Kebiasaanya daun ketapang atau nama saintifiknya Terminalia catappa diguanakan untuk tujuan membungkus makanan seperti tempe, tapai dan sebagainya. Namun, ramai tak tahu daun ketapang mempunyai nutrien yang baik untuk tanaman. Bagi yang mengamalkan amalan kebun hijau, daun ketapang boleh menjadi hormon penggalak akar dan booster. Ia mudah disediakan dan tidak memerlukan bahan yang rumit.
Hormon pengakaran ini boleh digunakan untuk:
1. Mempercepatkan proses tut pokok tanaman
2. Mengakarkan keratan batang pokok ( Tin, Rose, Mulbery)
3. Memulihkan pokok yang dialihkan
4. Menyuburkan tanaman yang mengalami kerosakan akar
5. Menyuburkan Medium Tanaman.
Ads
Cara Membuat Hormon Pengakaran:
1. Kumpulkan daun pokok Ketapang yang gugur. Pilih daun yang kekuningan dan masih segar..
2. Sukatannya ialah 1 kilo daun + 10 liter air
3. Ramas dan koyakkan helaian daun ketapang.
4. Rendamkan dalam air biasa minimum semalaman.
5. Simpan air rendaman yang mengandungi hormon daun Ketapang tadi.
6. Sisa daun yang direndam elok di letakkan pada pangkal pokok atau dalam pasu. Biarkan ia menjadi reput
Ads
Akar yang agresif di bawah timbunan daun ketapang
Cara penggunaan hormon:
Ads
Pokok> Boleh disiram setiap hari pada tanaman.
Keratan > Rendam keratan dalam air hormon semalaman sebelum ditanam.
Catatan: Perlu diingatkan air daun ketapang bersifat acidic. Penggunaan dalam jangka panjang bisa menyebabkan media menjadi masam (pH rendah).
Merawat tanaman bukan lah hal yang mudah kerana ianya harus konsisten. Mulai dari menyiram. memberi baja sehinggalah penyediaan lingkungan yang sesuai dengan keperluan tanaman. Namun, masih terdapat tanaman yang tetap bermasalah, layu dan lalu mati walaupun segala perhatian telah diberikan sewajarnya.
Walaupun kelihatan tanaman anda gagal, menurut Richard Cheshire, ahli tanaman di Patch Plants, kemungkinan besar ia masih boleh diselamatkan. Berikut 4 langkah yang boleh anda lakukan untuk menyelamatkan tanaman anda:
Jika tanaman anda jenis berbatang keras atau kayu, cuba kupas sedikit dengan perlahan-lahan dan periksa bahgian dalam batang. Jika anda melihat bahagian dalam masih segar, ini menunjukkan tanaman anda masih boleh diselamatkan. Akan tetapi, sebaliknya jika ia kelihatan kering dan berubah warna coklat.
Pangkas atau buang pada bahagian-bahagian yang rosak, mati, kekuningan atau pun kelihatan layu dengan segera. Kaedah ini berupaya menggalakkan akar dan nutrisi untuk terus memberi fokus pada bahagaian tanaman yang masih berpotensi untuk terus hidup
Jika kelihatan tanaman anda layu sahaja, cuba berikan siraman segera. Akan tetapi, pastikan siraman dilakukan dengan betul. Tidak terlalu banyak hingga menyeabbkan tanah bertakung air. Hal ini hanya akan memudaratkan tanaman anda. Lakukan siraman sedikit demi sedikit namun teratur
Setelah melepasi tahap kritikal dan kelihatan tanaman mula stabil, anda boleh lakukan pembajaan. Perkenalkan dengan pembajaan organik yang ringan terlebih dahulu untuk membekalkan semula keperlua tanaman
Siapa kata duduk rumah apartmen tak boleh berkebun. Walaupun balkoni dia sangat terhad, Gee Ja berjaya tanam pelbagai jenis sayuran di balkoni rumahnya yang terletak di tingkat 10.
Kali pertama nak berkongsi di sini. Kebun kecil di balkoni tingkat 10, untuk bekalan makan sendiri & stress relief.
Setakat ni guna cuka kayu & juga buat spray cili+garlic+sabun cuci pinggan utk control. Tak berjaya sgt. Apa lagi ya yang boleh diguna? Saya tak nak guna racun.
Kebiasaannya, timun ditanam terus di atas batas. Namun dengan teknik yang betul, tanaman menjalar berbatang lembut ini tetap akan mengeluarkan hasil optimum walaupun habitatnya sebuah pasu. Lebih menarik, pokok timun di tanam secara gantung lebih mudah diselenggara terutamanya bila hasilnya merimbuan. Jadi, bagi anda yang tinggal di apartmen dan mempunyai kekangan ruang, tak menjadi masalah jika anda ikut teknik tanaman timun di dalam pasu gantung ini.
Penyediaan biji benih
Sebaiknya, dapatkan biji benih timun mini untuk memudahkan anda mengawal tumbesaran pokok di dalam pasu. Kalau tak ada pun tak jadi masalah. Guna sahaja benih timun biasa. Tapi bagi anda yang membeli biji benih, pastikan tarikh luput pada pembungkus. Jangan beli yang dah sambang pula. Tunggu bertahun pun tak bercambah benih timunnya.
Sebaiknya, benih timun disemai di dalam bekas khas semaian terlebih dahulu. Bila dah keluar daun matang (4 hingga 5 helai daun) baru lah anak pokok boleh dipindahkan ke dalam pasu.
Pemilihan pasu
Pasu yang sesuai menanam pokok timun ialah bersaiz 12 hingga 18 inci ke atas. Namun ia bergantung kepada jenis atau spesies. Kalau anda tanam timun mini tak perlu lah saiz pasu yang besar. Tapi lagi besar lagi bagus untuk akar pokok timun bebas bergerak di dalam media dan ini seterusnya akan memberikan keselesaan pokok membesar dengan jayanya.
Mengikut pandangan pakar pertanian dalam dan luar negara, bekas tanaman yang diperbuat dari tanah liat lebih baik kerana ia bersifat sejuk dan terdapat rongga-rongga atau liang-liang pada pasu yang elok untuk pengudaraan di dalamnya. Secara tidak langsung ia memberi nilai tambah kepada akar. Walau bagaimana pun, jika konsep asal tanaman timun ini adalah untuk digantung, pasu plastik amat bersesuaian kerana khuatir pasu tanah liat nanti terlebih beban. Jadi jangan bimbang akan hal tersebut, yang penting anda buat pengemburan tanah 3 minggu sekali.
Campuran media tanaman (tanah)
Akar pokok timun tak kira apa pun jenis nya memerlukan pH yang neutral. Di samping itu juga, untuk memastikan tumbesaran dan hasilnya yang optimum, pastikan medium sentiasa dalam keadaan gembur dan bersaliran baik.
Lebih baik anda gunakan medium siap campur yang terdapat di pasaran. dah tak perlu pening-pening. Lengkap dengan keperluan seimbang yang diperlukan tanaman serta diperkaya bahan organik. Yang paling penting, terhindar daripada sebarang penyakit yang berpunca daripada medium atau tanah.
Siraman
Timun memerlukan air yang banyak sebagai jaminan kepada kesihatan tanaman dan buah yang berkualiti. Oleh itu, sebaiknya siraman dilakukan 2 kali sehari. Dan menjadi keutamaan, siraman menyeluruh dilakukan di awal pagi.
Siraman perlu dilakukan terus pada medium tanaman. Jangan pula siram pada bunga. Nanti buahnya tidak menjadi. Pastikan air di siram keluar pada lubang saliran di dasar pasu.
Sungkupan
Pokok timun merupakan tanaman berbatang lembut. Oleh itu, pastikan medium sentiasa dalam keadaan lembap. Lembap tau bukan bertakung air. Bagi mengekalkan kelembapan, perlu lah guna sungkupan seperti sabut kelapa.
Pendebungaan
Seperti tembikai, labu dan pelbagai lagi, jika tiada rama-rama, lebah atau serangga melakukan pendebungaan, teknik terbaik untuk mendapatkan hasil adalah melakukan pendebungaan sendiri. Gunakan berus warna air yang halus dan calitkan debu bunga jantan pada bunga betina.
Pendebungaan perlu di lakukan di awal pagi kerana bunga timun akan mula layu menjelang tengah hari.
Pembajaan
Pembajaan perlu dilakukan setiap dua minggu. Untuk bulan pertama pertumbuhan, pokok timun memerlukan kalsium yang lebih. Oleh itu, jika anda merancang menanam secara organik, boleh gunakan kulit telur yang telah di hancurkan sebagai baja.
Untuk menggalak penghasilan buah, gunakan baja bunga dan baja buah jenis butiran atau slow release pada tanah. Namun apabila timun mula berbuah, pembajaan perlu dihentikan. Khuatir buah akan gugur lebih awal akibat panas dari baja.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!