Pintu sliding antara ciri biasa yang pada kediaman teres di negara ini, boleh kata setiap rumah akan ada.
Cuma masalah yang biasa dihadapi berkaitan pintu ini bila sudah lama digunakan adalah ia akan susah ditutup dan tersekat. Sudahnya ramai yang mengambil keputusan untuk terus mengunci pintu ini dan tidak menggunakannya lagi.
Masalah pintu sebegini sebenarnya boleh kita baiki sendiri, tak susah pun. Caranya dikongsi oleh Jason_jezi di akaun TikTok miliknya.
Ujarnya masalah pintu sliding susah ditarik atau ditolak berlaku kerana skru pintu longgar mengakibatkan pintu ini turun. Jadi kata Jason, kita perlu lakukan perkara berikut untuk membaikinya semula;
Cari lubang skru di bahagian bawah pintu sliding kemudian ketatkan menggunakan screwdriver.
Ads
2. Apabila dah diketatkan pintu yang turun tadi akan naik semula. Selesai masalah pintu susah nak tarik.
3. Selain itu pintu ini boleh jadi tersekat-sekat kerana ada kotoran seperti pasir pada rail. Jadi lap dan bersihkan kotoran.
Dinding bercapuk, lembap hingga cat menggelupas dan bertompok antara masalah kediaman yang kerap dialami tak kira di rumah bertingkat atau teres.
Cuma untuk cat dinding sebegini ada tekniknya supaya masalah yang sama tak berulang. Dikongsi oleh Ashura AT ini cara yang digunakan.
Kalau ada mempunyai masalah dinding lembap, bercapuk dan cat tak melekat, saya mengalami masalah yang sama dan Alhamdulillah masalah tu selesai. Semoga manfaat!
Mulakan mengecat dengan undercoat 2 layers. Kalau brand Jotun dipanggil primer. Brand Nippon dipanggil wall sealer. Texture primer memang cair, boleh refer gambar 2 beza aplikasi primer & finishing.
Kami gunakan Jotun Cover Plus untuk finishing, dulu dikenali sebagai Easy Clean. 1 layer je InshaaAllah dah perfect, tapi ada bahagian kena cover lagi 1 layer sebab dinding lama warna gelap.
Kami tak campur air/thinner dengan cat sebab saya nak larutan cat perfect. Ada tukang cat buat sebab nak saving cat & nak cepat kering. Terpulang. Sebelum cat pun dinding dibersihkan & scrap cat lama yang nak tertanggal. Kalau pakai undercoat & finishing bagus, inshaaAllah ok je ‘re-coat’ tanpa tanggal semua cat lama.
Dinding bermasalah boleh menyebabkan undercoat & finishing tak melekat kat dinding. Dalam gambar di atas, kami ada masalah dinding lembap & jadi kekuningan. Ada juga dinding bercapuk, tak blend dengan cat baru.
Solusinya pakai wall sealer Acrylic 5170 Nippon. Harga keras, 1 liter je almost RM30. Tapi Alhamdulillah 2 kali coating, settle masalah. Saya coated kawasan problem je dan cat finishing semula. Bau dia memang kuat chemicals berbanding primer biasa.
Untuk rangka pintu & pintu nanti kami cat guna Nippon 9000 Gloss Finish. Gloss ni memang sesuai cat bahagian pintu berbanding matt (kami dah cuba, matt tak lawa).
Setakat ini cat Jotun kami pakai memang bagus. Bau tak kuat, mesra alam & coating dengan baik permukaan dinding. Cuma, kalau dinding bermasalah, boleh ikhtiar pelbagai jenis Wall Sealer brand Nippon.
Ikut pengalaman kami juga, boleh saja nak upah orang cat dinding. Cuma, cadangan saya beli cat siap-siap yang kita nak & pesan jangan campur air untuk ketahanan lebih lama, terutama kalau rumah cat semula.
Tip Tinggalkan Rumah SEBELUM Balik Kampung Beraya, Elak Tragedi Tidak Diingini. Dalam keterujaan untuk balik ke kampung, aspek keselamatan tidak boleh dipandang mudah. Dengan langkah-langkah keselamatan yang betul, insiden atau kemalangan yang tidak diingini boleh dielakkan.
Berikut 9 tip beraya dengan selamat yang perlu anda ketahui bagi membantu anda merancang perjalanan anda:
Sebelum pulang ke kampung, pastikan semua suis di setiap sudut rumah anda dimatikan dan ditanggalkan daripada soket. Ia penting bagi mengelakkan berlakunya insiden litar pintas yang boleh menyebabkan kebakaran. Seperti mesin penapis air, seterika, ketuhar, microwave, televisyen, pemanas air dan sebagainya.
Selain itu, langkah ini juga membantu menjimatkan kadar penggunaan elektrik dan perbelanjaan bulanan. Untuk mengelakkan was-was, ambil gambar semua suis yang telah dimatikan bagi membolehkan perjalanan balik kampung dengan lebih tenang.
Cabut kepala tong gas memasak apabila anda tidak berada di rumah dalam tempoh yang lama. Cara ini dapat mengelakkan risiko kebakaran rumah sekiranya berlaku kebocoran pada hos atau dapur gas semasa ketiadaan anda.
Selain itu, pastikan semua paip air di rumah anda telah ditutup sebelum anda keluar rumah. Sekiranya rumah anda mempunyai kolah mandi, kosongkan air di dalamnya untuk mengelakkan pembiakan nyamuk aedes.
Tidak kira anda pulang ke kampung untuk tempoh masa yang lama atau sekejap, anda dinasihatkan untuk tidak meninggalkan barangan berharga seperti komputer riba, barangan kemas, wang tunai dan sebagainya. Bawa barangan berharga ini bersama anda.
Jika perlu, minta kenalan yang boleh dipercayai untuk menjaga barangan-barangan berharga ini buat sementara waktu. Berdasarkan statistik, jenayah pecah rumah dan kecurian mencatatkan peningkatan terutamanya semasa musim perayaan.
Pastikan semua pintu, tingkap dan pagar rumah anda ditutup dan dikunci dengan baik. Gunakan ibu kunci (padlock) yang tidak mudah dipecah atau diumpil.
Selain itu, bawa bersama kunci rumah anda. Elakkan daripada menyembunyikan atau menyimpan kunci rumah anda di lokasi-lokasi yang mudah dibaca seperti di bawah pasu, di bawah alas kaki atau di dalam rak kasut di luar rumah dan sebagainya.
Jika anda risau perlu meninggalkan rumah untuk jangka waktu yang lama, nyalakan lampu dalam rumah atau mana-mana lokasi yang sesuai. Ia bertujuan untuk mewujudkan suasana rumah berpenghuni sekali gus mengurangkan risiko rumah anda dipecah masuk.
Anda disarankan untuk memasang lampu dengan tetapan ‘timer’ di dalam dan di luar rumah anda. Lampu akan terbuka atau tertutup secara automatik mengikut masa yang ditetapkan. Hidupkan lampu sekitar 7 petang setiap hari sepanjang ketiadaan anda. Anda juga boleh memasang sistem penggera dan kamera litar tertutup di rumah anda sebagai langkah keselamatan tambahan.
Elakkan atau jangan sekali-kali memuat naik status di laman sosial berkongsi ketiadaan anda atau mana-mana ahli keluarga di rumah. Ia boleh membuka ruang kepada orang luar untuk memantau pergerakan dan keberadaan anda.
Secara asasnya, anda tidak disarankan untuk kongsi perkara-perkara ini di media sosial untuk keselamatan anda.
Untuk memastikan keselamatan kediaman anda lebih terjamin, anda dinasihatkan untuk memaklumkan ketiadaan anda kepada jiran atau pihak polis. Ia bagi membolehkan mereka membantu mengawasi keselamatan kediaman sepanjang ketiadaan anda. Pihak polis biasanya akan melakukan rondaan secara berkala sepanjang ketiadaan anda.
Selain keselamatan kediaman yang ditinggalkan, pemeriksaan dan penyelenggaraan kereta adalah perkara mustahak yang perlu dilakukan sebelum anda memandu pulang ke kampung halaman. Kenderaan yang diselenggara dengan baik dapat mengurangkan risiko kemalangan atau kerosakan sepanjang perjalanan.
Sudah semestinya anda tidak mahu perjalanan balik kampung anda berdepan situasi kereta meragam atau tersadai tepi jalan akibat enjin kereta overheat. Lakukan pemeriksaan kenderaan secara menyeluruh sebelum dan selepas perjalanan untuk mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini. Selain itu, pastikan anda merancang servis kereta lebih awal kerana kebanyakan pusat servis kereta sentiasa penuh di musim perayaan ini.
Anda juga disarankan untuk memandu dengan selamat untuk kurangkan risiko kemalangan. Ikuti lapan tips pemanduan selamat di bawah untuk perjalanan balik kampung yang lebih lancar:
IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dijadikan panduan sebelum pulang ke kampung halaman. Hati-hati dan berwaspada dalam segala keadaan.
Dapat kunci rumah baru, antara waktu yang dinanti oleh mereka yang membeli kediaman baru. Siapa yang tak gembira bila rumah sendiri yang dibeli akhirnya siap.
Memang tak sabar dan teruja, disebabkan itulah pada masa inilah ramai yang membuat kesilapan.
Menurut perunding hartanah Azizul Azli Ahmad bila pemaju meminta pembeli mengambil kunci, ramai yang teruja hingga terlupa melihat secara detail kediaman yang dibeli. Ini situasi bagi kebanyakan pembeli biasa.
Akan tetapi berdasarkan pengalamannya pihak pemaju cukup risau jika pembeli adalah peguam, arkitel, jurutera atau doktor yang cukup faham hak mereka.
Mereka akan memeriksa secara detail keadaan rumah adalah sama seperti yang dijanjikan dalam perjanjian jual beli.
Sememangnya inilah yang perlu kita lakukan. Menurut Azizul yang selalu berkongsi tip pembelian hartanah apabila mendapat jemputan untuk mengambil kunci rumah kali pertama terus lakukan perkara ini.
Rasa teruja luar biasa bila dapat panggilan begitu sebenarnya.
“Betul bang semua orang teruja sampai lupa jenis rumah dia beli,” cerita staff pemaju ini semalam.
“Kami paling risau yang beli lawyer, arkitek, jurutera, doktor. Mereka sangat faham hak mereka”.
“Ada kes lawyer dari Putrajaya beli rumah di Perak, dia datang bawak house inspection. Dia tak bagi kami masuk, tunggu luar katanya”.
Lepas team masuk bawak laser equipment dia keluar bagitau rumah tak ikut specification dalam S&P,” ceritanya laju.
“Dia tutup dan tak benarkan kami masuk rumah dan tak mahu tandatangan terima kunci”.
“Fuhhhh, dia mengamuk kat opis”
“Minggu lepas dia failkan tuntutan pada pemaju, dokumen tuntutan setebal ini, “ceritanya sambil angkat jari setebal 6 inci.
“Kami paling bahagia kalau yang datang penjawat awam, orang biasa. Mereka dapat kunci siap bergambar dengan kami dan masuk rumah terus. Terus ambil kunci dan tanda tangan, tak periksa rumah pun.” Ceritanya laju.
Pengajaran dari cerita di atas, bila dapat jemputan ambil kunci rumah kali pertama. Cuba lakukan ini ya.
1. Bawa bersama S&P yang kita dapat dari peguam. Dalamnya ada spesifikasi kediaman kita.
2. Dalamnya ada pelan bangunan dan sekyen kediaman rumah. Belajar buat semakan.
3. Betul atau tidak bentuk pelan kediaman yang kita dapat. Pernah berlaku pelan dapat unit 3 bilik, kediamannya 2 bilik.
4. Semak bukaan rumah. Dinasihatkan bawa bersama tali tape ukuran (boleh beli di DIY) sahaja. Ukur dari porch depan atau pagar depan dinding ke dinding.
Jika kediaman bukaan 20 x 70 pastikan bukaan dalam ke dalam dinding adalah 20’0″ bukanya 18″0. Ada kes pemaju terpaksa bayar tuntutan bila semakkan keluasan tak betul. Kurang 2’0″.
5. Semak kembali berapa plug point yang kita dapat. Apakah sama seperti jadual dalam pelan di SNP . Ada kejadian plug point dalam bilik ada 3 tapi hanya dapat 2. Ada jumlah keseluruhan 15 yang dapat hanya 11 sahaja.
6. Semak juga sumber lampu yang kita dapat. Betulkan seperti dalam SNP kita jumlahnya.
7. Jangan lupa, ukur ketinggian dari lantai sampai ke siling berapa. Banyak kes pemaju janji ukuran 10′ 0″ tinggi bila siap hanya 8’6″ sahaja ketinggian dari lantai. Pasang kipas kena kepala nanti.
8. Semak jenis pintu, panel door sepatutnya dibahagian depan dan belakang dan bukannya pintu biasa. Jika pintu ini cacat, ada kesan lubang ulat atau paku minta gantikan.
9. Jika ada keretakan, pastikan proses baiki secara betul bukan hanya disapukan lepaan simen diplaster dan dicat semula.
Bawa bersama salinan S&P dan jangan terus teruja nak ambil kunci dan tandatangan bersetuju terima.
Biar mereka baiki hingga baik dan puas hati baru setuju terima kunci. Jangan juga sibuk nak selfie beritahau dunia, dapat rumah cacat di mana mana.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!