
Ramai salah guna dryer dobi, ini cara betul supaya baju betul-betul kering. Mungkin ramai yang sudah terbiasa menggunakan perkhidmatan dobi layan diri setiap minggu. Biasanya, selepas mencuci pakaian, kita terus masukkan ke dalam mesin pengering untuk dikeringkan.
Namun, ada masanya pakaian masih lembap apabila sampai di rumah walaupun sudah keringkan lebih 30 minit dalam dryer. Mahu atau tidak, terpaksa juga jemur semula di rumah.
Sebenarnya, ini berlaku kerana ada kesilapan ketika menggunakan mesin pengering yang ramai tak sedar. Menurut perkongsian oleh Salkukhairi Sukor, ada beberapa langkah penting yang perlu diikuti agar pakaian dapat dikeringkan sepenuhnya dalam satu kitaran sahaja.
Ramai yang terbiasa mencampakkan terus pakaian yang masih basah dan berpuntal-puntal ke dalam mesin pengering. Cara ini salah kerana ia menyebabkan pakaian tidak dapat berkembang dengan baik semasa proses pengeringan. Akibatnya, bahagian tebal seperti pinggang dan kaki seluar akan kekal lembap walaupun masa pengeringan sudah lama.
Sebelum masukkan ke dalam mesin, pastikan anda perah dan kibas pakaian terlebih dahulu. Ini akan mengurangkan sisa air pada kain dan bantu pakaian untuk tidak melekat atau terbelit antara satu sama lain.
Masukkan pakaian satu persatu ke dalam mesin dalam keadaan terbuka dan kembang. Susun secara berlapis supaya terdapat ruang antara pakaian yang membolehkan udara panas bergerak dengan lebih efisien.
Apabila pakaian tersusun dengan betul, pengeringan akan lebih sempurna dan boleh siap dalam masa sekitar 30 ke 35 minit sahaja — cukup untuk satu bakul pakaian. Ini bukan sahaja jimat masa, malah jimat duit kerana tidak perlu tambah syiling untuk panjangkan masa.
Kelebihan lain bila ikut cara ini, pakaian akan keluar dari mesin dalam keadaan kurang berkedut dan lebih senang dilipat terus tanpa perlu diseterika.
Kalau anda selalu berdepan masalah pakaian tak kering di dobi, cuba amalkan teknik ini setiap kali guna dryer. Hasilnya pasti berbeza, tak perlu jemur semula atau buang masa dan duit.
Sumber: Sakukhairi n Sons
Baca artikel lain juga: Cebisan Tisu Melekat Pada Pakaian Dalam Mesin Basuh Mudah Saja Untuk Tanggalkan
Tip Cuci Langsir Di Lobi Layan Diri, Tak Semua Boleh Sumbat Mesin Basuh
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.