Kediaman idaman bagi setaip orang adalah berbeza-beza bergantung pada beberapa faktor seperti citarasa, persekitaran dan juga bajet.
Terdapat perlbagai pilihan konsep yang boleh kita pilih untuk digunapakai pada ruangan dikediaman. Antara konsep atau tema yang sering menjadi pilihan termasuklah kontemporari, moden dan minimalis.
Kediaman yang terletak di Rawang ini dimiliki oleh Puan Fathanah bersama keluarganya dan dengan keluasan 18’x80′, rumah teres dua tingkat ini terasa cukp sempurna dan selesa.
Ads
Pemilihan rona monokrom melengkapi setiap sudut rumah, menjadikannya lebih kemas dan tampak “timeless”.
Ads
Menurut pemilik, bagi menjimatkan kos renovasi, pemasangan jubin “backsplash” di ruangan dapur telah dilakukan sendiri tapa mengupah orang.
Ads
Selain itu, pemilik juga memberitahu bahawa banyak idea dan inspirasi diperoleh melalui carian atas talian di Instagram serta Pinterest selain menjadikan saluran HGTV sebagai panduan.
Setelah seminggu sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri berlalu yang diraikan dengan penuh kemeriahan, pasti ada yang di kalangan anda sudah mula merancang untuk mengadakan majlis rumah terbuka. Betul tak?
Bagi anda yang mahu mengadakan majlis rumah terbuka, sudah semestinya anda harus melakukan pelbagai perancangan supaya majlis rumah terbuka yang bakal diadakan berjalan dengan lancar dan teratur.
Sekiranya mahu mengadakan majlis rumah terbuka sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri ini, sudah pastinya dekorasi hiasan dalaman kediaman berada dalam keadaan kemas, bersih serta cantik.
Ini kerana, ketika majlis rumah terbuka diadakan sudah pasti ramai para tetamu yang akan hadir dan berkunjung ke kediaman tercinta anda.
Selain dekorasi hiasan dalaman kediaman yang harus dititikberatkan, penataan meja hidang juga perlu diambil kira dengan menghiaskan secantiknya menggunakan pelbagai aksesori yang menarik.
Bagi anda yang sedang buntu mencari idea penataan meja hidang yang menarik, mari IMPIANA kongsikan beberapa contoh idea yang boleh dijadikan sebagai panduan dan sumber inpirasi kepada anda semua.
Foto: Facebook Decor Rumah Cara Kita
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Jotun salah satu jenama cat yang cukup terkenal dan ramai yang memilih cat Jotun ini kediaman mahupun ruang komersial. Seperti mana yang kita semua tahu, setiap tahun semua pengeluar cat akan memberi dan mengeluarkan trend warna. IMPIANA tertarik dengan warna pilihan Jotun untuk tahun 2021.
Untuk tahun 2021, kami memperkenalkan REDISCOVER, koleksi warna terbaru yang dilengkapi dengan corak warna abadi dan telah dipilih dengan seksama dari arsip perusahaan yang luas. Didesain untuk dapat dipadu-padankan, 29 warna dapat digunakan dalam kombinasi yang tak terhitung jumlahnya untuk menciptakan interior abad ke-21 yang santai, berenergi, dan menginspirasi.
Di Jotun, kami telah menciptakan warna selama hampir 60 tahun. Perpustakaan kami memiliki ribuan warna, masing-masing dengan kisah untuk diceritakan. Sebelumnya, Colour Card tahunan kami biasa menampilkan rona dan corak warna terbaru yang kami buat untuk rumah Anda. Namun tahun ini, kami memilih untuk REDISCOVER.
Lisbeth Larsen, Manajer Global Colour, Jotun
Warna
Beberapa warna dalam koleksi ini masih baru, tetapi banyak yang telah dipilih dengan teliti dari arsip kami, warna-warna yang menginspirasi tanpa batas waktu yang dapat digunakan untuk menceritakan kisah baru di rumah kita. Kami telah mengelompokkan warna-warna ini menjadi empat bagian, atau Anda dapat menyebutnya empat cerita. Rumah kita, seperti hidup kita, adalah bagaimana kita menentukannya. Dan apa pun warna yang kita pilih, rumah yang nyaman tidak pernah ketinggalan zaman.
Apa kata anda, mesti anda juga berpendapat dan mula jatuh cinta dengan warna pilihan Jotun kali ini bukan. IMPIANA nak ajak anda semua ceriakan ruang kediaman anda dengan cat Jotun dan apa kata anda hantarkan dan kongsikan gambar kediaman anda yang menggunakan cat pilihan Jotun 2021.
Klik di sini untuk dapatkan pelbagai info dan inspirasi yang lebih menarik dan mengujakan
Bagi sesetengah orang, aktiviti mendekorasi kediaman merupakan sejenis terapi yang boleh memberi ketenangan dan kepuasan. Hanya dengan melihat kediaman yang dihias cantik, kemas dan teratur mampu membuatkan mereka tersenyum gembira.
Itulah yang diluahkan oleh pemilik kediaman dari Seri Kembangan ini. Puan Noor Hafiza bersama suaminya telah 7 tahun menetap di kediamannya yang berukuran kurang dari 600 kaki persegi ini.
Katanya, cabaran hobi mendeko ini adalah menentukan model yang sesuai. Kerana bagi mendapatkan hasil yang diingini, mungkin pemilik akan rambang mata dan terlalu mengikut nafsu sehingga berbelanja lebih dari kemampuan.
“Kami tidak mahu berbelanja keterlaluan dan membazir kerana kami hanya menyewa. Lagipun saya menganggap ia sebagai satu proses belajar dan try and error selain dapat menjimatkan lagi kos”
Menurut pemilik lagi, kediaman yang dilengkapi dengan 3 bilik tidur ini tidak mempunyai satu konsep yang khusus. Beliau hanya menggabungkan unsur kediaman melayu moden dengan gaya mid century dan bohemian. Ternyata, idea ini membuahkan hasil kerana setiap ruang kediaman tambil menarik dan selesa.
Ketika ditanya tentang ruang kegemarannya, Puan Noor Hafiza dengan yakin menjawab ruang tamunya. Ini kerana di ruang inilah beliau dan suami paling banyak menghabiskan masa bersama, menonton tv dan bersantai. Dan oleh sebab itu jugalah, ruang ini dihiasi dengan bantal kusyen yang banyak agar lebih selesa untuk berehat.
Dengan anggaran kos lebih kurang RM 4800, ruang tamu dan ruang makan kediaman ini ditatarias sendiri oleh pemilik dengan inspirasi dari pengalaman menginap di resort dan hotel yang menepati citarasanya. Palitan rona “earth tone” yang mendamaikan menaikan lagi seri setiap ruang.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.