Ficus Carica atau dikenali dengan nama tempatannya pohon tin merupakan sejenis tumbuhan yang berasal dari keluarga Moraceae atau mulberry. Terdapat lebih daripada 700 jenis pohon tin di seluruh dunia. Ia telah mula ditanam di sekitar Asia Barat sejak 5000 tahun lampau. Secara tidak langsung, ia menjadikan tumbuhan ini antara spesies terawal yang ditanam secara ladang di dalam sejarah pertanian.

Umum mengetahui, pohon tin tumbuh subur di Semenanjung Arab dan juga Turki selaku pengeksport terbesar. Hasil yang sering diburu dari pohon tin sudah tentulah buahnya. Buah tin terkenal sebagai buah yang mempunyai kandungan nutrisi yang cukup lengkap hingga ia dinobatkan sebagai super nutrition oleh pakar-pakar nutrisi.

Kandungan nutrisi alami yang lengkap di dalam buah tin antaranya ialah magnesium, fosforus, omega3, omega6 dan fenol. Pelbagai penyakit dapat dihindari dan diatasi jika mengamalkan pengambilan buah tin setiap pagi antaranya mencegah hipertensi, menghalang penyempitan pembuluh darah yang boleh mengakibatkan sakit jantung, mengurangi kadar kolesterol dalam badan secara semula jadi, perawatan untuk penyakit diabetes, mencegah kanser, menguatkan tulang, mengatasi insomnia dan anemia, mempercepatkan penyembuhan luka dan sebagainya.

Sedar akan khasiat yang terkandung di dalam buah tin, ia mula mendapat tempat di dalam bidang pertanian dan ditanam secara meluas di seluruh dunia. Bagaikan satu fenomena, pohon tin bukan sekadar ditanam secara komersial malah ia menjadi pelengkap gaya dekorasi laman bagi peminat tegar untuk dijadikan sebagai edible plant.

Pohon Tin Tumbuh Subur Buah Lebat Merimbun Hanya Guna Teknik Fertigasi

IKLAN

Kini Kaedah Fertigasi Mudahkan Penanaman Pohon Tin

Umum mengetahui, pohon tin berasal dari Semenanjung Arab di mana iklimnya panas dan kering. Oleh itu, melalui penanaman fertigasi kadar kelembapan yang diperlukan oleh pohon tin dapat dikawal. Pohon tin juga memerlukan pembajaan di tahap minima untuk menjadi pokok yang sihat.

Selain itu juga, melalui kaedah fertigasi pembajaan pohon tin dapat dilakukan secara berkala dan teratur. Tambahan pula baja yang digunakan adalah dari jenis campuran yang dijadikan cecair. Ini secara tidak langsung dapat memastikan baja yang disalirkan dapat diagihkan ke seluruh bahagian akar pokok. Ia penting untuk menghasilkan produk yang berkualiti. Pohon yang ditanam secara fertigasi juga lebih cepat matang dan kurang serangan penyakit.

IKLAN

Untuk membina sebuah sistem fertigasi penyediaan tapak amatlah penting. Tapak yang dipilih perlulah rata dan tidak mempunyai risiko untuk dinaiki air atau air bertakung kerana sistem fertigasi mementingkan amalan kebersihan yang teliti. Selain itu juga, pastikan tapak tersebut mempunyai sumber utiliti seperti bekalan air dan elektrik.

Bagi mereka yang serius dan ingin mengusahakan tanaman tin secara komersial, anda digalakkan untuk membina sebuah rumah perlindungan hujan untuk menempatkan pokok. Secara tidak langsung ia membantu mengawal kadar kelembapan medium tanaman secara menyeluruh untuk penghasilan optimum.

Perkara utama yang paling penting adalah sistem pam dan saliran automatik yang digunakan untuk penyiraman dan pembajaan. Keperluan sistem pam bergantung kepada jumlah pokok yang ditanam. Jika jumlah pokok yang ditanam hanya 5 hingga 10 batang pokok, sebuah pam ikan bersaiz kecil sudah memadai.

IKLAN

Untuk memastikan sistem saliran berjalan secara automatik,  pastikan 1 unit digital timer di gunakan untuk melengkapi keseluruhan sistem automatik yang dibina. Jika tanaman secara komersil sudah pasti keperluan setiap pam dan tangki makin bertambah dan berskala besar. Bagi memudahkan pengurusan, anda di saran untuk membina sebuah bangsal khas untuk menjadi sebuah bilik operasi sistem atau bilik pam.

Untuk makluman lanjut hubungi Aman Agrobase yang terletak di Sungai Ramal Dalam, Kajang untuk bertemu dengan pakar fertigasi En. Marzuki.

Pohon Tin Tumbuh Subur Buah Lebat Merimbun Hanya Guna Teknik Fertigasi

Pohon Tin Tumbuh Subur Buah Lebat Merimbun Hanya Guna Teknik Fertigasi

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI