Drill dinding untuk gantung perhiasan, rak dan sebagainya antara yang biasa kita lakukan sendiri. Kerja mudah, memang boleh sangat DIY saja.
Cuma waktu nak buat kerja ini kena tengok masa juga takut ganggu jiran dengan bunyi bising. Kadang-kadang buat waktu cuti pun ada jiran merungut kerana kerja menggerudi dinding akan menyebabkan kebisingan.
Tapi ada tip yang boleh kita guna untuk mengurangkan bunyi serta menjadikan kerja menebuk dinding lebih mudah. Berkongsi tip ini, menurut Wak Saien caranya adalah dengan memastikan mata drill yang kita guna betul.
Boleh guna mata drill yang dicadangkan oleh beliau ini.
Jika mahu menggantung frame, penyangkut baju, mudah sangat. Tiada masalah kalau orang perempuan sendiri nak buat. Bunyi tak bising, tak ganggu jiran, tangan sebelah pun boleh. Malah harga pun murah tak sampai RM10.
Ads
Info: Mata ini digunakan untuk ceramic dan tiles namun boleh juga untuk tebuk dinding konkrit dan simen. Cuma ia mungkin haus kalau tebuk banyak lubang, boleh standby mata ganti. Tapi berbaloi sebab mudahkan kerja dan tak bising.
Inspirasi Dekorasi Rumah Konsep Kayu, Hasil Bertukang Dengan Suami Selama Setahun. Memang unik dan kreatif hasil dekorasi rumah berkonsepkan kayu oleh pasangan suami isteri ini. Ia merupakan projek bersama, hasil bertukang selama setahun untuk melengkapkan dekorasi rumah. Malah rumah tersebut turut dijadikan homestay.
Rumah yang dibeli tapi tak dapat nak duduk..jadi kami buat rumah singgah dan homestay. Hasil bertukang dengan suami selama setahun sebab buat masa lapang saja.
Saya memang minat sangat dengan rumah berkonsepkan kayu dan simple..Deco ikut budget yang kami ada.
Bila ade rumah sendiri ni baru terlaksana konsep deco kayu ni.
Ada juga jual kat shopee yang dah siap..tapi yang saya punya saya memang ambik dengan orang yang jual pallet sebab nak kayu yang tebal untuk katil.
IMPIANA: Unik, lain daripada yang lain konsep deko yang diketengahkan oleh pemilik kediaman ini. Deko rumah dengan cara bajet menggunakkan palet kayu. Semoga menjadi inspirasi buat pecinta dekorasi yang lain.
Elak RISIKO Terkena Renjatan Elektrik Ketika Bencana Banjir, Tip Keselamatan Kena Tahu. Sewaktu banjir melanda, faktor keselamatan paling penting dan perlu diutamakan. Arus deras boleh mengalirkan arus elektrik sekaligus mengakibatkan renjatan elektrik yang boleh meragut nyawa.
Lokasi rendah atau di kawasan yang berisiko dinaiki air banjir, serta mereka yang
sedang menghadapi bencana tersebut agar sentiasa berhati-hati dan berwaspada bagi mengelakkan sebarang kes kemalangan elektrik yang tidak diingini.
Sebagai contoh, tiang elektrik patah/tumbang atau tiang elektrik ada kebocoran arus, talian elektrik putus/jatuh, serta kabel bawah tanah terputus akibat banjir boleh mendatangkan bahaya renjatan elektrik.
Ini antara tip keselamatan elektrik semasa dan selepas banjir yang perlu kita praktikkan jika kediaman ditenggelami air.
Sekiranya mempunyai masa sebelum diarah berpindah, pastikan perkara berikut dilakukan:
-MATIKAN bekalan masuk utama ke rumah di papan agihan dengan meletakkan suis
utama pada kedudukan ‘OFF’.
– PASTIKAN semua suis dalam keadaan ‘OFF’ dan cabutkan palam kuasa daripada soket kuasa semua kelengkapan elektrik.
-SIMPAN kelengkapan elektrik di tempat yang tinggi dan selamat daripada ditenggelami atau terkena air banjir.
-LAPORKAN segera kepada TNB jika air telah mula naik untuk pemantauan atau pemotongan bekalan elektrik bagi mencegah bahaya.
-PASTIKAN menyimpan nombor telefon untuk hal-hal kecemasan seperti nombor balai polis, bomba, hospital, pejabat TNB yang berdekatan, dan pastikan nombor tersebut mudah diakses semasa kecemasan.
-ELAKKAN berenang atau meredah air di kawasan yang mempunyai talian elektrik, kerana paras air yang tinggi akan menyebabkan talian tersebut mudah disentuh, terutamanya pada waktu malam di mana kadar penglihatan tidak begitu jelas.
Sekiranya paras air meningkat dan bersentuh dengan talian hidup tanpa pengetahuan anda, renjatan berlaku pada sesiapa yang berada dalam air.
-JAUHKAN diri daripada lokasi yang terdapat talian elektrik jatuh atau putus, bagi mengelak daripada renjatan elektrik akibat talian yang masih berarus elektrik.
-JANGAN menghampiri atau pegang tiang elektrik atau dawai umbang (stay wire) semasa banjir atau hujan kerana kemungkinan terdapat arus bocor.
-DILARANG menggunakan tiang elektrik dan dawai umbang sebagai tiang ampaian.
-JANGAN hampiri pepasangan elektrik seperti pencawang atau bilik suis elektrik yang ditenggelami air.
-JANGAN mengalih atau membaiki tiang elektrik tumbang atau talian elektrik putus atau jatuh ke tanah dan hendaklah laporkan segera kepada pihak pemegang lesen/utiliti (TNB) sekiranya terdapat kejadian tersebut.
-JANGAN menggendalikan peralatan elektrik atau memetik suis elektrik dengan tangan yang basah atau semasa berdiri dalam air.
-SEKIRANYA ternampak individu terkena renjatan elektrik akibat terkena talian elektrik, jangan sekali-kali menyentuhnya atau cuba membantu mengalihkan talian elektrik tersebut.
– AWASI anak-anak. Usah biarkan mereka bermain di dalam kawasan pencawang elektrik yang telah ditenggelami banjir atau berhampiran dengan tiang elektrik yang patah atau disekitar talian elektrik yang kendur atau jatuh di atas tanah.
– BERHATI-HATI apabila berada di kawasan banjir kerana kelengkapan elektrik dan pepasangan elektrik yang ditenggelami air berpotensi mendatangkan bahaya. Ia boleh mengalirkan arus elektrik di kawasan persekitarannya dan boleh membawa kepada kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.
-JANGAN gunakan kelengkapan elektrik yang terendam di dalam air atau pastikan semuanya diperiksa dan berkeadaan kering sebelum menggunakannya.
-ELAKKAN mengguna kelengkapan elektrik yang diragui keselamatannya.
-Sebelum menghidupkan suis utama, PERIKSA semua pendawaian rumah dan kelengkapan elektrik yang terdapat di dalam rumah. Pemeriksaan ini hendaklah dilakukan oleh kontraktor elektrik yang bertauliah atau berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga.
Semoga Bermanfaat!
IMPIANA: Semoga perkongsian ini dijadikan panduan bagi pemilik kediaman yang sedang berdepan dengan bencana banjir. Ikut langkah keselamatan yang dikongsikan ini bagi mengelekkkan risiko terkena renjatan elektrik akibat banjir.
Pantau Kerja Renovasi TANDAS, Elak Lantai Mudah Bocor, Air Bertakung & Dinding Berkulat! Bilik air atau tandas antara ruang yang sering digunakan pada kediaman setiap hari. Jadi sangatlah penting untuk mempunyai bilik air yang bersih, selesa dan selamat digunakan.
Bagi pemilik kediaman yang sedang merancang untuk melakukan renovasi pada bahagian tandas, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian penting, supaya tidak menyesal di kemudian hari. Antara masalah besar yang sering berlaku pada tandas ialah, lantai bocor, air bertakung dan dinding berkulat.
Bukan apa, melakukan pengubahsuaian pada tandas atau bilik air di rumah memang memerlukan kos yang besar. Jadi buat sehabis baik dari awal proses renovasi, daripada perlu membayar sebarang kos yang boleh dielakkan nanti. Jimat duit!
Ni 4 benda penting yang ramai tak tahu waktu renovate tandas;
➡ Jangan jimat waterproofing! Pilih jenis 2-layer coating & pastikan kontraktor buat waterproofing naik ke dinding sekurang-kurangnya 1 kaki. Kalau bocor, kos repair mahal!
➡ Lantai mesti ada slope ke arah lubang air, bukan rata! Kalau tak, air bertakung & jadi tempat bakteria membiak. Kontraktor malas selalu buat rata!
➡ Bukan semua grout sama! Pilih grout epoxy yang kalis air & senang bersihkan. Seal semua sudut dengan silicone sealant anti-mold supaya tak jadi hitam & berkulat!
➡ Jubin besar susah nak buat cerun yang betul, & jubin licin bahaya – mudah tergelincir! Pilih jubin matte / anti-slip untuk lebih selamat.
Semoga Bermanfaat!
IMPIANA: Jadi buat pemilik kediaman yang ada perancangan untuk renovasi bilik air di rumah, ikut tip yang dikongsikan ini supaya tak menyesal nanti. Barulah keadaan bilik air elok, tak mudah bocor, berkulat, air bertakung atau licin.
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.