Tomato sebenarnya antara tanaman yang produktif sama ada ditanam di dalam pasu atau terus dibatas. Namun, bagi mereka yang berkebun secara hobi selalu melihat tomato antara tanaman yang kedekut berbuah walupun telah dibaja. Sebenarnya bukan kedekut, cuma tekniknya salah. Ada satu langkah yang amat penting anda lupa untuk lakukan. Dan langkah yang anda tertinggal ni sebenarnya sesuatu benda yang dianggap remeh.

Perkara yang paling penting tetapi selalu diabaikan oleh pekebun adalah dengan menyediakan pemancang atau sokongan. Tahu kah anda, benda yang dianggap remeh ini amat mempengaruhi produktiviti tomato. Sebab itu, di ladang, pokok tomato diikat atau dililitkan pada tali. Bukan sekadar untuk kelihatan kemas dan memudahkan penyelenggaraan malah membantu dalam proses produktiviti tomatoRahsia Untuk Hasilkan Buah Tomato Lebat Yang Ramai Tak Tahu

Apa pentingnya menyediakan pemancang untuk pokok tomato?

IKLAN

Tujuan utama kenapa tomato memerlukan sokongan adalah untuk memastikan ia sentiasa dalam keadaan tegak dan tinggi. Apabila dalam kondisi tersebut, pokok mudah menerima pencahayaan yang baik. Disamping itu juga, ia membantu pengudaraan pada seluruh tanaman. Ia penting bagi memastikan daun tomato sentiasa kering. Tambahan, apabila lebih banyak bahagian pokok tomato bersentuh pada permukaan tanah, ia mengundag risiko jangkitan penyakit yang berpunca dari medium tanaman.

IKLAN

Rahsia Untuk Hasilkan Buah Tomato Lebat Yang Ramai Tak Tahu

IKLAN

Apa kebaikan sokongan tomato? 

1. Sokonga tersebut menggalakan pernghasilan buah yang lebih baik dan pokok akan sentiasa kekal sihat.
2. Bila pokok adlam keadaan tegak, pengudaraan dapat diagihkan pada keseluruhan pokok. Ia mambantu dalam memastikan setiap bahagian pokok sentiasa kering dan secara tidak langsung mengurangkan ancaman penyakit
3. Dengan penyediaan sokongan juga, ia mumudahkan tugas anda untuk melakukan penyelenggaraan seperti mencantas
4. Memandangkan tomato tumbuh secara vertikal, ia memberi ruang optimum dikebun anda untuk tanaman yang lain
5. Akhir sekali, kelebihan menyediakan sokongan untuk tanaman tomato memudahkan anda untuk melakukan tuaian.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI