Pemilik merupakan seorang suri rumah dan hanya mengambil kerja-kerja sambilan mereka bentuk dan menyelenggara landskap ke rumah-rumah berhampiran secara kecil-kecilan. “Minat yang mendalam terhadap seni dekorasi landskap dihiasi bunga-bungaan berwarna-warni ini, tercetus apabila ibu saya pernah mengusahakan perniagaan tapak semaian tumbuhan hiasan bersebelahan dengan rumah kami dahulu,” kata pemilik memulakan bicara. Kini, usaha itu diteruskan oleh pemilik. Namun kaedah digunakan sedikit berbeza iaitu dengan menjual softscape secara dalam talian dan penyediaan perkhidmatan landskap ke rumah-rumah.Jom kita intai kediaman Isfalinda Md. Salikin yang menarik dan cantik ini.

Laman yang telah diusahakan lebih kurang lima tahun kelihatan disusun begitu kemas dan rapi. Dari luar pagar hinggalah ke depan pintu rumah segala-galanya dirancang dengan baik dan sempurna. Sesiapa sahaja yang berkunjung ke laman ini dapat merasai ketenangan dan suasana nyaman kerana pemilik bijak membahagi-bahagikan ruang. Pemilihan dan padanan warna memeriahkan suasana unit rumah teres end lot ini.

Rajin Belai Dan Jaga Pokok Rahsia Laman Surirumah Ini Bunganya Subur Merecik-Recik

Penggunaan basikal lama yang telah diwarnakan putih dengan deretan pokok Vianca pelbagai rona menjadi elemen penyambut tetamu. Selain itu juga, pemilik telah menyelitkan beberapa pohon bunga kertas sebagai latar untuk mewujudkan hierarki. Sesiapa sahaja akan rasa terpanggil untuk singgah apabila melihat pohon-pohon bunga kertas pelbagai warna mekar berkembang.

Melangkah ke ruang anjung kereta yang tidak lagi digunakan untuk memakir kenderaan, pemilik menghiasi kawasan ini sepenuhnya. Pokok bunga kertas yang digantung pada deretan tiang putih bermotifkan flora disusun secara linear bagi mewujudkan suasana protokol. Petunia, secara tradisinya ditanam sebagai tanaman gantung, diolah oleh pemilik dengan gaya berbeza. Penggunaan pasu tinggi dan berkaki memudahkan Petunia tumbuh subur dan mewujudkan impak volume pada asas taman ini.

IKLAN

Rajin Belai Dan Jaga Pokok Rahsia Laman Surirumah Ini Bunganya Subur Merecik-Recik

Rajin Belai Dan Jaga Pokok Rahsia Laman Surirumah Ini Bunganya Subur Merecik-Recik

Rajin Belai Dan Jaga Pokok Rahsia Laman Surirumah Ini Bunganya Subur Merecik-Recik

Rajin Belai Dan Jaga Pokok Rahsia Laman Surirumah Ini Bunganya Subur Merecik-Recik

Rajin Belai Dan Jaga Pokok Rahsia Laman Surirumah Ini Bunganya Subur Merecik-Recik

IKLAN

Tiada sebarang pokok rendang atau merimbun untuk laman ini kerana kebanyakan tumbuhan yang digunakan daripada jenis tumbuhan berbunga. Tumbuhan berbunga memerlukan pancaran matahari secara terus dan mencukupi untuk memudahkan proses penghasilan bunga. Jika cahaya matahari tidak mencukupi, bunga tidak dapat mekar dengan sempurna dan kadangkala boleh menyebabkan kudup bunga mati.

Hampir semua hardscape yang digunakan ditempah khas dan dicat putih, termasuklah batu bata yang dijadikan sebagai curb. Sebagai kemasan pada lantai laman, pemilik telah menanam rumput karpet di bahagian tengahnya yang dikelilingi dengan ruangan berturap concrete imprint. Rumput ditanam secara berselang dengan stepping stone untuk mewujudkan kepelbagaian tekstur dan warna.

Pemilik bijak memilih penggunaan softscape dan penyusunannya yang kemas menceriakan suasana laman. “Apa yang penting, minat bertaman dan kerajinan untuk menyelenggara perlu ada supaya keindahan taman tersebut dapat dinikmati sampai bila-bila. Selain itu, ilmu pengetahuan untuk bertaman juga perlu dicari dan dipelajari kerana ia bakal menjadi faktor kejayaan sesebuah taman,” kata pemilik memberi tip mengakhiri bicara laman miliknya.

Rajin Belai Dan Jaga Pokok Rahsia Laman Surirumah Ini Bunganya Subur Merecik-Recik

Rajin Belai Dan Jaga Pokok Rahsia Laman Surirumah Ini Bunganya Subur Merecik-Recik

Rajin Belai Dan Jaga Pokok Rahsia Laman Surirumah Ini Bunganya Subur Merecik-Recik

IKLAN

Kaedah betul penanaman perennials yang berjaya:

  1. Pemilihan tumbuhan

Pemilihan tumbuhan perlulah bersesuaian dengan persekitaran. Tumbuhan perennials memerlukan cahaya matahari sekurang-kurangnya enam hingga lapan jam sehari.

  1. Penyediaan medium tanaman

Sediakan medium penanaman secukupnya sebelum pemindahan tumbuhan dilakukan. Ini bertujuan untuk menghindari akar pokok dari terdedah kepada sebarang ancaman.

  1. Penanaman perennials

Jika menggunakan pasu, tumbuhan perennials perlu ditanam di dalam pasu yang lebih besar untuk memudahkan pergerakan akar dan menggalakkan pembungaan. Selepas selesai proses tanaman, siram air di bahagian pangkal tumbuhan sehingga mencukupi.

  1. Sungkupan

Letakkan sungkupan organik sekurang-kurangnya dua inci tebal untuk mengekalkan kelembapan tanah dan mengelakkan rumpai dari tumbuh.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI