Ramai yang tahu pasal EM atau Efektif Mikroorganisma dan terdapat banyak produk di pasaran yang menggunkan EM sebagai salah satu bahan sama ada untuk menghasilkan baja, racun serangga dan sebagainya. Tapi, tahukah anda sejarah dan kegunaan EM? Terdapat pelbagai cara untuk menghasilkan EM dan ia merupakan bahan organik.

Diasaskan oleh Professor Dr.Teruo Higa di University Ryukyus, Okinawa, Jepun. Beliau terkenal sebagai Professor HORTIKULTOR DiJepun. Beliau adalah Hortikultor terlatih yang banyak mengunakan Bahan Kimia ke dalam tanaman sebelumnya. Lantas menyedari bahaya dan kerosakan kepada MANUSIA DAN ALAM SEKITAR. Beliau kemudianya mengusahakan campuran MICROORGANISMS YANG BERGUNA secara kebetulan dan diteruskan dengan kajian mendalam untuk meningkatkan product dari system Organik. Penyelidikan beliau mengambil masa selama 12 tahun.

Resepi EM Dari Nanas Serbaguna, Untuk Baja Organik, Memperbaiki Tanah Dan Mencuci Longkang

Kegunaan EM

Ads

a)Dalam Rumah
-Mengurangkan bau busuk serta menjadi sisa dapur sebagai bagi organik
-Menghilangkan bau busuk, dapur dan comot dalam dapur dan bilik mandi
-Membantu menghalau serangga
-Membasuh lantai

b)Pertanian
-Mengurang penggunaan bahan kimia yang berlebihan
-Memelihara ladang bebas dari penyakit dan serangga
-Sebagai baja untuk tanaman
-Memulih tanah yang· bermasalah
-Tahi haiwan yang dirawat dengan EM akan mengurang bau dan meningkatkan kualiti baja kompos

Ads

c)Longkang / Sungai
-Membersihkan longkang / sungai supaya tidak berbau busuk.

Ads

Resepi EM dari Nanas
Bahan-bahan:
3 bahagian nanas
1 bahagian gula merah
10 bahagian air

Cara-cara:
potong nanas dan campurkan ke dalam air beserta gula. Peram selama satu bulan. Pastika bekas yang di gunakan boleh di tutup rapat dan mempunyai lubang pengudaraan bagi membebas kan gas yang terperangkap sepanjang prosesResepi EM Dari Nanas Serbaguna, Untuk Baja Organik, Memperbaiki Tanah Dan Mencuci Longkang

Cara guna:
Baja: Campurkan 20ml pati EM ke dalam 20 liter air dan jadikan sebagai sirama
Miningkatkan kualiti air: Campur 1 liter EM ke dalam setiap 10,000 liter air
Membersihkan kandang haiwan: Campurkan 1 liter pati EM ke dalam 100 liter air. Jadikan ia sebagai bahan semburan untuk seluruh kandang
Untuk memperbaiki tanah dan mempercepatkan proses pereputan bahan kompos: Larutkan 1 liter pati EM ke dalam 100 liter air dan siram pada tanah atau bahan kompos

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI