Pemasuan semula merupakan langkah penting dalam proses penanaman untuk tanaman container atau berpasu. Bergantung kepada jenis tanaman, pemasuan semula atau repotting perlu dilakukan sekurang-kurangnya 3-4 bulan sekali. Antara simptom yang boleh dikenal pasti jika tanaman perlukan proses repotting adalah:
Akar sudah mulai keluar dari pangkal pasu
Tanaman berhenti membesar atau mulai layu
Akar berselirat dan mulai memenuhi pasu
Kebanyakan tanaman tropika lebih cenderung hidup di dalam pasu namun pemasuan semula tetap perlu dilakukan kerana kandungan nutrien dan rongga udara di dalam tanah semakin berkurangan jika dibiarkan terlalu lama. Jika anda mendapati tanaman perlukan pemasuan semula, ikuti langkah ini.
IKLAN
IKLAN
Siramkan tanaman tersebut, biarkan air surut selama sejam. Kemudian keluarkan tanaman secara lembut dari dalam pasu. Lakukan dengan cara memasukkan batang pokok dicelah jari dan terbalikkan pasu. Keluarkan secara perlahan tanpa paksaan.
Seterusnya, longgarkan akar-akar yang berselirat menggunakan jari secara lembut agar akar tidak cedera. Potong akar yang kekuningan dan mereput.
Sediakan pasu baru bersaiz lebih besar daripada pasu asal. Sebagai contoh gunakan pasu berdiameter 6 inci jika pasu asal bersaiz 4 inci. Jangan gunakan saiz sekali ganda kerana ia akan melambatkan tumbesaran. Gunakan tanah yang subur sebagai medium tanah yang baru.
Masukkan semula tanaman tadi ke dalam pasu yang baru secara perlahan, tambahkan tanah dan kompos.
IKLAN
Tekan tanah dan ketuk pasu secara perlahan untuk memadatkan sedikit kandungan tanah.
Setelah selesai proses repotting tersebut siram secara perlahan sehingga air mengalir terus ke bawah lubang saliran pada pangkal pasu.
Bunga satay atau Angelonia adalah tanaman renek bermusim yang mempunyai vibrasi rona yang menarik. Pernah menjadi antara tanaman wajib bagi peminat laman satu ketika dahulu. Namun, dikatakan tanaman ini perlu iklim yang sejuk dan penyelengaraan yang rumit. Bila selesai musim berbunga sahaja, ia mula mati dan perlu diganti. BETUL KE?
Seperti Petunia, ada jenis Angelonia yang sesuai dengan iklim panas dan lembap sepanjang tahun di Malaysia. Untuk elak angelonia nie dari merompongkan batas tanaman apabila selesai musim bunga, sulaman perlu dilakukan seperti mana yang pernah dibincangkan di dalam artikel penjagaan petunia. Tak semestinya sulaman perlu dilakukan dengan membeli pokok yang baru. Anda boleh biak sendiri Angelonia dengan cara yang mudah.
Nak tau lebih lanjut, apa kita kita bealar cara biak atau sulaman angelonia daripada sue bertley.
3 minggu lepas ada tanam keratan yang terpatah masa pindah ke pasu. Ingatkan akan mati, tapi menjadi hidup pula. Hari ini keratan terpatah yang disemai sudah tumbuh akar, bertambah cabang dan juga sudah berbunga.
Oleh itu, Bagi memastikan batas angelonia sentiasa penuh dengan bunga. sulaman perlu kerap dilakukan. Biakan didalam pasu lain terlebih dahulu. Bila ada kekosongan batas, baru kita sulam.
Ambil beberapa keratan beatang yang telah matang dan buang daun di bahagian bawah untuk memudahkan ia ditanam. Cocokkan keratan batang tadi ke dalam medium tanama yang telah dimuatkan di dalam pasu atau polybag
Kondisi awal angelonia setelah ditanam semula
Menjelang usia 3 minggu, keratan yang disemai mula berakar
Angelonia yang menjalani proses sulaman telah matang dan penuh satu pasu
Sekadar mempunyai koleksi tanaman ros atau mawar yang banyak seperti ladang, tapi tidak tahu beberapa fakta mengenainya, anda tidak boleh dikategorikan sebagai Rosarian yang mempunyai ilmu padu. Jadi, pastikan anda hadam terlebih dahulu fakta-fakta mengenai ros sebelum bersembang mengenainya
1. MAKSUD SETIAP WARNA
Warna bunga ros kerap di rujuk pada masksud-maksud tertentu dan ada juga yang percaya setiap warna itu mempunyai kegunaan atau tujuannya berbeza. Umum tahu, warna merah membawa maksud cinta dan kuning sebagai tanda persahabatan. Bagai mana pula dengan yang lain seperti ros hitam, biru dan sebagainya. Warna yang terdapat pada ros bukanlah hanya disuaipadankan untuk tujuan tertentu malah ia mempunyai aura.
Aura dari ros banyak digunkan terutamnya untuk tujuan kesihatan rohani. Sebab itu, bila berkunjung atau melawat orang sakit, kita digalakkan membawa jambangan bunga terutamanya ros. Bagaimana pula dengan bunga yang diwarnakan? memang ada ramai yang mewarnakan ros dengan teknik-teknik tertuntu. Ia sekadar memenuhi permintaan dan bunga yang digunakan untuk diwarnakan adalah warna putih. Namun sehingga kni tiada kajian berkaitan khasiat ros yang diwarnakan
2. ADAKAH POKOK ROS SUKAR DICANTAS DAN DISELENGGARA?
Ramai beranggapan ros merupakan tanaman yang amat cerewet. Adakah ia fakta atau auta? menurut buku pengenalan ros yang telah dikeluarkan oleh penulis Graham Clarke bertajuk “Success With Roses” kebanyakkan tanaman ros yang yang terdapat di pasaran adalah dari jenis hybrid yang tahan kepada serangan penyakit dan serangga.
Ini menunjukkan, walau dimana sahaja tanaman ini berada ia telah pun dubah suai dan mempunyai daya tahan dan kadar penyelenggaraan sama seperti tanaman lain. Sukar untuk dicantas bukan lah isu. Untuk menghasilkan pokok yang gila berbunga, apa jenis tanaman pun perlukan cantasan. Jadi, jika anda mengelak atau culas untuk melakukan cantasan, ia bukan lah satu masalah besar pada tanaman ros
3. APAKAH JENIS-JENIS ROS?
Terdapat pelbagai cara untuk mengkelasifikasikan tanaman ros. Namun terdapat kategori atau jenis yang telah diiktiraf dan digunapakai oleh perofesional antaranya ialah Hybrid teas, polyanthas, floribundas dan grandifloras
4. ROS DIKATEGORIKAN DALAM JENIS TANAMAN APA?
Secara teknikalnya, ros dikategorikan sebgai shrub atau tanaman renek. Namun kebanyakkan peminat ros mengkatogorikan tanaman ini di bawah tanaman herba. Ia disebabkan penggunaanya yang pelbagai di dalam bidang kulinari. Ros merupakan tanaman edible kaya dengan vitamin c.
5. JIKA TANAM ROS DIKATEGORIKAN SEBAGAI TANAMAN RENEK, BAGAIMANPULA YANG JENIS MEMANJAT?
Ros bukan lah tanaman jenis memanjat. Namun, apabila tumbesarannya tidak dikawal akan menyebabkan ia meninggi dan mencari ruang untuk bersandar. Ada sesetengah pokok ros terutamanya yang mempunyai kuntuman bunga kecil memang mudah dan cepat membesar. Kebiasaanya jenis ros bunga kecil seperti himalayan musk ros dipilih menjadi tanaman penghias trellis atau archway
6. TANAMAN APAKAH YANG TERDAPAT DI DALAM KELUARGA ROS?
Ros adalah tanaman dari genus rosa yang merupakan sebuah keluarga besar yang juga dikenali sebagai Rosaceae. Fakta ini memang tidak berapa memeranjat kan anda. Tetapi, kajian oleh American Rose Society (ARS), Rosaceae merupakan sub keluargar dari Rosoideae. Di dalam sub keluarga ros ini terdiri jenis tanaman lain iaitu raspberries, blackberries dan strawberries
7. SELAIN MENCANTIKKAN LAMAN, APAKAH KEGUNAAN LAIN TANAMAN ROS?
Disebabkan oleh ros dikategorikan sebagai tanaman low-maintenance, ada sesetengah spesis digunakan bagi tujuan mengawal gelongsoran atau tanah runtuh. seperti Vivid Red. Ada juga yang sesuai dijadikan sebagai tanaman pagaran
Bulan Ramadhan penuh barakah pasti ramai menumpukan perhatian kepada amal ibadah ibarat tiada lagi ramadhan untuknya akan datang. Sudah pasti, ramai yang akan memperlahankan aktiviti duniawi. Tidak kurang juga yang mengelak melakukan sesuatu yang mampu menjejas prestasi harian mereka untuk kekal bertenaga sehingga tibanya waktu berbuka.
Namun itu bukan alasan untuk anda tidak berkebun. Kebiasaanya, laman dan kebun di abaikan dan tidak diperhatikan kerana khuatir badan cepat terhidrat. Sebenarnya ada cara untuk pastikan anda kekal bertenaga dan masih boleh berkebun walaupun di bulan puasa.
Tips untuk kekal bertenaga: 1. Minumlah air yang cukup waktu berbuka hingga ke sahur 2. Elakkan makanan yang berlemak-lemak 3. Makan cara berkhasiat dan sederhana 4. Sahur dan berbuka dengan kurma
Tenaga dah cukup, apa lagi boleh lah langsung berkebun. Tapi sebelum berkebun persiapan lain perlu disediakan dan diperhatikan:
1. Waktu yang sesuai untuk berkebun di bulan puasa adalah di awal pagi. Sebaiknya, selesai solat subuh terus bersiap untuk berkebun. Awal pagi badan masih rasa segar dan bertanaga. 2. Pakai topi untuk elak anda terkena terik matahari dan pastikan pakaian yang dikenakan selesa. 3. Mula kan berkebun dengan aktiviti yang ringan terlebih dahulu. Sebaiknya, elak untuk melakukan kerja-kerja berat. 4. Berhenti melakukan aktiviti di kebun menjelang pukul 10 pagi. Ia bagi mengelak badan mudah letih akibat hidrasi yang akan berlaku lebih banyak apabila petang 5. Untuk menyiram tanaman di petang hari, sebaiknya lakukan selepas segala persediaan untuk berbuka siap. Atau sebaiknya di hujung waktu sambil menunggu waktu berbuka.
Pada setiap ruang bahagian rumah ada fungsi dan keistimewaannya yang tersendiri. Lebih-lebih lagi ruangan peribadi di bilik tidur yang merupakan tempat privasi bagi suami...