
Kebiasaannya, bila tanaman dah berusia sudah pasti hasilnya semakin berkurangan. Letak lah baja apa pun sekali, struktur pokok sukar untuk dipulihkan. Jadi ada yang akan kata mabuk daun dan tebang je pokok yang dah tua.
Sebenarnya, pokok tua pon boleh diremajakan melalui cantuman atau kaedah kahwin pokok. Kebanyakkan penggiat industri banyak menggunakan kaedah ini. hasil perkahwinan ini, pokok bukan sekadar lebih cepat matang malah menghasilkan buah lebih berkualiti dengan cepat dan rendang. Boleh petik tanpa perlu guna galah atau tangga tau.
1. Pilih batang pokok yang sihat dan berukuran lebih daripada 2 inci lebar.
2. Potong bahagian batang yang tidak diperlukan. Tempat yang akan dijalankan proses kahwin nanti perlu 4 hingga 6 kaki tinggi dari tanah. Selebihnya dipotong keseluruhan. Sebelum dipotong, pastikan gergaji atau pisau yang digunakan bersih dan tajam bagi mengelak bakteria membiak.
3. Potong sedikit bahagian kulit pokok mangga dengan menggunakan pisau sebagai poket untuk cantuman anak pokok baru
4. Sediakan tunas atau ranting berukuran 1 kaki yang sesuai untuk cantuman dan di potong baji di bahagian pangkanya. Buang semua daun kecuali daun pucuk yang paling muda.
5. Letakkan ranting yang telah dibaji tadi ke dalam poket yang telah disediakan. Dan pastikan bahagian baji bersentuhan dengan dahan. Ikat dengan tali rafia untuk mengukuhkan kedudukan ranting pokok baru.
6. Sapukan cat kalis air bagi mengatasi serangan penyakit pada bahagian dahan yang di potong,
P/S: Untuk peringkat awal tumbesaran tunas cantuman, ia memerlukan sokongan. Ikat pada pandang besi atau buluh buat sementara waktu sehingga betul-betul kukuh.
Cara Mudah Bina Kolam Ikan Sendiri Di Halaman Rumah

Mempunyai sebuah kolam ikan di halaman atau taman anda merupakan satu kelebihan. Di samping memberi nilai tambah kepada persekitaran, ianya dapat mengimbangi ekosistem kepada ikan dan spesies lain untuk terus hidup.
Sesebuah kolam asas mempunyai lapisan “liner” yang bermutu, sistem pam yang efisen dan dihiasi dengan batu-batu kecil. Lazimnya, kolam yang lebih besar tidak semestinya akan menambah kos anda kerana perbelanjaan sebenar adalah terletak kepada sistem pam dan penapisannya.
Seksyen ini dapat membantu anda menyedia gabungan idea dan konsep, menyedia langkah demi langkah bagi membolehkan anda membina sebuah kolam di halaman anda. Ianya tidak terlalu rumit sekiranya anda mempunyai peralatan yang sesuai dan mengikuti langkah-langkah yang diberikan.
- Lokasi kolam. Peletakan kolam adalah penting, sama ada di bahagian hadapan atau belakang rumah, di bawah teduhan atau kawasan terbuka. Pastikan kolam tidak ditempatkan di kawasan yang terdedah kepada larian air selepas hujan. Ini akan menyebabkan kerosakan kepada lapisan “liner” dinding kolam.
- Kedalaman kolam. Untuk tujuan memelihara ikan dan meletakkan tumbuhan, kedalaman kolam mestilah sekurang-kurangnya empat kaki (1.2 m). Tumbuhan akuatik amat sesuai pada kedalaman di antara tiga hingga lima kaki (0.9 ke 1.5 m). Pastikan bahagian paling rendah kolam di mana ditempatkan saluran air keluar berada jauh dari saluran air masuk ke kolam.
- Saiz kolam. Secara umumnya, semakin besar kolam, semakin elok. Isipadu air yang banyak boleh menyediakan ruang lebih luas kepada ikan dan tumbuhan akuatik. In dapatkan mengurangkan tumpuan menyelenggaraan untuk kedua-duanya.
- Bentuk kolam. Tentukan pilihan anda sama ada kolam tersebut formal atau sebaliknya.. Kolam formal berbentuk segi empat, segi empat tepat dan bulat. Kolam tidak formal kebiasaanya seperti kolam semula jadi yang mengikut garisan kontor tanah dan tidak mempunyai bentuk spesifik. Pastikan sebarang reka bentuk yang dipilih mampu menyediakan sirkulasi air yang baik.
- Memulakan kerja menggali. Mulakan dengan menanda kawasan yang hendak dibina kolam mengggunakan sebarang media, cat atau tali. Sementara itu, tentukan dahulu kedudukan saluran paip dan wayar bawah tanah sedia ada. Ini bagi mengelakkan utiliti tersebut dari dirosakkan semasa kerja-kerja mengali.
Anda juga boleh mempunyai sebuah kolam pelbagai aras sama ada untuk mendapatkan tebingnya yang berbatu atau sebagai kawasan untuk tanaman kecil. Buang tanah di sekeliling perimeter kolam. Gali dan buang tanah tersebut pada kedalaman 6 hingga 8 inci sebagai kawasan yang akan diletakkan batu-batu’ Seterusnya mulakan menggali bahagian tengah untuk membentuk dasar kolam, Tambakkan tanah di mana air terjun akan dibina.
- Saluran paip air. Setiap kolam memerlukan saluran paip air dan pam untuk berfungi. Saiz paip bergantung kepada saiz kolam. Secara umumnya, paip 1 ½ inci sesuai untuk isipadu kolam sehingga 1,500 gelen (5,678.1 liter), saiz 2 inci untuk isipadu kolam melebihi 1,500 sehingga 2,500 gelen dan saiz 4 inci untuk kapasiti kolam melebihi 2,500 gelen (9,463.5 liter). Adalah disarankan menggunakan material PVC dari paip boleh lentur kerana ianya murah dan mudah untuk dipasang. Pastikan saluran paip in dipasang sebelum menyediakan “liner”.
- Menyedia penutup longkang dasar kolam. Sekiranya anda merancang untuk memelihara ikan di dalam kolam tersebut, pastikan kawasan longkang dasar kolam mempunyai penutup yang sesuai, bagi mengelakkan ikan-ikan tersebut disedut masuk melalui penutup berkenaan.
- Pemilihan lapisan “liner”. Anda tidak akan dapat membina sebuuah kolam yang elok tanpa menggunakan lapisan “liner”yang sesuai kerana ianya merupakan laipsan selaput kepada sesebuah kolam dan merupakan komponen paling penting. “liner” berfungsi melindungi ketahanan kolam anda sehingga 20 tahun. Antara produk “liner” yang dapat bertahan untuk jangka masa tersebut ialah dari jenis 45 mil EPDM.
- Pemasangan tebing berbatu. Pembinaan kolam yang sempurna dan tampak seperti semula jadi biasanya mempunyai tebing berbatu yang stabil dengan lapisan “liner” agar ianya tidak akan kelihatan di atas permukaan air. Lazimnya, paras air kolam akan menurun semasa musim kemarau. Oleh itu, batu-batu tersebut hendaklah disusun beberapa inci di bawah aras permukaan air bagi melindungi “liner” dari kelihatan. Pastikan hujung “liner” berada di belakang tebing batu tersebut dan dilipat ke atas. Ini dapat menghalang limpahan air larian permukaan dari memasuki kolam. Jangan potong tepi “liner” sehingga kesemua batu-batu tersebut siap dipasang,
- Pemilihan pam. Pam merupakan elemen penting bagi memastikan kolam anda berfungi. Bagi memilih pam yang betul, isipadu air didarab dengan angka 7.48 (yang dikenali sebagai “conversation factor”). Saiz pam juga bergantung kepada aras dan jarak pam untuk mengalirkan air dari pam ke bekalan air masuk. Pastikan anda menempatkan pam di dalam kotak yang sesuai bagi menghalang ianya diselaputi daun dan kekotoran lain.
- Penuhkan dengan air. Isi kolam anda dengan air dan biarkan selama satu minggu sebelum memasukkan ikan atau tumbuhan akuatik. Ini bagi memastikan klorin yang terdapat di dalam air tadi meruap. Setelah seminggu, kolam anda bersedia untuk menerima tumbuhan akuatik dan ikan pilihan anda. Kedua-duanya boleh menolong menjadikan kolam anda kelihatan cantik dan bersih.
BACA: 10 Perkara Menyebabkan Pembaziran Air Di Laman Anda
Inilah Dia Bunga Zafaran Rempah Ratus Terkenal Paling Mahal Penyedap Masakan Arab

Fakta menarik mengenai Zafaran
Nama botanik: Crocus Sativus
Family: Iridaceae
Asal: Barat Daya Asia
Penanaman Zafaran secara komersil: Sepanyol, Austria, Itali, Greece, Perancis Iran dan India
Nama lain Zafaran
- Bahasa Arab: Zafran
- Bahasa Perancis: Safran
- Bahasa Itali: Zafferano
- Bahasa Jepun: Safuran
- Bahasa Hindi: Zaffran
- Bahasa Melayu : Koma Kom/Zafaran
Kriteria penting yang perlu di ambilkira semasa proses pembelian, penstoran dan penggredan Zafaran
- Bentuk fizikal: Stigma Zafaran berwarna kemerahan keseluruhannya tanpa kehadiran warna lain.
- Tektsur: Zafaran sentiasa dalam keadaan kering dan sedikit rapuh apabila disentuh.
- Aroma Zafaran sangat kuat dan segar. Ia tidak akan berbau hapak.
- Zafaran harus disimpan didalam bekas kedap udara jauh daripada panas, lembab dan cahaya. Jika disimpan dengan baik, warna, aroma dan rasanya dapat kekal sehingga lebih 3 tahun.
Tip memasak menggunakan Zafaran
- Rendamkan Zafaran di dalam air atau bahan cecair yang digunakn di dalam masakan untuk rasa yang enak. Rendam selama 1-2 jam.
- Jangan gunakan bekas kayu untuk merendam Zafaran kerana kayu akan mneyerap Zafaran dengan mudah.
- Kunyit menghasilkan warna serupa dengan Zafran tetapi tidak rasanya.
- Menggunakan serbuk Zafaran memudahkan proses memasak tetapi serbuk Zafaran mempunyai jangka hayat yang lebih singkat berbanding stigma asli.
Tidak ada bunga yang lebih istimewa berbanding kehebatan yang dipamerkan oleh bunga Emas Padang Pasir ini. Kemasyhurannya terletak pada tiga urat stigma yang berdiri tegap di antara kelopak bunganya. Stigma berwarna merah keemasan ini lebih dikenali sebagai Zafaran di Malaysia. Herba atau rempah ini terkenal di seantero dunia kerana harganya yang sangat mahal dan hanya digunakan oleh golongan diraja pada suatu masa dahulu. Namun berbeza kini, Zafaran telah dikomersilkan dan kegunaannya telah diperkembangkan dalam semua sektor.
Tanaman ini berasal daripada bumi Barat Daya Asia iaitu negara-negara di Timur Tengah. Ia mengambil masa selama 3 tahun untuk membesar sebelum berbunga. Bunga Crocus sativus mekar hanya sekali sahaja sepanjang tahun. Bunga yang berkembang mekar ini akan dituai dalam jangka masa yang pendek iaitu Oktober dan November. Dengan menggunakan kaedah manual, stigma pada kuntuman bunga Crocus sativus diasingkan dan dikeringkan untuk menghasilkan Zafaran.
Sekurang-kurangnya 70 ribu kuntuman bunga diperlukan untuk menghasilkan 500 gram Zafaran mentah. Ia kemudiannya dikeringkan dan dijual dipasar sekitar Timur Tengah. Zafaran merupakan herba luar biasa yang mempunyai pelbagai kegunaan termasuklah dalam masakan, perubatan, dan pembuatan kosmetik. Nilai yang tinggi pada bunga ini adalah disebabkan oleh kaedah penanaman, penuaian dan pengasingan stigma dilakukan secara manual menggunakan tenaga manusia seratus peratus. Maka dengan itu, zafaran tercatit di dalam sejarah sebagai bahan rempah paling mahal di dunia.
Mempunyai sejarah dan kisah tersendiri, penggunaan Zafaran mulai berakar sejak kewujudan empayar Roman, Sumeria dan sezaman dengannya. Pada ketika itu, Zafaran digunakan sebagai bahan pewarna, pewangi dan ubatan. Ada diantara mereka menggunakan Zafaran sebagai bahan dandanan untuk tubuh badan, menghiasi kediaman dan kuil-kuil. Cleopatra turut menggunakan air rendaman Zafaran untuk mandian kerana haruman dan khasiatnya yang tinggi. Selain itu, menurut kisah terdahulu Alexander the Great juga menggalakkan angkatan tenteranya menggunakan zafaran di dalam masakan demi menjaga kesihatan.
Komponen unik yang terdapat di dalam Zafaran ini antaranya menghasilkan aroma yang sungguh harum, menghasilkan warna kuning keemasan serta kandungan bahan yang memberikan kebaikan kepada kesihatan. Pelbagai kebaikan dan manfaat ditawarkan oleh Zafaran dan yang paling utama adalah keunikan kandungan bahan antioksidan tinggi yang baik kepada tubuh manusia. Maka dengan itu, ia menjadi bahan penting dalam makanan dan ubatan.
Terdapat pelbagai kaedah menggunakan Zafaran dalam makanan. Antaranya memasukkan beberapa urat Zafaran di dalam kek, manisan dan menu harian. Untuk mendapatkan makanan yang enak serta rasa luar biasa, Zaffaran dimasukkan semasa proses awal memasak supaya ia serasi dengan hidangan tersebut. Nasi beriani antara makanan ruji yang menggunakan bahan ini. Warna keemasannya terserlah pada butiran nasi dan keharuman aromanya semerbak menbangkit selera.
Tip Lebatkan Petunia, Bunga Kembang Merimbun Walaupun Dalam Cuaca Panas

Ramai yang suka tanam petunia. Tanaman ini antara yang wajib terutamanya bagi anda yang buat taman berkonsepkan English. Bunganya yang pelbagai warna menjadikan laman anda bertambah ceria.
Bagaimanapun ramai yang beranggapan tanaman ini hanya boleh hidup satu kali pusingan saja atau annual plant. Apabila bunganya sudah habis. ia harus diganti dengan yang baru.
Sebenarnya ada rahsia atau tip untuk pastikan petunia hidup dan tahan lebih lama. Tip nya tidak lah susah menurut perkongsian seorang wanita di facebook nya yang diberi nama Sal Din. Nak tahu macam mana, jom baca artikel yang telah dikongsikan oleh Sal Din.
Di Malaysia juga sebenarnya boleh dibuat landskap berbunga seperti yang terdapat di luar negara kalau kena caranya. Buktinya dibawah ini bagaimana bunga petunia boleh tahan dalam cuaca panas.
1. Petunia kalau nak letak di luar, elok diletak dalam pasu tembikar. Pasu itu sejuk sebab ada mineral.
2. Jika petunia layu, itu selalunya ada masalah dengan campuran tanah atau tanah sudah sikit disebabkan akar lebih.
3. Tips beli petunia ialah elakkan beli yang daunnya lebar, bunga lebar dan batang yang agak besar. Especially yang jenis berlapis memang tidak sesuai sangat letak di tengah panas dan mudah lecur apabila kena hujan. Cari yang bunganya sederhana saja, contoh macam saya punya itu, memang tahan lama. perasan tak daunnya macam tak nampak sangat, kecik saja.
4. Tanah pula, sebaiknya lepas beli patunia terus tukar pasu. Utamakan pasu tembikar agar pokok lebih segar. Instead of gantung, letak atas tempat tinggi, ia akan berjurai.
5. Lepas tukar pasu terus letak tempat tidak berbumbung biar tahan panas dan hujan.
6. Tanah pula guna campuran 2 tanah baja + 1 tanah merah bakar atau bukan tanah bakar pun boleh.
7. Letak baja organik siap-siap dalam pasu itu. Kemudian siram dan biarkan baja organik dan tanah itu bergabung. Tanah akan sentiasa subur.
8. Petunia perlukan penyiraman 2 kali sehari, awal pagi dan lewat petang.
9. Beli siap-siap baja foliar pink dan hijau, spray setiap minggu
10. Untuk bunga, lebihkan spray foliar pink, untuk daun foliar hijau.
11. Siapa yang ada bajet lebih sikit beli juga baja slow release Osmocote ini. Baja ini tahan 6 bulan dalam pasu. Saya campurkan sekali masa mula-mula tukar tanah. Ia baik untuk petunia dan pokok berbunga yang lain. Biasanya nursery yang jual petunia ada jual baja ini.
12. Kalau nak bunga petunia ini tahan lama, buang bahagian batang dan daun yang kelihatan lecur atau terlebih basah. JIka bahagian tersebut dibiarkan, ia akan melarat pada bahagian lain.13. Kudup-kudup yang dah kuncup, basah dan layu itu kena buang juga. Jika tidak ia akan berkulat dan memberi ancaman kepada tanaman seperti jangkitan kulat terutamanya pada kudup baru dan batang.
ARTIKEL BERKAITAN:
Tip Bagi Petunia Dalam Pasu Tahan Lebih Lama Dan Berbunga Lebat
Pokok Bunga Kertas Nampak Merimbun, Ini Caranya
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.