Siapa yang tak mengenali penyampai radio berbakat besar, Linda Onn bukan? Setiap kali dirinya bersuara d corong-corong radio, gemersik suaranya sudah pasti mudah untuk dikenali apatah lagi punya identitinya tersendiri.

Ramai Terpegun Tengok LINDA ONN ‘Make-Over’ Office Sendiri “Semua Buat Sendiri Ya..”

Linda Onn atau nama sebenarnya Rozlindah Onn bukan saja seorang DJ radio, tapi beliau juga merupakan seorang pengacara televisyen, pelakon dan usahawan Malaysia yang turut mengusahakan perniagaan nasi ayam, My Mom Chicken Rice. Setakat ini MMCR telah mempunyai empat cawangan.

Ramai Terpegun Tengok LINDA ONN ‘Make-Over’ Office Sendiri “Semua Buat Sendiri Ya..”
Kredit foto: The STAR

Dan baru-baru ini, Linda Onn mendapat perhatian netizen serta peminat-peminatnya di mana Linda Onn berkongsi ‘journey’ nya mengubahsuai serta mendekorasi pejabat restorannya. Berkongsi pada hantarannya di Facebook, Linda Onn menjelaskan dirinya melakukan sendiri pengubahsuaian tersebut dari A sehingga Z.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Linda Onn (@lindaonn7)

“Semuanya buat sendiri ya..” jelas Linda Onn. Linda Onn turut berkongsi pengalaman menghias dan mengubahsuai pejabatnya yang bermula dari hasil peninggalan penyewa premis tersebut yang meninggalkan tempat tersebut dengan keadaan tidak terurus.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Linda Onn (@lindaonn7)

IKLAN

“Bila masuk je kat sini, tepuk dahi memikirkan berapa kotornya penyewa sebelum ni. Kotor yang teramat. Tak tau lah sebelum ni dia guna buat bengkel kereta ke apa. Kalau bengkel sekalipun apalah salahnya kalau jadi bengkel yang bersih macam jiran sebelah Linda ni,” jelas Linda Onn lagi.

Wow kami di Impiana sememangnya cukup terpegun dengan bakat dan kreativiti Linda Onn yang menggunakan tangan dan idea sendiri mencipta atmosfera menyenangkan di pejabatnya! Sememangnya cukup memberikan saya inspirasi kan!

Sumber: IG @lindaonn7

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI