Rasa Macam Rumah Orang Lain? Risiko Bila Dekor Serah 100% Tanpa Suara Sendiri…

Dalam membina atau mengubahsuai rumah impian, ramai yang memilih untuk melantik interior designer (ID) demi hasil yang lebih profesional, praktikal dan estetik. Tapi tak semua pengalaman manis. Ada juga kisah sebaliknya, bila rumah siap, cantik memang cantik… tapi rasa selesa dan ‘jiwa’ rumah itu entah ke mana.

Begitulah yang terjadi kepada ramai pemilik rumah yang terlalu menyerahkan segalanya 100% kepada ID tanpa komunikasi yang jelas tentang citarasa, gaya hidup dan keperluan sebenar.

Rumah Cantik, Tapi Bukan Untuk Diduduki?

Ramai pemilik rumah mengeluh apabila ruang yang dibina kelihatan lebih sesuai untuk majalah atau Instagram, tapi bukan untuk kehidupan sebenar. Sofa yang terlalu keras, lampu yang suram, dapur yang terlalu kecil untuk memasak harian, semuanya kerana keputusan dibuat sepenuhnya atas tangan pereka, bukan pengguna sebenar.

Kepercayaan Tanpa Batas = Risiko?

Rasa Macam Rumah Orang Lain? Risiko Bila Dekor Serah 100% Tanpa Suara Sendiri…

Memberi kepercayaan kepada ID itu penting, tetapi ia perlu disertai dengan komunikasi dua hala. Bila pemilik langsung tak menyuarakan pendapat atau terus setuju dengan semua cadangan atas dasar “mereka lebih tahu”, risiko kekecewaan akan lebih besar.

Ads

Rumah sepatutnya jadi tempat paling selesa, paling ‘kenal’ dengan diri kita. Tapi bila ia terlalu dipengaruhi oleh trend atau gaya ID semata-mata, ia tak lagi mewakili siapa kita. Akhirnya rumah jadi cantik di mata orang, tapi asing bagi pemilik sendiri.

 Apa Yang Boleh Dipelajari?

Rasa Macam Rumah Orang Lain? Risiko Bila Dekor Serah 100% Tanpa Suara Sendiri…

  1. Bincang Secara Terperinci – Dari fungsi ruang, tabiat harian, warna kegemaran, gaya hidup, ID perlu tahu siapa anda. Modern? Rustic? Cozy? Fungsional? Buat moodboard dan senaraikan keperluan harian anda.
  2. Buat Semakan Berkala – Minta update berkala dan beri maklum balas secara jujur.
  3. Tahu Hak Sebagai Klien – Anda berhak tanya, ubah atau minta penjelasan. Ini rumah anda.
  4. Jangan Kejar Trend Semata-Mata

Rumah yang “trendy” tak semestinya tahan lama. Pilih elemen yang praktikal dan sesuai untuk kegunaan seharian.

Ads

Interior design bukan sekadar menjadikan rumah nampak mewah atau ‘Pinterest worthy’, tapi memastikan setiap inci ruang menyenangkan penghuninya. Rumah bukan galeri pameran, ia tempat berlindung dan mencipta kenangan. Jadi jangan serah segalanya bulat-bulat, biar cantik itu datang bersama jiwa.

Lebih menyedihkan, ada yang terpaksa ubah semula selepas beberapa bulan duduk kerana tak tahan dengan ketidakselesaan.

Kesimpulan

Mengupah interior designer bukan kesilapan. Tapi menyerahkan semuanya tanpa komunikasi yang jelas boleh buat rumah hilang identiti pemiliknya. Rumah bukan sekadar tempat tinggal, ia refleksi diri, kenangan dan tempat paling selesa untuk pulang. Jadi pastikan, dalam setiap inci dekorasi, ada sebahagian daripada jiwa anda di situ.

Ads

IMPIANA: Jadi buat yang dah dapat kunci rumah, sebelum fikir nak dekorasi atau tentukan konsep rumah, utamakan 7 perkara asas ini dahulu. Lakukan ikut langkah yang betul supaya rumah yang didiami nanti lebih selesa dan tak menyesal apabila terlepas pandang untuk melakukannya.

Mesti Baca: Pantas, Mudah & Berbaloi, Urusan Pindah Barang Rumah Tak Lagi Menyusahkan
Baca Lagi Di Sini: PANDUAN ‘Checklist’ Penting Keperluan Pindah Masuk Rumah Baru Yang Perlu Disediakan!
Artikel Menarik:Sebelum Pindah Masuk Atau Ubahsuai Rumah Baru, Wajib Periksa 10 “Defect” Ni Dulu

Sumber: Leeya Marlia Ramli

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di

KLIK DI SEENI
Dapatkan tip dekorasi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads