tersumbat.
Kalau rasa 1:100 tak cukup padu, boleh pekatkan lagi hingga 1:50 (1000 ml air, 20 ml air baja). Tapi mula dengan 1:100 dulu. Baru tambah kalau perlu.
Apabila baja ini hampir habis dan nak tambah, cuma tambah lagi segenggam leaf mold dalam tong yang sama. Penuhkan semula rumput liar dan air hujan, itu saja.
Kos untuk buat baja ini rasanya pada tong saja, lain-lain semua barang dari sekeliling kita saja. Bayangkan dengan baja sepenuh tong biru besar, pakai pula berapa ML je setiap kali pakai dan pokok memang subur insya-Allah, berapa lama dapat jimat kos baja?
Semoga bermanfaat
Mesti Baca: Nubhan Beri Kejutan, Cantik Hasil Renovasi Dapur Baru ‘Mak Jenny’
Baca Lagi Di Sini: Jual Rumah Teres Beli Rumah Flat Keluasan 753kps, Makeover Cantik & Selesa!
Artikel Menarik: Transformasi Rumah Flat 650 Kaki Persegi, Dekorasi Simple Tampak Elegan & ‘Cozy’!
Sumber: Syafiq Baharin
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Buat Sendiri Jeruk Sawi Pahit, Lebih Sedap Bersih Dan Mudah

Isi Kandungan
ToggleJeruk sawi pahit ni penambah selera dalam masakkan seperti gulai, asam pedas dan sebagainya. Namun kebiasaanya sawi jeruk ini terkenal dengan cara penghasilannya yang agak kotor. Sebab itu, sayur ni semakin ditolak masyarakat. Rupanya, tak susah nak hasilkan jeruk sawi pahit ni. Cynthia Teresa Patrick berkongsi resepi dan cara mudah untuk menghasilkan jeruk sawi pahit di group Berkebun D rumah.
P/S: Teknik yang sama juga sesuai digunakan untuk buat lobak jeruk dan sawi hijau
Bahan-bahan:
Sawi Pahit
Nasi sejuk
Garam kasar
Air
Cara-cara:
1. Sawi pahit dicuci dan dikering
2. Setelah kering jemur hingga layu, sawi yang besar dibelah 2 supaya cepat layu
3. Sekali sekala terbalikkan supaya layu sepenuhnya
4. Dah layu
5. Kisar sedikit nasi sejuk bersama garam dgn air secukupnya. seeloknya guna garam kasar, kalu tak ade garam halus pun ok tapi yang tak beriodin ye.
6. Sawi yang dah dijemur direndam dalam air garam yang dah di blend tadi. Simpan dalam bekas kedap udara
6. Selepas seminggu dah jadi sayur sawi masin
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Cara Tanam Ubi Keledek Jepun Dalam Polibeg/Pasu, Ruang Terhad Pun Menjadi

Isi Kandungan
ToggleSeronok apabila rajin berbudi pada tanah dan ia mengeluarkan hasil. Ruang laman yang sempit pun boleh bercucuk tanam, asalkan tahu jenis tanaman yang sesuai ditanam. Ubi keledek jepun antara tanaman yang sesuai ditanam di kawasan yang memiliki ruang tanah yang terhad.
Bukan apa, jika beli Keledek Jepun ni, boleh tahan juga harganya. Lebih jimat, berbaloi dan puas hati bila tanam sendiri Keledek Jepun ni. Lebih selamat sebab menggunakan baja organik dan paling penting bebas racun perosak.
Terdapat pelbagai cara boleh digunakan untuk tanam pokok ubi keledek jepun ini. Boleh sahaja tanam di dalam guni, pasu, tayar,polibeg dan polisterin pun boleh mengeluarkan hasil.
Antara Jenis Ubi Jepun yang sesuai ditanam dengan cara begini ialah
(Ubi Keledek Jepun Haruka Beni isi kuning)
(Ubi Keledek Jepun isi oren Original )
(Ubi keledek Cameron Isi Purple)
Cara Tanam Ubi Jepun Dalam Polibeg
Perkongsian daripada Aqella Ayda yang berjaya menanam ubi keledek di tepi pagar laman rumahnya dengan hanya menggunakan polibeg boleh dijadikan panduan. Malah pokok keledek tersebut mengeluarkan hasil cukup memuaskan hanya dalam tempoh 3 bulan lebih.
“Siapa kata tanam ubi keledek Jepun kena tempat yang lapang luas. Tanam dekat rumah taman pun boleh. Saya guna polibeg size 16×16 je. Selain ubi, pucuknya juga boleh dipetik seusia dua bulan. Rasanya cukup manis apabila dimasak,”
“Alhamdulillah dapat rezeki hasil tanam pakai keratan ubi keledek Jepun manis. Berat jugak hasilnya. Sebelum ni saya tanam pakai ubi tetapi tidak menjadi.
“Sehinggalah saya beli benih keratan dengan Mohd Ijat. Alhamdulillah menjadi. Lepas tanam dapat tuai hasil dalam masa empat bulan,” dedahnya lagi.
Tip Tanam Pokok Ubi Keledek (Guna Keratan Batang)
1. Tanam menggunakan keratan yang menjalar.
2. Tanam dalam polybeg yang besar. Masukkan 3 keratan paling maksimum.
3. Guna tanah biasa kemudian buat campuran baja tahi ayam proses dengan tanah organik.
4. Tak perlu siram kerap. Jika betul-betul panas baru siram.
5. Apabila pokok mula menjalar, potong bahagian tersebut namun pastikan tidak terlalu pendek. Selepas itu letak baja siraman.
6 . Apabila usia pokok ubi keledek Jepun dua bulan, boleh petik pucuk untuk dimasak sementara menunggu buah matang.
7. Tempoh matang pokok atau hasilnya boleh dituai sekurang-kurangnya setelah 3 bulan 15 hari.
Tip Tanam Pokok Ubi Keledek (Guna Ubi)
1. Guna ubi keledek yang agak kecil dan rendam dalam sedikit air. Boleh letakkan ubi secara tegak atau baring.
2. Boleh juga simpan dalam bekas yang kedap udara, letak tempat redup, seperti tepi sinki. Untuk kekalkan kelembapan dan cepat keluar tunas. Semua biji benih perlu simpan dalam bekas bertutup.
3. Selepas beberapa hari, akar halus akan mula keluar dari ubi. Pastikan air di dalam bekas tidak kering. Tak perlu tukar air setiap hari. Cuma tukar air kalau bertukar jadi keruh atau berbau. Sekiranya ubi tu jadi busuk pada peringkat ni, maknanya tak menjadi lah. Kena cari ubi yang lain. Sebaiknya buat 2-3 ubi serentak. Kalau satu tak menjadi, ada yang lain lagi.
4.Selepas seminggu lebih, akan ada tunas yang muncul pada ubi. Pastikan air tidak kering & tunggu saja tunas-tunas jadi besar & berdaun.
5. Bila tunas dah ada sepasang daun, cabut bahagian pangkalnya. Cabut ya, jangan patahkan pulak. Bila kita tarik perlahan-lahan dia akan tertanggal dari ubi tu. Inilah sulur yang kita akan tanam nanti. Kalau takut dia patah, boleh potong sekeliling tu guna pisau.
6. Rendam sulur yang dicabut beberapa hari sampai keluar akar yang agak panjang/banyak.
7. Pindahkan sulur ke media tanaman yang sesuai. Boleh gunakan tanah atau cocopeat.
8. Pastikan medium tanah kena peroi. Tanah tak boleh padat. Kalau padat nanti tak ada ubinya. Kalau nak tanam dalam pasu medianya kena 2:1. 2 bahagian cocopeat campur dengan 1 bahagian tanah hitam atau tanah gambut.
9. Letakkan di tempat redup beberapa hari untuk beri masa akar tumbuh di dalam media. Selepas anak pokok dah stabil, boleh diubah ke tempat yang dapat lebih banyak cahaya matahari.
Semoga Bermanfaat!
IMPIANA: Jadi bagi yang ingin cuba belajar tanam pokok ubi keledek sendiri di laman rumah, boleh cuba tip yang dikongsikan ini. Memang menjadi hasilnya, tak perlu kawasan yang luas pun.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Mesti Baca:Tanam KELEDEK JEPUN Dalam Polibeg, Medium Tanah Kena Peroi Barulah Ada Isi!
Baca Lagi Di Sini: Kulit Pisang Baja Terbaik Untuk Pokok Keledek. Hasilnya Ubi Sarat Berisi!
Artikel Menarik:TANAM POKOK PISANG Kaedah Terbalik Banyakkan Anak Pokok, Berbuah Lebih Rendah!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI