Mungkin ada segelintir di kalangan anda yang beranggapan rona putih dan kelabu misalnya antara pilihan warna yang membolehkan dekorasi hiasan dalaman rumah tampak kusam dan tidak ceria. Maka oleh itu, tidak dinafikan rona putih dan kelabu kurang menjadi pilihan ramai.
Tetapi tahukah anda sebenarnya rona putih dan kelabu ini boleh memberikan satu perubahan besar untuk dekorasi hiasan dalaman rumah anda? Siapa sangka dengan menjadikam rona putih dan kelabu, boleh membuatkan dekorasi hiasan dalaman rumah anda tampak lebih elegan.
Namun begitu, dengan pemilihan rona putih dan kelabu ini sebagai warna pilihan utama bagi dekorasi hiasan dalaman rumah harus betul dan bersesuaian dengan konsep yang diketengahkan. Antara konsep yang bersesuaian untuk ditampilkan dengan pemilihan rona putih dan kelabu ini adalah seperti moden inggeris atau kontemporori.
Ads
Jadi, mari kita lihat dekorasi hiasan dalaman bertemakanm rona putih dan kelabu yang dihasilkan oleh pemilik kediaman Watiey Abdullah ini, mungkin boleh dijadikan sebagai sumber idea inspirasi buat anda semua.
Sumber: Facebook Watiey Abdullah
Ads
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Barangan elektronik seperti peti sejuk ini walaupun sudah lama digunakan dalam satu jangka tempoh masa yang lama, ia masih boleh berfungsi dengan baik jika anda menggunakan dengan penuh cermat dan berhemah.
Meski ia masih berfungsi dengan baik sehingga kini, namun jika sudah lama digunakan sudah pasti peti sejuk anda berada keadaan yang kurang menarik atau erti kata lain tidak lagi menawan seperti baharu.
Bukan itu sahaja, mungkin juga peti sejuk yang sedia ada di kediaman anda tidak lagi cantik seperti baharu oleh kerana warna luar permukaan badan peti sejuk anda sudah pudar. Jangan bimbang, kini ada cara mudah untuk mengembalikan peti sejuk lama anda jadi seperti baru.
Buat anda yang ingin tahu bagaimana caranya, oleh itu IMPIANA kongsikan cara dan kaedah untuk mengubahsuai peti sejuk lama anda dengan hanya menggunakan pelekat ‘Glossy’ sahaja. Mari kita lihat cara-caranya menerusi perkongsian Nur Aqeesha di laman media sosial Facebook.
Jika anda mahu mendapatkan pelekat ‘Glossy’ ini, anda boleh membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee.
Sumber: Facebook Nur Aqeesha
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Tip pilih jubin, jangan asal berkenan terus pilih, bukan semua jenis kediaman sesuai. Masih ramai yang tidak tahu memilih jubin yang sesuai untuk kediaman. Selalunya yang menjadi kebimbangan ialah bila kita tersalah pilih jubin. Mungkin tidak sesuai dengan konsep rumah, kurang cantik dan sebagainya.
Jubin rumah akan kelihatan cantik jika anda pandai memilih jubin yang betul-betul berkualiti dan sesuai. Seperti yang kita ketahui jubin bukan sahaja sesuai untuk lantai di bahagian ruang tamu tetapi juga menyeluruh hingga ke bilik mandi dan juga ruang dapur.
Paling penting, tentukan konsep kediaman terlebih dahulu jadi secara tidak langsung ia memudahkan anda untuk memilih warna, corak dan juga saiz jubin tersebut.
*Salah satu cara untuk melihat jubin sebelum membelinya adalah dengan berdiri dalam jarak sekurang-kurangnya satu meter untuk mendapatkan gambaran yang realistik bagi jubin tersebut.
*Pada bahagian luar atau kawasan mudah terdedah kepada kelembapan, anda boleh menggunakan jubin dengan permukaan bertekstur lebih kasar.
*Berbanding untuk kegunaan dalaman rumah, selalunya jubin daripada jenis permukaan licin dan berkilat sering menjadi pilihan.
*Bagi kediaman yang lebih kecil, pilihan jubin sederhana lebih baik berbanding bersaiz kecil atau besar.
*Jika jubin daripada jenis yang kasar selalunya mudah memerangkap kotoran dan berdaki. Oleh itu menggosok dan pembersihan secara intensif dengan teknik yang betul diperlukan bagi mengekalkan keaslian permukaan. Jangan sesekali memasang jubin yang dikhaskan untuk dinding pada lantai kerana masing-masing ada perbezaannya.
Paling penting untuk memilih jubin yang berkualiti, pastikan anda meminta pendapat pada mereka yang berpengalaman luas dalam bidang binaan. Mereka lebih mengetahuai mengenai produk atau jenama yang lebih bagus, yang lebih mantap untuk jubin rumah anda. Paling penting kita akan tahu ‘standard’ dan ianya bermutu atau tidak.
Permukaan yang licin biasanya sesuai untuk lantai di bilik tetamu, manakala permukaan yang kasar sesuai untuk bilik air. Bagaimanapun jubin dengan permukaan yang kasar susah untuk dicuci kerana kekotoran itu susah hendak ditanggal.
Selain itu, anda juga perlu memastikan tukang yang dipertanggungjawabkan untuk memasang jubin di rumah anda juga adalah yang berpengalaman dalam pemasangan jubin. Pemilihan tukang yang berpengalaman dapat memastikan jubin dapat dipasang dengan sempurna agar kelihatan kemas dan cantik.
Jangan sesekali memasang jubin yang dikhaskan untuk dinding pada lantai kerana masing-masing ada perbezaannya. Fungsi jubin untuk dinding dan lantai tidak sama kerana seperti yang kita ketahui jubin untuk lantai lebih tahan lasak.
Teknik pemasangan jubin juga perlu diberi perhatian supaya tetap utuh dan tidak menggelembung. Jika jubin lantai sudah menggelembung, lama kelamaan ia pasti pecah dan berserpih. Jubin yang bersepah mempunyai bucu tajam dan boleh mencederakan kaki jika terpijak.
Bagi mereka yang menetap di kediaman jenis High Rise’ seperti apartment atau kondominium, sudah semestinya ruang tempat menjemur pakaian antara ruang yang sangat penting.
Namun begitu, ruang tempat menjemur pakaian ini yang tersedia ada kalanya memiliki kekurangan sekaligus boleh mendatangkan masalah kepada pemilik rumah dari segi saiz keluasan ruang tersebut.
Ini kerana, saiz keluasan ruang tempat menjemur pakaian yang tersedia sempit dan sangat terhad. Jadi, sudah pasti ia akan mendatangkan masalah ketika untuk menjemur pakaian di ruang tersebut.
Sebagai solusi, apa kata anda menggunakan ampaian pakaian seperti ini untuk mengatasi masalah tersebut. Apa yang menariknya mengenai ampaian pakaian ini ia boleh dilipat dah tidak menggunakan ruang yang terlalu besar untuk memasangnya.
Bukan itu sahaja, untuk memasangnya juga tidak begitu rumit dan amat mudah untuk dikendalikan. Malah, ampaian pakaian ini sangat kukuh dan boleh menampung jumlah kain jemuran yang banyak dalam satu masa.
Manakala, harga yang dijual tidak terlalu mahal dan berpatutan jadi anda tidak perlu untuk berbelanja besar pun.
Jika anda ingin mendapatkan ampaian pakaian seperti ini, anda boleh membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee.
Foto: Facebook Pemburu Tiket Murah
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Trend bilik mandi berwarna semakin mendapat perhatian apabila pemilik kediaman mula menjadikan ruang ini sebagai sebahagian daripada ekspresi gaya hidup dan identiti rumah.