Dengar sahaja racun, ramai terfikir akan kandungan kimia yang bahaya. Sebenarnya, banyak racun yang dihasilkan dari sumber-sumber yang selamat dan tidak memudaratkan. Seperti semburan racun yang dikongsikan oleh akaun Youtube Green Garden Resources.
Racun yang dihasilkan dari bahan dapur ini memang mujarab. Dalam tempoh 3 jam, bancuhan semburan racun rumpai ini sudah menunjukkan tindak balas. Namun, rumpai atau tumbuhan liar ni mengambil masa 3-5 hari untuk mati sepenuhnya. Walaupun lambat, ia tidak memberi kesan terhadap kesihatan terutamanya haiwan peliharaan seperti kucing yang suka makan rumput.
Ada tak yang alami masalah pintu tak boleh nak tutup rapat sebab sangkut sikit daun pintu pada bingkai? Kalau tanye penyelesaian paling mudah, ramai akan pilih untuk ketam semula bahagian yang sangkut.
Tapi sayang lah, bentuk atau saiz daun pintu sebenarnya bukan masalah utama. Nanti, perkara sama akan berlaku lagi. Nak diketam banyak kali, lama-lama bentuk daun pintu terjejas.
Perkara pertama jika berlakunya masalah ini, cuba perhatikan bahagian ensel atau pemegang pintu tu. Kalau nampak tak selari, Ha… itu lah puncanya.
Peru beli ensel pintu baru ke? macam ni nak panggil kntraktor lah kan? Tak perlu. Penyelesaiannya mudah je. Boleh tengok kaedah bentulkan enselpintu yang tak selari ni dalam video yang dikongsikan oleh Ahmad Mubaraq
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ramai sekarang ni IMPIANA lihat gemar berkebun. Yang konon kata tangan panas dan tak suka berkebun pun dah mula berjinak-jinak. Antara tanaman “Must have” adalah pokok cili. Tak kiralah cili apa atau cili kulai. Tak perlu beli benih mahal-mahal, pakai buah yang terlebih ranum pun boleh biakkan banyak pokok cili.
Nak biakkan memang mudah. Tapi, pokok cili ni mudah terdedah kepada penyakit. Penyakit yang berpunca dari virus memang sukar untuk diselamatkan. Sebaiknya, dimusnahkan segera sebelum merebak ke tanaman lain. Seperti yang berlaku kepada Nor Azlina. Daun pokok cili mula kelihatan tompokkan kuning.
Menurut rakan dalam Group Biginner Tanam Pokok Dan Sayur, pokok cili tersebut diserang penyakit mozek.
Virus Mozek ini boleh merebak disebabkan beberapa faktor iaitu:
1. Faktor Biji Benih. Pemilihan atau pembelian biji benih seharusnya dibeli daripada individu/syarikat yang dipercayai serta proses pembuatan/saringan biji benih mengikut S.O.P yang diperakui sah oleh Jabatan Pertanian antarabangsa. Virus mozek tersebut mampu hidup didalam biji benih seterusnya akan menjadi punca mozek ini akan merebak diladang apabila pokok sudah membesar.
2. Faktor Serangga Perosak. Virus mozek juga boleh merebak melalui serangga perosak yang menjadi agen penyebaran virus tersebut. Serangga perosak akan menyerang dengan mengunyah atau menghisap cairan semua bahagian daun, bunga dan buah. Virus tersebut yang sudah sedia ada berada di mulut serangga perosak akan memudahkan lagi penyebaran apabila serangga tersebut menghisap dan memakan tanaman.
Antara serangga yang menjadi agen penyebaran virus ini seperti:
– Kutu Daun/Aphid
– Lalat Putih
– Kutu Thrips
– Hama
– Ulat Ratus dan lain²
3. Faktor Manusia.
Manusia juga boleh menjadi penyebab virus tersebut merebak tetapi tidak menghisap seperti serangga perosak. Antara penyebab virus ini boleh merebak melalui manusia kerana:
A). Mengabaikan penjagaan semasa menyemai dan anak benih. Ada segelintir pekebun/penjual anak benih mengabaikan penjagaan anak benih yang tidak mengikut Standard yang sepatutnya seperti kawalan serangga sambil lewa atau meletak anak benih tempat yang mudah terdedah pada serangan serangga perosak. Sebolehnya anak benih diletakkan didalam rumah hijau dan dilindungi dengan jaring serangga serta membuat kawalan penyakit & perosak secara berkala.
B) Penyebaran virus ini jugak boleh merebak melalui kaedah memetik menggunakan gunting dan memotong tangkai menggunakkan kuku. Mata gunting dan kuku yg digunakkan pada pokok sudah dijangkiti virus melekat dan apabila pokok sihat ini terluka, virus² yg melekat pada mata gunting dan kuku akan tertinggal pada bahagian luka tangkai tersebut.
Ini yang perlu di lakukan jika tanaman anda mempnyai gejala seperti dalam gamabar:
Ketika pokok berbuah: Jika berlaku kepada pokok yang sedang berbuah, semburkan racun serangga dan suppliment tambahan yang dikhaskan untuk cili
Pokok masih kecil: Jika pokok masih belum matang, sebaiknya dicabut dan dibakar terus jauh dari sumber supaya tidak merebak kepada tanaman yang lain
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Penyaman udara atau aircond kini merupakan satu kemestian dalam setiap kediaman. Jangan hanya pandai guna sahaja, pemilik juga perlu ambil tahu serba sedikit tentang cara penjagaan perkakas tersebut.
Apabila sampai waktunya, aircond akan terasa panas dan tidak sesejuk seperti ketika baru dibeli. Ini menandakan aircond anda perlu di servis. Kebiasaannya kita akan panggil orang untuk seleggara aircond, tetapi melalui perkongsian saudara Ahmad Aqari ini, anda boleh servis sendiri aircond di rumah dengan modal lebih kurang RM20 sahaja!
Dalam video yang dimuat naik, Aqari ada menjelaskan step-by-step bagaimana untuk servis sendiri aircond di kediaman anda menggunakan satu bahan sahaja.
Jom kita semak pautan di bawah. Selamat mencuba!
Disebabkan PKP ni takde orang yang boleh datang rumah ke rumah untuk servis aircond. So, aku decide untuk servis sendiri aircond ni dengan hanya bermodalkan RM20 dan sedikit kerajinan. Korang pun boleh buat juga dekat rumah. Senang je. Yang penting sejuk.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!