Penggunaan bahan kimia secara berlebihan mungkin akan memberi kesan kepada kesihatan isi rumah, jadi untuk mendapatkan kediaman yang suci bersih tanpa membahayakan kesihatan, mari kita cuba gunakan bahan semulajadi yang mempunyai pelbagai kelebihan dan kegunaan ini.
Buah lemon bukan sahaja mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi malah ia juga boleh digunakan sebagai bahan alternatif untuk pembersihan kediaman.
Seperti yang dikongsi Fyza Shah, ini antara kegunaan lemon untuk dapatkan dapur yang segar lebih lebih lagi ketika di musim perayaan :
10 Teknik Buat Dapur Segar Berkilat Guna Lemon
Semalam Kak Fyza duk belek majalah Impiana keluaran Jun lepas. Baru perasan ada teknik bagus ni. Lagi -lagi kita nak sambut raya korban tak lama lagi. Mesti ruangan dapur berkecah dan kuat bau daging kan.
Kak Fyza percaya pada bahan asas semulajadi semua berguna janji kita tahu dan ada ilmunya. Lepas ni korang beli lemon selain untuk masakan atau buat air detox, sebaiknya tidak terus dibuang lebihan lemon tu. Banyak sangat kegunaan.
Boleh #Share tips dapur berkilat dengan lemon ni, mudah dan yang penting kita tak bazirkan lebihan lemon kita dah guna.
Ads
1- Segarkan peti sejuk
Lemon di potong dua, kulitnya kita kikis dan masukkan ke dalam peti sejuk
2- Loyang karat
Gosok lemon pada loyang yang berbau atau untuk hilangkan kesan karat
3- Pisau dan spatula
Cuci dengan lemon, sebab pisau dan spatula rupanya tak sesuai terlalu kerap kita basuh dengan sabun.
4- Jari kuning berkunyit
Yang ni campurkan lemon dengan baking soda, buat macam doh. Uli kat jari tangan sampai kesan kunyit hilang
Ads
5- Jendela berdebu
Ambil lemon kemudian campurkan pada baking soda, tambah air secukupnya. Basuh jendela dengan air campuran tadi. Berkilat memancar cermin tu nanti.
6- Kilatkan lantai
Campurkan lemon dan cuka, mop la sampai lantai bersih. Berkilat kilat lantai dapur.
7- Kulit lemon kau jangan buang, letak dalam kabinet, segar je udara dalam kabinet. Tak hapak.
8- Kalau lantai masih hanyir bau ikan daging, lepas kau siap mop, kau perah lemon sebagai penyudah.
Ads
9- Lebihan lemon kau ambil dan gosok cuci papan pemotong supaya tak lekat bau ikan daging
10- Kalau cawan kau ada kesan kopi hitam hitam tu, kau gosok je dengan lemon dan bilas. Memang hilang.
Ini rupanya sebab yang Kak Fyza cari sendiri macam mana lemon memudahkan kerja kita kat dapur.
Kelebihan lemon:
1- Mampu menjadi agen pembersih yang sangat bagus dan hebat sama macam cuka
2- Bauan sitrus dari lemon memberi kesegaran dan kesan energetik pada kita
3- Asid didalam lemon bersifat anti bakteria, anti septik dan merupakan pencerah semulajadi .
4- Minyak yang terdapat pada lemon boleh mencuci dengan bersih dan memberi kesan kilatan. (Konsep hanya minyak menarik kotoran berminyak)
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Selaian gubahan atau jambangan bunga mencerikan dekorasi kediaman untuk raya ni, apa kata anda selitkan sekit rona kesegaran dari “indoor plant”. Tapi, mesti ramai yang risaukan tanaman apa yang sesuai untuk dijadikan sebagai “indoor plant” yang tak memerlukan penjagaan yang rumit.
Tip penjagan indoor plant
# semburkan sedikit air pada dasar daun dan lap untuk membuang debu yang terlekat pada dasar daun.
# Pastikan air dan kain yang di gunakan tidak mempunyai sisa minyak dan kain tersebut mestilah lembut.
# Untuk mendapatkan tekstur daun yang berkilat. Dapatkan lilin khas untuk tumbuhan yang terdapat di pasaran
# Untuk tumbuhan memanjat, pemangkasan haruslah dilakukan sekerap mungkin supaya tumbuhan tersebut sentiasa kemas dan rapi.
ANTARA TANAMAN CADANGAN UNTUK MENAPIS DAN MENYEGARKAN UDARA SECARA EFEKTIF DI DALAM RUMAH
Hampir semua tumbuhan untuk indoor plant mempunyai manfaat kepada persekitaran di dalam rumah. Namun, terdapat beberapa jenis tumbuhan yang menjadi kegemaran para peminat tanaman kerana ia mudah membesar dan memerlukan penyelenggaraan pada tahap yang minimum selain dari tahan serangan serangga perosak dan penyakit, kecekapan menghapuskan wap kimia serta kadar transpirasi yang rendah.
Make Over Almari Lama Buruk Berwajah Baru Berseri, Guna Cat & Wallpaper! Almari lama di rumah yang dah buruk namun masih berfungsi dengan baik, jangan sesekali dibuang. Sebaiknya boleh lakukan transformasi dengan merubah wajah almari ini menjadi seperti baru beli.
Cantik dan kreatif sungguh sentuhan daripada Shida Razak KC ini, berjaya menghias dan dekor almari lama jadi lebih cantik dan berseri.
Almari tahun 90an mak yang dah buruk ni sis dah makeover dengan suami jadi baru balik. Apa saja dalam rumah mak sis kalau dah buruk tu, sis cuba baru kan. Selain jimat, boleh digunakan semula dengan wajah baru yang anggun.
Deko cara jimat sis adalah suka recycle barang lama jadi baru. Kayu perabot dulu-dulu memang tip top..tak mereput pun. So sis letak cabinet ni dalam bilik yang telah sis deko cantik. Laci-laci lama dikeluarkan terlebih dahulu dan dibersihkan. Spray dengan ubat anai-anai sekali. Spray redsect pun boleh..lepas tu bersihkan dengan tuala basah. Jemur pada mentari panas seketika. Biar kering. Habis mati hama-hama semua. Wrap dengan wall paper kosong dalam laci tersebut. Biar bila kita letak lipatan baju, tak la berbau kayu lama pada baju.
Cara makeover almari lama ni, Step by step sis tunjukkan cara dalam gambar.
Makeover ni dah 2 tahun sebenarnya..sis baru upload sini.
IMPIANA: Kreatif sungguh, almari lama yang dah buruk namun masih boleh guna lagi bertukar wajah nampak baru bila buat transformasi begini. Memang terbaik. Semoga menjadi inspirasi buat pemilik kediaman yang lain.
Almari antara ruang yang paling kritikal untuk sentiasa kelihatan kemas dan tersusun. Nak kata kan tak cukup besar, saiz almari penuh satu dinding bilik. Silap-silap, lebih banyak ruang kosong berbanding baju yang tersimpan.
Ada yang ambil keputusan, untuk sediakan bekas kecil dan menyangkut tambahan mengikut kegunaan dan keperluan. Seperti bekas simpanan pakaian dalaman, tempat gantug tie, tudung dan sebagainya. Namun, masih kelihatan tidak kemas. Paling memeningkan apabil pakaiaan yang disusun sukar untuk dicapai atau tidak kelihatan dengan jelas.
Hakikat sebenarnya, cara dan kaedah lipatan yang digunakan selama ini tidak bersesuaian. Selain kaedah Konmari, apaka kata anda cuba lipat dan susun baju di dalam almari mengikut teknik yang disediakan di bawah:
Hanya menggunkan langsir sahaja, pelbagai impak dan ekspresi dapat dizahirkan. Seperti contoh, rumah yang sempit kelihatan luas dengan hanya menggunkan langsir namun pada teknik yang betul.