
Untuk pastikan si cilik anda diam di dalam kereta, atau ketika pulang ke kampung, sudah pastinya permainanlah menjadi penghibur mereka. Apa kata, untuk si dara sediakan sebuah bekas mainan Pack “n” Go super comel ini, barulah barang maianan tak bersepah dan mudah untuk disimpan
Bahan-bahan:
1 biji tong atau bekas simpanan plastik
Pelekat tungku dapur (untuk mendapatkan templet tunku dapur sila layari www.impiana.my)
Pelakt polos rona hitam
Pembaris
Pisau
Gunting
cara-cara:
1. Lekatkan pelekat polos hitam pada penutup tong plastik. Gunakan pembaris untuk meratakan permukaan yang ditampal. Jika terdapat pemukaan yang memerangkap udara, tekan dengan menggunakan pembaris sehingga hilang
2. Potong lebihan pelekat hitam supaya menjadi bingkai dapur yang kemas
3. Potong pelekat tungku dapur yang telah di cetak dari website impiana
[klik sini untuk dapatkan layout tungku dapur]
4. Lekatkan pelakat dapur yang telah siap dipotong di atas penutup bekas plastik
DIY Perangkap Nyamuk SUPER MUDAH 100% Berkesan

Dah beli ubat nyamuk pelbagai jenis sama ada yang murah mahupun yang mahal, tapi nyamuk tetap ada. Walaupun kehadirannya tidak banyak, namun tetap tidak menyenangkan. Nak-nak khuatir ada nyamuk aedes pula.
Apa kata kita cuba pula DIY buat perangkap nyamuk ni. Di luar negara ramai telah memperaktikkannya dan terbukti berjaya memusnahkan koloni nyamuk. Kebiasaannya, perangkap nyamuk ini akan diletakkan di luar rumah untuk menarik nyamuk yang bermastautin di dalam rumah keluar dan masuk ke dalam perangkap. Bahan nya tak rumit dan tidak mahal. Jom cuba!
Bahan-bahan:
200ml air panas
50gm gula perang
1gm yis
1 botol plastik 2 liter
Cara-cara:
1. Potong 2 plastik botol dan simpan bahagian muncungnya
2. Sebatikan gula perang bersama air panas dan biarkan ia sejuk sepenuhnya
3. Apabila larutan gula perang telah sejuk sepenuhnya, tuang ke dalam botol yang telah dipotong tadi
4. Taburkan serbuk yis ke atas larutan gula perang tadi dan tidak perlu dikacau. Yis tadi akan menghasilkan karbon dioksida dan menarik minat nyamuk dari dalam rumah untuk keluar singgah ke botol perangkap nanti
5. Ambil bahagian mulut botol yang telah dipotong tadi dan letakkan ke dalam botol berisi larutan gula perang secara terbalik
6. Bungkus atau balut keseluruhan botol dengan kertas atau kain berwarna hitam dan letakkan botol yang sama di beberapa sudut luar rumah
Periksa botol setiap minggu, anda akan dapati nyamuk yang terperangkap akan mati di dalam botol. Larutan ini juga sesuai digunakan untuk memerangkap siput di laman.
5 Jenis Kerosakan Pada Dinding Dan Bagaiman Anda Boleh Selesaikannya

Dinding rumah merupakan elemen yang penting untuk sebuah rumah. Anda harus mengenalpasti keadaan dinding rumah anda. Terdapat beberapa permasalahan seperti dinding beralun, retak, rekah, senget, berlumut dan sebagainya. Bayangkan sekiranya anda perlu melihat semua defect ini setiap hari, ia pasti menyakitkan mata memandang dan menimbul kerisauan.
Disini IMPIANA ingin berkongsi sedikit tentang jenis-jenis kerosakan yang biasa berlaku pada dinding kediaman anda.
- Lembap Dan Berlumut
Sifat bata ialah ianya menyerap air. Jadi ia boleh menyerap air daripada bawah tanah. Biasanya ianya berlaku pada bahagian bawah dinding dan anda boleh rasa dengan menggunakan tangan.
Sebelum kerja mengikat bata dijalankan, DPC (damp proof course) hendaklah dipasang pada lapisan yang pertama. Tujuan DPC ialah untuk menghalang air daripada tanah untuk naik ke dinding bata. Kewujudan air dalam dinding boleh menggalakkan pertumbuhan lumut pada dinding.
Selain itu, dinding yang lembap boleh perpunca daripada berlakunya kebocoran pada paip di dalam dinding. Perkara ini boleh dipastikan dengan melihat sama ada dinding tersebut bersebelahan dengan tandas, dapur dan sebagainya.
- Retakan Rerambut (Hairline Crack)
Kerosakan jenis ini agak susah untuk dikesan. Anda perlu perhatikan betul-betul baru anda boleh mengesan kesan jenis ini. Seperti namanya ukurannya hanyalah selebar sehelai rambut sahaja.
Banyak faktor yang boleh menyebabkan kerosakkan jenis ini. Antaranya ialah :
– Dinding bata tidak dibasahkan sebelum kerja-kerja plaster menyebabkan air di dalam mortar diserap oleh bata dan menyebabkan berlakunya hairline crack pada plaster.- Rumah melalui proses untuk settle dan menyebabkan berlaku perbezaan pergerakan antara struktur utama rumah dengan dinding bata. Anda boleh lihat sekiranya hairline crack berlaku pada sambungan antara tiang / beam dan dinding bata.
- Dinding Beralun
Cuba letakkan tangan anda pada dinding dan gerakkan pada sepanjang dinding. Adakah anda dapat rasakan seumpama tedapat alunan pada dinding rumah anda? Jika ya, bermakna dinding rumah anda ada masalah ini.
Masalah ini biasanya berpunca daripada tukang plaster / lepa yang tidak mahir. Sekiranya wave pada dinding rumah anda sangat ketara, masalah ini boleh berpunca daripada kerja ikatan bata.
Untuk lebih pasti, boleh gunakan lampu suluh dan halakan cahaya daripada tepi dinding. Sekiranya dinding rumah beralun, anda boleh lihat bayang bagi kawasan yang beralun.
- Blistered, Bertampal-tampal
Dua kesan yang berbeza disini. Blistered adalah pop-up yang berlaku pada dinding. Biasanya disebabkan oleh nisbah campuran plaster yang salah dan ditambahkan dengan proses panas-sejuk pada dinding.
Bertampal-tampal atau patchiness pula disebabkan kualiti kerja yang tidak memuaskan. Anda boleh rasa dengan tangan, malah mungkin anda boleh lihat dengan mata keadaan berbelak-belak pada dinding anda.
Kalau anda perhatikan, kebanyakan kerosakan pada dinding berlaku pada lapisan plaster. Kenapa? Kerana kita tidak dapat melihat defect yang berada disebalik plaster. Mungkin kalau kita pecahkan lapisan plaster, banyak lagi kerosakkan yang boleh kita nampak.
- Rekahan (Crack)
Apa beza rekahan dengan retakan rerambut? Rekahan adalah istilah yang digunakan untuk keretakan yang serius. Sekiranya anda boleh melihat cahaya daripada sebelah luar dinding anda maknanya terdapat rekahan pada dinding anda.
Kesan jenis ini adalah lebih berbahaya kerana ianya menghadapi kegagalan pada struktur. Jadi anda boleh mengambil tindakan yang sewajarnya.
Namun begitu ianya boleh juga berpunca daripada kualiti kerja yang kurang memuaskan ataupun nisbah campuran mortar yang salah menyebabkan ikatan antara bata tidak kukuh.
5 “Hack” Rak Pameran Koleksi Hot Wheels SUPER BAJET Tapi Cantik

Hot wheels koleksinya bukan sahaja diminati kanak-kanak sahaja malah golongan dewasa. Tapi jangan tak sangka ada juga wanita yang meminati koleksi kereta miniature ini. Yang menjadi pening adalah apabila koleksi yang dikumpulkan dah terlalu banyak. Takkan nak simpan je dalam kotak bertutupkan. Koleksi hot wheels ni perlu lah dipamerkan. Barulah nilai sentimentalnya dapat dinikmati dan dihargai.
Nak pamerkan, tak semestinya perlu almari atau rak mahal. Apa kata kita DIY sendiri je rak pameran koleksi Hot Wheels
RAK KASUT
Paling bijak, jimat dan cantik. Apa kata guna rak kasut kayu. Rak kasut ni boleh di dapatindi kedai-kedai keperluan harian. Harganya pun tak mahal. Kalau pandai cari, harganya boleh dapat RM 19.00 sahaja
RAK PISAU METAL
Pilihan buat anda yangbmementingkan kekemasan dan ada duit lebih. Boleh lah gunakan rak pisau yang ada megnet ni.
Picture ledge
Rak pameran gambar ni boleh di dapati di ikea pada harga RM 20++ untuk satu batang. Ada warna hitam dan putih. Ikut kesesuaian koleksi anda.
PENGGULUNG TISU
Buat anda yang kreatif, boleh cuba diy sendiri rak pameran koleksi Hot Wheels dengan menggunakan penggulung tisu. Nak tahu cara untuk membina rak pameran ini [klik sini]
PLASTIC SHOWER PENAL HOLDER THINGIE
Bagi anda yang tak suka buka label pembungkus Hot Wheels kerana khuatir nilainnya jatuh, kaedah pameran koleksi ini paling bersesuaian. Plastik atau getah ni kebiasaanya digunakan pada penal-penal kaca seperti yang terdapat pada bilik shower kaca. Mudah didapati di kedai Hardware.