Nak raya ni antara perhiasan rumah yang akan dibeli atau tukar adalah seperti karpet, langsir sarung kusyen dan sebagainya. Tapi dinding yang polos tu tak lengkap jika tiada dekor yang menceriakannya. Kebiasaanya, hiasan dinding yang akan dipilih adalah bingkai gambar. Untuk raya ni, Impiana nak bagi percuma wall art yang boleh anda print sendiri.
Terpulang kepada anda, sama ada nak guna frame biasa atau canvas frame. Yang penting, rekabentuk yang impiana bagi ni tengah jadi fenomena di luar negara. Dengan gabungan perkataan berunsurkan islam. wall art ni di reka berdasarkan konsep moden. Bila dinding rumah pun cantik, barulah #betulbetulraya
Bagi yang berminat, boleh lah muat turun dengan menekan perkataan berwarna biru disetiap gambar yang tertera
Terdapat banyak perkara yang perlu diambil kira dalam proses pengubahsuaian yang pastinya memeningkan kepala. Jika anda seorang profesional sekali pun, setiap projek adalah berbeza-beza bergantung kepada kehendak pemilik, bajet dan macam-macam faktor lagi. Artikel kali ini membincangkan tentang perkara yang patut anda tahu sebelum memulakan sebarang renovasi pada bilik air di kediaman. Dengan kajian yang mencukupi dan pengetahuan yang diperoleh, diharap proses ini akan lebih lancar dan berakhir dengan sebuah bilik air baru yang cantik dan menarik.
1. Jangkaan kos renovasi. Sebelum memulakan apa-apa projek, adalah penting untuk anda tahu apa yang anda mahukan dan apa yang anda boleh dapat dengan jumlah wang yang sanggup dilaburkan. Saiz bilik mandi, kualiti bahan dan upah pekerja – semua ini merupakan faktor yang akan memberi impak secara langsung terhadap kos renovasi anda.
2. Susun atur dan pelan. Rancang dan bincang dengan teliti bagaimana susunan bilik air yang anda inginkan dengan kontraktor. Jangan takut untuk meminta pendapat dan idea dari pihak ketiga. Buat umat Islam adalah lebih baik jika tandas anda tidak mengadap ke kiblat. Selain itu, elakkan meletak tandas berhadapan dengan pintu masuk kerana ia bukanlah perkara paling menyenangkan untuk dilihat dan mungkin terlihat tidak sopan.
3. Fahami dimensi bilik air standard. Ambil tahu dan buat sedikit research tentang ukuran beberapa alatan utama yang diperlukan didalam sesebuah bilik mandi agar mudah untuk anda memperuntukkan ruangan buat sinki, tandas mahupun tab mandi dengan lebih efisyen.
4. Ketinggian yang tepat untuk sinki. Kebiasaannya tinggi sinki adalah 32 ke 34 inci dari permukaan lantai bilik air. Tetapi anda perlu mengambil kira tentang ketebalan material kaunter yang ingin digunakan sekali agar penggunaan bilik air lebih selesa.
5. Semak saiz jubin yang dipilih. Jangan terperanjat jika jubin 300×300 yang anda beli tidak menepati spesifikasi sebenar. Ini mungkin terjadi atas faktor sendi grouting dan ia boleh mempengaruhi susun atur dan perletakan jubin akan jadi tidak cantik.
6. Pasang sendiri. Kos memasang juga akan memaksa anda menambah bajet keseluruhan renovasi. Sebenarnya tuan rumah boleh mengurangkan kos dengan melakukan sendiri kerja-kerja pemasangan yang mudah.
7. Beri perhatian pada transisi lantai. Bilik air yang dipasang jubin perlu dipadankan dengan kemasan lantai diluarnya. Ramai pemilik yang terlepas pandang hal ini tetapi pemilihan jubin yang berpadanan adalah penting kerana ia dapat mempengaruhi transisi dari satu ruang ke ruang yanng lain. Seperti dalam kebanyakan kes, perancangan awal akan memberikan hasil yang memenuhi kehendak anda.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Untuk memiliki ruang dapur yang cantik dan bersih sebenarnya tidak memerlukan perbelanjaan yang besar. Hanya gunakan rak buku RM14.90 untuk bina kabinet dapur cantik dan kemas.
Anda hanya perlu rajin untuk mengemas dapur anda, namun permasalahan tiada ruang penstoran atau kabinet dapur menyukarkan aktiviti mengemas dapur. Jangan risau, sebenarnya anda boleh buat sendiri kabinet dapur anda.
Shuhaimi Zulkefli telah menghasilkan sebuah kabinet dapur yang istimewa buat isteri tersayang. Shuhaimi tidak menggunakan barang yang mahal tetapi hanya menggunakan rak yang sedia ada dan akhir diubah menjadi kabinet dapur. Ruang dapur pasti akan kelihatan kemas dengan kabinet ini. Jom kita hasilkan, sangat mudah dan menjimatkan.
Setiap rak, diletakkan dua 2 Steel Angle Brackets (atas dan bawah) tepat pada tulang tengah. Tingkat atas tidak perlu diikat.
Memiliki dapur yang lengkap dan cantik pastinya menjadi idaman setiap wanita diluar sana. Keinginan untuk memiliki kabinet dapur selalu terbantut apabila kos yang mereka tawarkan selalunya tidak cukup dengan bajet yang ada. Ini semua tidak menjadi masalah jika bijak menggunakan sesuatu yang boleh dijadikan sebagai rak serba guna.
Dengan hanya mengolah kembali rak ini agar menjadi rak dapur yang diidamkan. kabinet dapur cukup penting untuk dapur yang kemas dan teratur. Sistem penyimpanan di ruang dapur cukup penting.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!