Wanita dari Terengganu telah berkongsi di Media Sosialnya mengenai pokok kesayangannya telah dicuri pada 13 September. Beliau meminta bantuan orang ramai untuk membantunya menjejaki pokok ini.
Rus Majida Hassan, 34, melalui laman Facebook berkata, pokok jenis Monstera Albo Marble, Monstera Aurea Marble dan Monstera Albo Halfmoon yang dikesan hilang pada petang Isnin tidak dijual di nurseri biasa.
Ads
Ads
Ads
“Saya amat mengenali pokok saya berikutan corak khas dan saiz pokok tersebut tidak dimiliki oleh orang lain dan saiz pokok yang dicuri sangat sukar didapati.
“Tolong bantu saya untuk dapatkan semula pokok-pokok ini dan agar saya dapat membawa si pencuri ke muka pengadilan. Ralat sungguh kerana ia mencapai saiz yang tidak dimiliki orang lain.
“Ini membuatkan pokok-pokok tersebut mudah untuk dicam sekiranya dijumpai. Hampir rebah rasanya sewaktu menyedari kejadian yang berlaku,” katanya.
“Ralat sungguh ralat kerana pokok-pokok ini saya dah bela selama hampir 3 tahun dan mencapai saiz yang tidak dimiliki oleh orang lain. Ini membuatkan pokok2 ini mudah untuk dicam sekiranya dijumpai.
Terima kasih kepada semua yang sejak petang semalam sehingga ke saat ini bertubi-tubi membantu saya untuk menjejak pokok-pokok ini dan memberikan kata2 semangat buat saya. Hampir rebah rasanya sewaktu menyedari kejadian yang berlaku.
Sekiranya ada yang dah terbeli pokok ni, saya takkan minta semula pokok ni. Saya cuma nak dapatkan detail si penjual (nama, no telefon, no acc bank, lokasi) supaya dapat membantu siasatan polis. Harap dapat berlaku jujur dengan saya.
Kepada si pelaku sekiranya anda membaca tulisan saya, sila pulangkan pokok saya seperti sedia kala atau saya tidak akan memaafkan anda dunia akhirat dan berdoa agar anda menerima balasan yang setimpal dunia akhirat.
Saya juga doakan pokok tersebut tidak akan hidup subur di tangan anda, sungguh saya tidak redha dengan perbuatan anda yang menceroboh kawasan rumah dan mencuri pokok-pokok kesayangan saya. Bertaubatlah!”
IMPIANA tertarik dengan video yang berdurasi 1:09 minit ini. Melihat kebun sayur Tunku Azizah yang rapi dan cukup sempurna. Kebun sayur ini juga boleh dijadikan inspirasi untuk kita semua mula bercucuk tanam dihalaman sendiri.
Seperti mana yang IMPIANA selalu kongsikan tidak semestinya mempunyai laman yang luas sebegini rupa baru boleh bercucuk tanam. Boleh mula bercucuk tanam di dalam pasu dan planter box yang sesuai dengan ruang kediaman anda.
Sebelum kita lihat video kebun sayur Tunku Azizah, Jom join komuniti GENG LAMAN IMPIANA di TELEGRAM
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Dalam diam, sudah satu setengah tahun kita berada dalam belenggu pandemik COVID-19. Bagi kebanyakan kita, duduk di rumah menjadi langkah terbaik kita untuk membantu membendung penularan virus. Ia juga bermakna, selama itulah kita merenung empat dinding yang sama, yang boleh memberi impak kepada kesihatan mental kita. Topik kesihatan mental kini kian mendapat perhatian dan kita sekarang lebih peka akan kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke atas kesejahteraan kita secara menyeluruh. Ini juga menimbulkan persoalan, apakah yang boleh dilakukan untuk menyesuaikan ruang kediaman supaya kita dapat mengharungi fasa berkurung di rumah ini dengan lebih baik?
Kajian menunjukkan bahawa warna adalah faktor yang penting ketika mempertimbangkan bagaimana persekitaran boleh mempengaruhi kesihatan mental kita. Pada dasarnya, kita perlu memerhatikan bagaimana pelbagai warna boleh mempengaruhi keadaan minda – termasuklah emosi dan tingkah laku kita. Apabila berhadapan dengan pandemik sejagat yang berlarutan ini, perhatian perlu diberikan kepada kesihatan dan kesejahteraan. Ini digambarkan dalam Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG), di mana salah satu fokusnya adalah untuk memastikan kehidupan yang lebih sihat sambil meningkatkan kesejahteraan pada semua peringkat umur (SDG 3) sebagai sebahagian daripada kerangka pembangunan lestarinya.
Kajian warna menunjukkan bahawa biru dan hijau boleh menghasilkan suasana yang menenangkan, jingga dan kuning sebagai perangsang selera, merah dan merah jambu sebagai pembangkit semangat dan tenaga dan ungu untuk meningkatkan kreativiti dan produktivitii. Namun, perasaan setiap orang terhadap warna adalah unik kerana ia biasanya berlandaskan pengalaman peribadi atau budayaii. Memandangkan warna mempunyai impak yang besar pada emosi, perasaan dan tingkah laku, maka ada baiknya kita menyelidik warna-warna yang boleh mempengaruhi kesihatan mental kita secara positif sepanjang tempoh PKP ini.
Dulux, jenama cat hiasan terkemuka dari AkzoNobel, menawarkan lebih daripada 2,000 pilihan warna. Kaleidoskop warna dan rona ini boleh membantu mengubah ruang kediaman untuk memenuhi keperluan peribadi setiap orang. Pelbagai produk juga menawarkan fungsi yang dipertingkatkan, seperti ciri antibakteria dan kalis noda dalam Dulux EasyCleanTM. Apabila disapukan dengan betul, satu lapisan perlindungan akan terbentuk yang menghalang pertumbuhan bakteria dan boleh menangkis noda secara berkesan. Kedua-dua ciri antibakteria dan kalis noda ini sangat berguna dalam kediaman yang mempunyai anak-anak kecil.
Apabila warna menjadi penting
Dalam soal pemilihan warna, memilih rona hijau bumi dan menggandingkannya dengan rona biru boleh memberikan suasana yang santai dan menyegarkan untuk minda dan tubuh. Kita lihat bilik tidur, contohnya. Di sinilah tempat untuk kita tidur dan mencergaskan kembali tubuh. Inilah ruang yang sepatutnya mewujudkan ketenangan untuk memboleh kita mendapat tidur yang lebih berkualiti. Contohnya, bilik tidur yang menggunakan nada warna biru redup yang menenangkan seperti Brooding Storm (87BG 27/077) yang digandingkan dengan warna hijau cerah seperti Grey Jeans (45GY 55/052) boleh mewujudkan suasana yang tenang dan damai untuk badan berehat selain mengurangkan tekanan dan kegelisahan.
Gambar 1: Bilik tidur yang tenang dicat dengan Brooding Storm (87BG 27/077) dan Grey Jeans (45GY 55/052)
Ruang lain di mana ramai daripada kita menghabiskan banyak masa dan tenaga ialah bilik belajar atau pejabat di rumah. Inilah ruang di mana kita biasanya berada pada tahap paling produktif, maka penting untuk menjadikan ruang ini sebagai persekitaran yang merangsang kreativiti. Padanan ungu lembut dan warna-warna pudar atau keputihan seperti Timescape (70YR 50/086) sebagai latar dinding utama dan After the Rain (10YR 73/038) untuk siling adalah paling sesuai dalam mewujudkan persekitaran yang menenangkan dan produktif di mana orang dewasa dan kanak-kanak boleh bekerja dan belajar. Keanggunan warna putih melengkapi ungu lembut dan memberikan ruang ini nilai estetika yang tidak lapuk dek zaman, di samping turut mendorong kreativiti dan produktiviti.
Foto 2: Ruang belajar yang menenangkan dicat dengan Timescape (70YR 50/086) dan After the Rain (10YR 73/038)
Sekarang mari kita beralih ke ruang tamu pula. Ia sepatutnya mempunyai persekitaran yang meriah dan menarik, kerana ruang tamu adalah tempat untuk kita bersosial dan menghabiskan banyak masa bersama. Menggunakan rona tanah seperti Warna Pilihan Tahunan (Colour of the Year) Dulux, Brave Ground (juga dikenali sebagai Wright Stone 10YY 30/106) boleh mewujudkan suasana yang diinginkan.
Gambar 3: Ruang tamu yang terbuka di latari warna Brave Ground atau Wright Stone (10YY 30/106)
“Apapun warna yang anda putuskan, penting untuk diingatkan bahawa warna yang kita pilih sebagai latar dinding memainkan peranan utama dalam mengekalkan kesejahteraan mental kita secara keseluruhan. Dan AkzoNobel berbesar hati membantu para pelanggan mencipta ruang kediaman yang sempurna untuk mereka,” kata Heleen van Gent, Pengarah Kreatif Pusat Aestetika Global AkzoNobel. “Inilah sebabnya AkzoNobel melancarkan Warna Pilihan Tahunan (Colour of the Year) setiap tahun, untuk membolehkan pelanggan mengecat rumah mereka dengan warna yang relevan dan benar-benar menggambarkan suasananya,” tambahnya.
Malah, kajian warna berkenaan selari dengan pendekatan syarikat terhadap kelestarian. Dikenali sebagai ‘People. Planet. Paint.’ ia direka bagi memastikan produk AkzoNobel mempunyai impak yang positif. Ini termasuklah menjaga dan mengutamakan kesihatan serta kesejahteraan manusia di mana sahaja, di samping menyediakan penyelesaian lestari melalui inovasi berterusan. Sementara itu, inisiatif global syarikat ‘Let’s Colour’, telah mengubah dan meningkatkan kehidupan masyarakat selama lebih daripada 10 tahun, menggunakan kuasa cat untuk menjadikan ruang kediaman lebih ceria, sesuai didiami dan menyenangkan.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!