
Terdapat banyak kegunaan kelapa parut tetapi malangnya, kelapa parut yang dibiar lama dalam suhu bilik tidak boleh tahan lama. Jadi, setiap kali nak guna baru boleh beli. Itu pun tak boleh tangguh-tangguh kerana takut kelapa parut yang dibeli tadi basi.
Tetapi jangan risau, kerana, melalui perkongsian Puan Ani Zam di laman Facebook Masak Apa Hari Ni beliau ada berikan tip dan cara yang betul menyimpan kelapa parut agar tahan lebih lama. Barulah tak rugi..
CARA SIMPAN KELAPA PARUT AGAR TAHAN LAMA :
1. Letakkan kelapa parut di dalam loyang
2. Taburkan dan gaul garam pada parutan kelapa hingga rata
Fungsi garam adalah agen yang bertindak sebagai anti pereputan
3. Masukkn loyang ke dlm kukusan yg telah di panaskan
4. Kukus selama 15 minit
5. Biarkan sehingga sejuk dan masukkn ke dlm plastik
6. Simpan di dlm peti ais bahagian sejuk beku
7. Kukus semula bila hendak menggunakannya
- Buat begini boleh tahan sehingga 2 @ 3 bulan kelapa parut tersebut
- Untuk mendapatkan santan yang pekat , blender kelapa parut dengan sedikit air kemudian tapis..boleh blender sehingga 3 kali kelapa tersebut utk mendapatkan santan yang pekat
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Inginkan Konsep Rumah Yang Bercirikan Resort Di Tengah Bandar? Ini Sumber Inspirasi Untuk Anda!

Ada di kalangan anda meminati dengan konsep rumah yang bercirikan resort yang terletak di tengah-tengah kawasan bandaraya atau ibu kota khususnya? Kalau ada yang sedemikian, sudah pasti anda sememangnya seorang pencinta kepada kota metropolitan dan gemarkan sesuatu yang moden.
Bagi anda yang inginkan membuat pengubahsuaian rumah dan sedang mencari sumber ilham dan idea yang menarik, mungkin konsep rumah yang bercirikan resort di tengah bandar ini boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi anda.
Untuk maklumat anda, rumah banglo yang tertera pada gambar terletak di kawasan perumahan Grandville USJ1 dan merupakan hasil kerja oleh arkitek dan juga pereka seni dalaman rumah hebat, NDC Design.
Dengan rekaan struktur binaan bangunan yang moden, NDC Design menyifatkan rumah ini sebagai sebuah rumah banglo yang padat dengan ciri-ciri rumah resort yang bertemakan modern tropikal.
Walaupun saiz keluasan tanah rumah ini tidak sebesar rumah banglo di kawasan perumahan lain, namun rumah yang mempunyai 3 tingkat dengan keluasan 5,500 kakipersegi ini tetap kelihatan luas daripada angka sebenarnya.
Salah satu faktor yang membolehkan ruang rumah ini tampak lebih luas adalah dari segi reka bentuknya yang mengunakan tingkap dari lantai ke siling dan pintu kaca yang boleh dibuka. Apabila pintu-pintu kaca dibuka, sempadan antara ruang dalaman dan luaran dihilangkan dan seakan-akan menjadi satu ruang yang lebih besar.
Reka bentuk rumah ini juga mengunakan cara anjakan bangunan untuk membolehkan ruang dibawah menjadi satu ruang ‘semi outdoor’. Selain itu, dari segi material, sebagai arkitek dan juga pereka seni dalaman, NDC Design mengunakan bahan material yang konsisten dari luar bangunan sehingga ke ruang dalaman dengan penggunaan kayu di siling dan lantai.
Keseragaman dari luar bangunan sehingga ruang dalaman membolehkan ia menjadi satu rekaan kediaman yang tampak sangat unik, menarik serta moden. Sebagai sebuah rumah di kawasab yang bercuaca tropikal, rumah yang teduh dan pengudaraan yang mencukupi adalah satu kriteria yang penting sekali.
Selain itu, perancangan yang rapi telah dibuat untuk meletakkan tingkap di kawasan yang strategik untuk mengalakkan pengudaraan silang dan juga membawa cahaya yang terang ke ruang dalaman.
Kolam renang dan kolam refleksi di sekeliling rumah juga berfungsi untuk merendahkan suhu dalaman dan juga menjadi satu ciri rumah resort walaupun rumah ini tarletak di kawasan bandar. Pemilihan pokok renek dan besar yang pelbagai menghasilkan pemandangan landskap yang berlapisan dan menyempurnakan arkitektur rumah keseluruhan. Menarik bukan?
Lihatlah hasil keseluruhan rumah ini, tidak disangkal lagi NDC Design ternyata adalah antara salah satu arkitek dan pereka hiasan dalaman yang berbakat besar, berkebolehan tinggi dalam menghasilkan seni bina bangunan berkualiti tinggi.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Adakah Anda Yakin Udara Yang Dihirup Dalam Rumah Sudah Cukup Bersih?
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
DIY Langsir Tutup Ruang Bawah Sinki, Jimat & Hasilnya Dapur Kemas!

Isi Kandungan
ToggleDah nak raya ini memang mood nak cantikkan rumah membuak-buak.
Sesuai untuk anda yang nak jimat tetapi nak rumah cantik, boleh cedok idea yang dikongsikan daripada Puan Ayza Nur yang telah ‘dipanjangkan’ oleh Puan Suzana Asmazul.
Deko Langsir Kabinet Dapur, Guna 3 Bahan Saja
Kabinet dapur bawah sinki nampak kurang kemas kalau dibiar terbuka tanpa langsir, malah semua barang yang tersimpan dibahagian ini akan terdedah dengan habuk dan binatang juga boleh masuk.
Akan kelihatan buruk juga bila tidak disusun dengan elok, jadi lebih cantik jika anda cuba buat tirai.
Mak-mak yang ada anak kecil pun boleh buat ni, sesambil main dengan anak. Hasilnya barang-barang di ruang ini terlindung dan dapur nampak teratur dan bersih. Selain itu langsir table top ini juga menceriakan suasana dapur.
Paling best modalnya jimat poket, tak sampai RM20 dan semua barang-barang ini boleh di dapati di kedai Mr DIY.
Caranya ikut langkah di bawah.
DIY LANGSIR TUTUP RUANG BAWAH SINKI (TABLE TOP)
BARANG-BARANG DIPERLUKAN:
- 2 keping shower curtain sekali dengan ring (2 keping x RM 14. 90)
- 4 batang curtain bar (4 batang × RM 3. 30)
- Penyangkut jenis sticker (2 paket × RM 1. 30)
CARA MEMBUATNYA:
- Potong shower curtain ikut ketinggian table top.
- Lekatkan penyangkut jenis sticker. Gamkan jika rasa tidak kukuh.
- Selaraskan panjang curtain bar.
- Masukkan curtain bar/rod tadi ke dalam curtain ring.
- kemudian sangkut langsir siap dipasang pada rod tadi pada penyangkut.
- Kemaskan dan siap!
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda yang ingin dapur kemas tanpa bajet besar.
Artikel ini diambil dan diolah dari RAPI Ruang Bawah Sinki
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sumber: Ayza Nur
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Orang Dulu-Dulu Kata, Makan Ulam Raja Untuk Kuatkan Tulang

Ulam raja yang mudah tumbuh liar mempunyai banyak khasiat. Pokok Ulam Raja atau nama botanikalnya Cosmos caudatus merupakan tumbuhan herba tropika yang berasal dari Amerika Latin. Tumbuhan ini dikatakan tumbuh meliar dan mudah di dapati di Florida, Amerika Syarikat dan di Malaysia serta lain-lain negara Asean.
Pokok ulam raja adalah sejenis species berbunga. Kebiasaan nya, ulam raja yang mempunyai bunga berwarna ungu atau pink dijadikan sebagai ulam. Namun terdapat pokok ulam raja yang berbunga kuning tetapi jarang dimakan sebagai ulam.
Berdasarkan kajian, ulam raja mengandungi 3% protein, 0.4% lemak dan karbohidrat serta kaya dengan kalsium dan vitamin A. Herba ini adalah herba semusim yang boleh mencapai ketinggian hampir 2 meter. Dan mudah dibiakkan dari biji benih. Daun herba ini mengeluarkan bau apabila diramas.
Ulam Raja ini sangat senang ditanam dan boleh tumbuh di halaman rumah atau di dalam pasu bunga. Kaedah penjagaan yang mudah dan tidak memerlukan air yang banyak menyebabkan tanaman ini mudah untuk dibiakkan mahupun membiak sendiri dengan cepat. Ianya sesuai dijadikan sumber sayuran atau ulaman seharian terutamanya bagi mereka yang tinggal di apartment kerana ia amat sesuai ditanam di dalam pasu.
Daun ulam raja telah digunakan secara tradisi sejak ratusan tahun lampau untuk memperbaiki peredaran dan mencuci darah serta untuk menguatkan tulang. Ulamnya mempunyai keupayaan antioksida (AEAC) yang amat tinggi, iaitu setiap 100 gram ulam yang segar mengandungi lebih dua puluh jenis bahan antioksida yang telah dikenal pasti. Keupayaan antioksidanya sama dengan 2,400 miligram L-asid askorbik.
Bahan-bahan antioksida yang utama disebabkan oleh kehadiran sebilangan proantosianidin yang wujud sebagai dimer, melalui heksamer, kuersetin glikosida, asid klorogenik, asid neoklorogenik, Penangkapan (+)- serta asid kripto-klorogenik. Ulam raja berkeupayaan untuk mengurangkan tekanan oksidatif yang berkemungkinan kerana sebahagia nya terdiri daripada kandungan antioksida yang tinggi.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI