Ramai yang berputus asa bila tanam rumput cepat mati dan tak menjadi. Apa punca rumput cepat mati dan tak menjadi? Bukan mudah nak tanam rumput kalau anda tidak kenal pasti jenis rumut yang anda tanam. Jom, IMPIANA bantu anda untuk pelajari cara bagaimana untuk tanam rumput di halaman sendiri dengan modal yang kecil dan menjadi.

PEMILIHAN RUMPUT

Pilih rumput yang mudah untuk dijaga dan sesuai untuk kawasan anda terutamanya dari segi penerimaan cahaya. Di sini perbandingan tiga rumput utama untuk anda pilih mengikut kesesuaian laman anda.

  • Rumput Karpet / Philippine Grass :
    • Keperluan Cahaya : Penuh
    • Lasak : Sangat Lasak
    • Penjagaan : Consider Mudah.
  • Rumput Mutiara / Pearl Grass :
    • Keperluan Cahaya : Boleh tolerate kawasan terlindung. Kalau terkena cahaya terik pada bahagian tepi daun akan terbakar.
    • Lasak : Tak lasak, mudah diserang kulat.
    • Penjagaan : Tak perlu potong tapi leceh kerana perlu air yang tepat dan banyak penyakit.
  • Rumput ‘lembu’ / Cow Grass : Lasak, Perlu Cahaya penuh, Cepat tumbuh.
    • Keperluan Cahaya : Penuh
    • Lasak : Sangat Lasak
    • Penjagaan : Consider mudah

Punca Tanam Rumput Cepat Mati Dan Tak Menjadi

PENANAMAN

Ambil tahu strutur tanah di laman anda, adakah air suka bertakung tatkala hujan? Kenal pasti berapa lama air bertakung dan di kawasan mana yang banyak air bertakung? Ramai yang tidak tahu dan silap, punca pokok atau rumput cepat mati adalah kerana lebihan air, ini akan membuatkan tanah menjadi terlalu lembab dan medium mudah tersumbat tiada rongga untuk bernafas serta tidak mampu memberi nutrien yang baik pada tumbuhan dan juga rumput.

Apabila anda sudah dapat kenal pasti strutur tanah pada laman, rancang sama ada anda  perlu membuat laluan air pada kawasan tersebut iaitu menanam subsoil pipe atau tidak? Langkah seterusnya racun rumput atau lalang yang asal biarkan seminggu dua baru anda buang tanah dalam 2 inci bersihkan dan batu-batu yang ada di buang dari permukaan.

Paling penting pastikan batu-batu semua di buang kalau tak nanti rumput bertompok-tompok. Taburkan pasir, kalau anda ingin tahu rumput suka dengan pasir, ia akan memudahkan pertumbuhan rumput dengan cepat. Kalau tak ada masalah budget, buang dalam 6 inci tanah dan gantikan dengan top soil. Dan boleh la, mula tanam rumput pilihan anda.

IKLAN

Selepas tanam rumput jangan lupa buat dan amalkan perkara ini. Kerap SIRAM rumput tersebut, satu hari tiga kali. Awal pagi 7am , tengahari jam 11am, petang jam 5pm . Elakkan menyiram rumput waktu teriknya matahari dan lewat petang selepas jam 6pm. Ikut jadual ini sehingga 2 bulan pertama dan lihat hasil rumput anda akan mula tumbuh dengan meriah dan menghijau.

EDGING

Edging ni amat penting terutamanya mereka yang memotong rumput sendiri. Jika anda potong rumput sendiri, edging yang digunakan adalah batu bata yang sama level dengan tanah. Ingat sama level dengan tanah, bukan sama level dengan rumput. Jadi ketika memotong rumput, tayar mesin rumput tolak boleh sampai ke atas edging ini, dan juga seterusnya membina sempadan antara rumput dan kawasan lain.

PEMBAJAAN

IKLAN

Baja hanya diberikan dalam tiga bulan pertama je. Baja yang sesuai digunakan pada awal-awal dulu adalah baja organik dan diselang selikan dengan baja kimia slow release 15:15:15 + Mg + TE. Selepas tu bila dah stabil tak ada baja di berikan. Hanya sisa-sisa baja dari tanaman pokok lain sahaja. Walaupun rumput sudah semakin baik, pastikan ia tetap disiram pada awal pagi dan petang tidak perlu tiga kali sehari lagi.

PEMOTONGAN

Ini part yang paling penting dan salah satu reason kena pilih rumput carpet. Jadual pemotongan hanya sebulan sekali. Dan kerana ciri daunya yang kecil seperti jarum, hasil potongan tidak susah untuk kutip dan buang. Malahan dibiarkan hancur pada rumput tersebut. Namun begitu untuk mendapatkan hasil yang lebih baik pastikan anda menggunakan mesin rumput yang sesuai.

Rumput Masih Hijau walaupun selepas di Potong. Jadual Pemotongan 2 bulan sekali.

IKLAN

Punca Tanam Rumput Cepat Mati Dan Tak Menjadi

TIP memotong rumput

  • Untuk hasil rumput yang cantik selepas potong, setting 2.5 inci. Ini kerana membiarkan ia tidak terlalu pendek:
    • Cahaya tak sampai ke tanah, jadi rumput asing susah nak tumbuh kerana kalah dengan persaingan cahaya.
    • Jimat air kurang kehilangan air kerana cahaya tak sampai ke tanah. Siram seminggu sekali je.
    • Selepas potong rumput, rumput masih hijau. Kalau terlalu rapat akan kelihatan coklat kerana batang2 rumput yang kelihatan. Untuk mencapai ini, rumput mesti di potong sebulan sekali.
    • Rumput tebal dan sedap di pijak dan jika anak2 jatuh pun tidak terlalu sakit.
    • Sisa potongan rumput cepat je tersembunyi dan jatuh di celah celah rumput sepanjang 2.5 inch ini.
  • Pastikan Blade atau pisau pemotong rumput sentiasa tajam. Kalau tumpul, blade akan ‘mencabut’ rumput instead memotong. Blade tumpul juga menyebabkan function ‘Mulching’ tidak optimum kerana rumput tidak dapat di potong halus.
  • Potong rumput ketika panas dan kering. Jangan potong rumput ketika basah, nanti bergumpal jadinya dan juga ‘Mulching’ tidak optimum.
  • Biarkan sisa potongan di atas rumput. Kalau bergumpal, gunakan penyapu untuk meratakannya. Paling mudah kalau menggunakan mesin yang memang direka ada function mulching. Mesin Pemotong Rumput Petrol (Makita Lawn Mower PLM 5120)
  • Kalau boleh setiap kali memotong rumput, gunakan pattern yang berlainan. Contoh, jika hari ini memotong rumput pattern selari dengan rumah, bulan seterusnya potong pattern 90 darjah dengan rumah pulak dan akan datang kalau boleh buat pattern melintang X pula dan sebaginya. Ini kerana untuk memberi rumput tumbuh dengan segar dan bercambah dari perlbagai arah agar nampak hijau sekata.

TOP DRESSING

Top dressing dilakukan untuk permukaan rumput yang tidak rata. Ia boleh dilakukan dengan lapisan pasir. Lapisan pasir ni diletakkan pada kawasan-kawasan yang tidak rata. Jika anda mempunyai bajet lebih, pakai tanah hitam yang subur atau potting soil. Penggunaan tanah hitam juga mampu menyuburkan pertumbuhan rumput dan meningkatkan aktiviti mikro dengan lebih baik dan sempurna.

Selamat Mencuba tip ini untuk anda yang ingin tanam rumput sendiri di halaman.

Artikel berikut: Wajib Kenal 7 Serangan Kulat Pada Rumput

Untuk Pembelian DUCAR 18″ Easy Start Grass Cut Lawn Mower 150cc Petrol Type KLIK DISINI

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI