Se

Beruntungnya kita, Malaysia dianugerah dengan hutan hujan tropika yang masih padat dan kaya dengan sumber asli. Banyaknya tanaman yang tersimpan di dalam hutan tropika Malaysia, mempunyai manfaat kepada kesihatan. Bukan sahaja ia banyak digunakan dalam perubatan moden, malah perubatan alternatif atau tradisional.

Sebelum ini, Impiana pernah kongsikan khasiat pokok bomoh patah tulang. Kali ni, kita berkenalan pula dengan tanaman eksotik hutan iaitu pokok lemba. Menurut perkongsian Ustaz Rosdi Hasan, Pokok lemba ni mempunyai buah yang manis dan sedap. Namun, khasiatnya banyak pada akar.

Kalau masa kanak- kanak dulu pokok inilah yang selalu akan di cari bila ikut ayah atau emak bila mencari kayu api di hutan, kerana pada waktu itu mana ada dapur gas dan boleh dikatakan semua orang kampung menggunakan dapur kayu untuk memasak.

IKLAN

Pokok yang saya maksudkan ini ialah pokok lemba, pokoknya seakan pokok sawit yang baru membesar dan banyak tumbuh meliar didalam hutan. Saya gemar mencari pokok ini ialah kerana buahnya sangat manis bila di makan buah yang telah masak.Ramai Tak Tahu Akar Pokok Lemba Boleh Merawat Bisa

Bila saya membesar barulah tahu pokok ini sebenarnya pokok ini banyak khasiatnya yang amat berguna kepada manusia kerana pada satu hari seorang lelaki yang terkena santau sehingga kulit wajahnya menjadi lebam kebiruan datang bertemu dengan ayah saya, lalu ayah menyeruh saya mencari pokok lemba katanya racun santau itu boleh di tawarkan dengan menggunakan akar dari pokok itu bila di rebus akarnya lalu di beri minum kepada orang yang terkena santau.
Tampa membuang masa saya terus mencari pokok itu untuk merawat pesakit yang terkena santau itu.

IKLAN

Alhamdulillah selang beberapa hari lelaki itu datang bertemu dengan ayah dan mukanya tidak lagi menjadi lebam kebiruan serta darah tidak lagi keluar bila lelaki itu batuk dan waktu itu baru ayah bercerita pokok lemba sebenarnya di makan oleh binatang yang bernama Jebon bila selesai bertarung dengan ular tedung, kerana untuk menawarkan racun ular yang mematuknya.

Selain dari itu daun lemba juga boleh digunakan sebagai salah satu bahan untuk air mandian wanita selepas bersalin dan bayi bagi menghilangkan bau badan. Daunnya juga dijadikan campuran minyak urut untuk wanita selepas bersalin untuk disapu di kening dan perut. biasanya dimakan bersama pinang untuk merawat masalah pencernaan, gastrik atau dijadikan campuran ubat jamu. Akar pokok muda digunakan untuk merawat luka dalaman dengan cara merebusnya dengan air lalu diminum.

IKLAN

Manakala akar dan daun yang ditumbuk kemudian di balut pada tempat pula sendi dan otot untuk merawat masalah sengal-sengal tulang.
Lemba juga mempunyai khasiat untuk menyembuhkan sakit kepala dan penyakit ulser mulut dengan memakan buahnya yang telah masak.

lemba

Ramai Tak Tahu Akar Pokok Lemba Boleh Merawat Bisa
sdadasdasd
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI