
Lalang kalau dah panjang hampir semeter mamng susah untuk di hapuskan. Nak menebas, pinggang pula tak berapa nak baik. Nak guna guna racun rumpai pun tak tahu jenama yang mana sesuai untuk lalang. Almaklumlah, lalng ni akar dia degil sikit berbanding rumpai lain. Apa kata kita cuba resepi racun lalang yang dikongsikan oleh Muhammad Najib ni. Hanya menggunakan 2 bahan dapur sahaja, racun lalang yang dihasilkan bukan sekadar mujarab lamah bertindak dengan cepat
Rumah yang saya beli baru-baru ini adalah ruang tanah sikit, tidak besar mana tapi dalam 2 atau 3 kangkang kera macam tu.
Bahan-bahan:
3-4 sudu besar pencuci pinggan Sunlight dengan kuasa lemon.
1 botol Cuka masakan buatan (tapi tanpa logo halal ni).
Alat penyembur.
Cara-cara:
1. Campur kesemua bahan di dalam botol dan semburkan pada keselurhan pangkal lalang.
Saya sembur sekali sahaja dan seminggu kemudian bila datang kembali, rumput liar yang hijau tadi dah jadi mati. Kerja seterusnya adalah bawa keluar cangkul dan kerjakan semua rumput tu. Bukan susah mana pun sebab selepas seminggu akar rumput pun dah kering dan mudah dicabut.
cuka masakan mengandungi asid asetik dan asid ni sgt lah tidak ngan dgn tumbuhan. sabun sunlight pula bertindak sebagai ejen pelekit yg memastikan cuka yg disembur melekat elok pada tumbuhan
Ikut Cara Pangkasan Yang Betul Ini Bantu Ros Anda Bercambah Bunga

Untuk pencinta rose ini perkara yang wajib anda buat dengan betul kalau nak pokok subur dan bercambah bunganya.
CARA PEMANGKASAN / CANTASAN YANG BETUL
- Proses pemangkasan atau cantasan bertujuan mengekalkan dahan-dahan yang aktif sahaja serta memberi laluan kepada dahan-dahan tersebut untuk menerima nutrient yang cukup selain sangat membantu dalam penghasilan mata tunas atau dahan yang baru kepada pokok ros.
2. Cantasan juga perlu dilakukan setiap kali selepas habis musim bunga.
- Potong serong pada takuk @lapisan daun minimum 3 (pada pokok yang masih kecil)
3. Potong serong pada takuk @lapisan daun minimum minimum 5 (pada pokok yang stabil atau besar)
4.Jangan takut membuat cantasan sekiranya anda tahu asas teknik cantasan, kerana hasilnya amat berbaloi. Kudup-kudup akan lebih banyak dihasilkan selain memberikan saiz bunga yang lebih besar.
5. Lakukan cantasan menggunakan teknik yang betul iaitu arah serongan menghala kepada mata tunas (ke bawah). Potongan secara serongan ini membantu mengelakkan air masuk ke dalam bekas potongan/ cantasan tersebut
Tips: gunakan gunting atau cutter yang tajam serta bersih semasa mencantas. Ini penting bagi mengelakkan masalah kanker (batang menghitam dari atas dahan). Kebiasaannya, kesan daripada penggunaan cutter atau gunting yang bermata tebal akan menyebabkan permukaan potongan pada dahan pokok akan pecah dan memberi lauluan kepada air untuk meresap ke batang dan biasanya laluan air tersebut diikuti dengan fungus dan myenyebabkan kanker terhasil.
Anda dapat lihat, situasi ini biasa mudah terjadi pada musim hujan apabila air meresap masuk ke dalam batang dan menyebabkan batang akan menghitam dan kemudiannya melarat ke pangkal pokok.
Perkongsian dari: Taman Addarosa Puncak Alam
Cara Tut Pokok Limau Yang Diamalkan Oleh Pengusaha Ladang

Limau antara jenis tanaman berbuah yang paling mudah dibiakkan. Kebiasaannya, pembiakan melalui biji benih dan keratan batang menjadi pilihan. Namun, pembiakan melalui biji benih mengambil masa yang lama untuk menjadikan tanaman ini sampai tempoh matang.
Jadi cara terbaik untuk pembiakan pokok limau, tidak kiralah apa juga jenisnya adalah melalui keratan batang. Namun, ada sedikit resiko dengan pembiakan melalui keratan batang. Kemungkinan pembiakan gagal akan berlaku. Selain keratan batang, cara pembiakan tut juga sesuai untuk pembiakan pokok limau. Bagaimanakah cara untuk tut pokok limau?
1. Menjadi keutamaan, pilih pokok yang sihat dan berkualiti untuk mendapatkan baka yang terbaik.
2. Setelah kenalpasti pokok limau yang terbaik, langkah seterusnya adalah memilih dahan yang matang dan sihat. Jangan terlalu tua. Pilih batang yang sederhana matang.
3. Potong dan buang kulit pda bahagian kulit dahan yang telah dipilih untuk dijadikan tut. Pastikan anda menggunakan pisau yang tajam dan telah di sanitize bagi mengelakkan masalah atau penyakit pada bahagian potongan.
4. Sapu penggalak akar pada dahan yang telah di buang kulit. Kalau tiada penggalak akar, anda boleh gunakan belacan sebagai pengganti
5. Sediakan medium Tut dan masukkan ke dalam plastik kecil. Lembapkan sedikit medium tut sebelum dipadatkan dan diikat rapi
Untuk resepi campuran medium tut, [klik sini: 5 resepi mudah medium tut ]
6. Dengan menggunakan pisau yang tajam, potong sedikit medium tut yang telah dibungkus tadi untuk memuatkan bahagian yang telah sedia di tut
7. Posisikan medium tut pada bahagian ranting yang telah disediakan dan ikat rapi dengan menggunakan tali atau cable tight. Tapi pastikan ikatan anda tidak terlalu ketat. Jika tidak, ia akan mencekik tanaman dan akan menyebabkan proses tut gagal
Sumber: inspirasipertanian.com
Nak Tanam Sukulen? Hadam Info Ini Dahulu Kalau Tak Nak Pokok Mati

Sukulen menjadi semakin popular kerana dua sebab. Pertama, mereka adalah menarik dan keduanya mereka hampir-hampir tidak dapat dimusnahkan. Tumbuhan ini dapat menyesuaikan diri dengan keadaan kering di seluruh dunia, dari Afrika hingga ke gurun-gurun di Amerika Utara. Kita bernasib baik kerana penyesuaian mekanisma ini telah menjelmakan kepelbagaian bentuk dalam bentuk tumbuhan yang menakjubkan, termasuklah daunnya berbentuk pendayung, padat melata, dan rimbun atau turutan daun seperti air mata bercucuran.
Sebagai kumpulan, sukulen adalah sebahagian daripada tumbuhan yang begitu dikenali ramai seperti spesies Aloe dan Agave. Kaktus merupakan kumpulan unik dalam siri sukulen. Sukulen juga dapat menyerlahkan penampilan mereka terutamanya sebagai tanaman di dalam bekas atau pasu.
Habitat
Kebanyakan sukulen boleh didapati di kawasan-kawasan kering seperti savana, separuh gurun dan gurun. Suhu yang tinggi dan kadar penyejatan yang rendah memaksa tumbuhan ini untuk mendapat dan mengumpul air untuk terus hidup di musim kering yang panjang. Sukulen kadangkala menjadi seperti epipthytes atau tumbuhan udara. Ini berlaku kerana mereka hanya atau tidak langsung bersentuhan dengan tanah, dan semuanya bergantung kepada kebolehan mereka untuk menyimpan air dan mendapatkan nutrien melalui cara lain. Fenomena ini boleh dilihat pada spesies Tillandsia. Sukulen juga banyak didapati dari spesies tumbuhan di persisiran pantai dan tasik yang kering, yang terdedah kepada kadar larutan mineral yang tinggi dan merbahaya kepada spesies tanaman yang lain.
Menanam Sukulen
Tidak kira apa jenis sukulen yang kita tanam, peraturannya adalah sama. Berikut merupakan langkah-langkah umum yang perlu diberi perhatian untuk mendapatkan sukulen yang berkualiti:
- a) Cahaya
Sukulen sukakan cahaya terang. Perhatikan daun-daunnya bagi mengenal pasti cahaya yang diterima mencukupi atau sebaliknya. Kebanyakan spesies akan terbakar sekiranya ia terdedah kepada sinaran matahari secara mengejut. Daunnya akan bertukar perang atau putih akibat mengelupas dan tisu lembutnya akan musnah. Sebaliknya, sukulen yang tidak menerima cahaya secukupnya akan mula meregang, batangnya memanjang dengan jarak daun yang jauh. Keadaan in dipanggil sebagai asetoliation. Sebagai solusi, pastikan sukulen menerima cahaya yang cukup dan mereka perlulah dipangkas ke bentuk asal.
- b) Cuaca
Sukulen dapat bertahan di dalam cuaca lebih sejuk daripada sangkaan ramai. Di kawasan gurun, di mana selalu berlakunya perbezaan suhu yang amat ketara di antara malam dan siang, sukulen mampu bertahan di dalam cuaca yang sejuk, kadangkala sehingga ke paras 40° F. Secara idealnya, suhu paling sesuai untuk sukulen adalah di antara 70° F dan 85° F pada waktu siang dan di antara 50° F ke 55° F di waktu malam.
- c) Air
Sukulen perlu disiram dengan banyak terutamanya ketika musim kemarau. Kombinasi spesies sukulen yang ditanam di dalam bekas atau pasu perlu dibiarkan kering di antara waktu menyiram, tetapi elakkan dari menyiram secara berlebihan. Semasa musim hujan, spesies ini berkeadaan dorman, jadi kurangkan aktiviti penyiraman kepada setiap dua bulan. Penyiraman secara berlebihan dan tumbuhan mereput adalah merupakan penyebab utama kegagalan tumbuhan tersebut untuk hidup. Namun perlu ditekankan bahawa sukulen yang disiram secara berlebihan pada mulanya akan kelihatan sihat. Tanpa kita sedari, punca kematian telah pun tercetus di bawah tanah iaitu apabila akarnya mulai rosak, serta ia mula menjalar ke atas dari sistem. Oleh itu, jangan biarkan akar sukulen terendam di dalam air.
Berikut merupakan simptom biasa yang memudahkan kita mengenal pasti sama ada sukulen tersebut menerima kurang atau lebih jumlah air siraman:
- i) Lebih air siraman
Sukulen yang menerima air secara berlebihan akan menjadi lembut dan berwarna pudar. Daunnya menjadi kuning atau putih dan seterusnya akan hilang warna. Tumbuhan yang berada dalam keadaan ini sukar untuk dipulihkan, tetapi anda boleh cuba untuk mengeluarkannya dari bekas dan periksa akarnya. Sekiranya berwarna coklat dan reput, potong akar-akar tersebut dan masukkan balik ke dalam bekas bersama dengan media tanah yang lebih kering. Alternatif lain, potong sebahagian batangnya dari pokok induk dan lakukan pembiakan.
- ii) Kekurangan air
Sukulen memerlukan air yang banyak pada awal pertumbuhannya. Tumbuhan yang menerima air siraman yang tidak mencukupi akan mula berhenti membesar, kemudian daun-daunnya akan gugur. Mereka juga akan membentuk bintik-bintik coklat di atas daun.
- d) Media Tanah
Sukulen yang ditanam di dalam bekas atau pasu seeloknya mengandungi media tanah yang mudah kering. Sekiranya anda tidak mempunyai akses kepada media sebegini, lakukan pengubahsuaian kepada campuran media biasa dengan menambah bahan bukan organik seperti perlite bertujuan untuk menambah kadar pengaliran udara dan air. Tumbuhan ini biasanya mempunyai akar yang cetek yang membentuk seperti lapisan tikar padat hanya beberapa milimeter di bawah permukaan tanah.
Sukulen yang ditanam di atas tanah gemar kepada tanah yang sedikit berasid, pH di antara 5.5 ke 5.6. Sekiranya tanah tersebut terlalu berpasir, campurkan sedikit bahan organik untuk memelihara lembapan cukup bagi tumbuhan tersebut menggunakannya. Manakala bagi tanah liat, membina batas adalah pilihan terbaik.
- e) Fertilizer
Semasa waktu pembiakan musim panas, lakukan pembajaan sebagaimana diperlukan oleh spesies tumbuhan lain. Elakkan melakukan aktiviti membaja semasa musim hujan.