Semua tahu yang dapur adalah nadi sebuah rumah, tanpa dapur berlapar la kita. kalu pindah rumah baru pastinya dapurlah yang akan di perhiaskan dengan cantik dan lengkap. Kabinet pasang siap pastinya menjadi perkara utama diruang dapur. Tidak lengkap tanpa binaan kabinet dapur yang cantik, jangan fikir cantik sahaja ya, kualiti pun kena jaga juga sebab ruang dapur kita akan gunakan dengan lebih kerap dan agak lasak jika memalakukan kerja-kerja memasak. Kualiti dapur juga perlu diambil kira agar ia nampak cantik dan tahan lama.
Kali ini, IMPIANA nak kongsikan satu jenama kemasan kabinet dapur iaitu Cosentino. Cosentino melancarkan koleksi terbaru mereka, Silestone Loft yang mempunyai ciri lebih tahan lasak serta kalis kotoran dan asid selain tahan kejutan dan lelasan. Ia menjadikannya sebagai produk yang mempunyai ketahanan dan jangka hayat luar biasa serta mudah dijaga oleh setiap pengguna seraya menghapuskan kerisauan pengguna akan ketahanan produk tersebut. Siri Silestone Loft ini mewakili lima ciri di lima lokasi kejiranan ikonik yang mempunyai latar belakang sejarah serta nilai estetik di beberapa jalan, bangunan serta penggunaan perabot urban dan hiasan dalaman tersendiri:
Silestone Camden diinspirasikan daripada salah satu kawasan kejiranan paling berpengaruh di London. Warna kelabu simen bersifat serba boleh dan mudah disesuaikan dengan apa saja hiasan yang ingin digunakan.
IKLAN
Silestone Poblenou diinspirasikan daripada lokasi yang menjadi pusat revolusi industri di Barcelona. Bayangan warna kelabu lembut di bahagian permukaan dan latar belakang perang muda mampu membangkitkan tona cerah serta memberi keselesaan di ruang berkenaan.
IKLAN
Silestone Kitchen – Loft Poblenou
Silestone Seaport mengingatkan kita mengenai sebuah daerah kecil di tepi laut yang terletak di tenggara Manhattan. Silestone Seaport mempunyai ciri yang hampir sama dengan tona gelap dan simen pudar namun adunan bayangan warna putih amat sesuai dengan latar belakangnya.
IKLAN
Silestone Kitchen – Loft Seaport
Silestone Nolita adalah sebuah lagi rekaan yang mendapat ilham dari New York. Menerusi konsep industri dan dingin, Nolita diadun menggunakan warna putih dan kelabu lembut sekaligus menjadikannya kelihatan elegan serta tidak mempunyai kontras warna yang kuat.
Silestone Kitchen – Loft Nolita
Silestone Corktown pula diinspirasikan daripada cahaya dan bayangan di kawasan kejiranan di Detroit. Latar belakangnya yang gelap diadun dengan sempurna sekali dengan sentuhan warna perang dan kemasannya. Salah satu daripada ciri-ciri penting Silestone Loft ialah buat kali pertamanya ia direka secara inovatif dan secara eksklusifnya menggunakan teknologi HybriQ+. Teknologi ini adalah hasil daripada penggunaan semula kaca kitar semula yang digunakan dalam pengeluaran Silestone Loft tanpa mengabaikan kualiti Silestone termasuk tempoh waranti selama 25 tahun. Selain itu, proses pengeluaran produk Cosentino dilakukan dengan menggunakan 98 peratus air kitar semula dan 100 peratus tenaga boleh diperbaharui. Pengenalan mineral baru dan bahan kitar semula membolehkan Cosentino menghasilkan rekaan dengan sentuhan terbaru dalam kemasan Silestone dan akan diperkenalkan dengan lebih progresif lagi menerusi warna Silestone dengan teknologi HybriQ+ pada masa akan datang.
Indahkan kaunter makan mu dan ruang makan utama kediaman dengan pemilihan lampu yang tepat. Kini ramai di kalangan kita yang mempunyai ruang makan yang cukup gah dan cantik. Pemilihan perabot dan hiasan dinding serta jambangan bunga tengah sebagai pelengkap gaya. Luar biasa.
Cuma adakala gara-gara pemilihan lampu yang silapmenjadiikan ruang akan atau kaunter makan kita kurang perisa. Kurang ummph….kita sendiri tidak tahu apakah kurangnya ruang makan kita ini. Tetapi ia dapat dirasakan oleh tuan rumah. Pemilihan lampu gantung atau pendant light sememangnya cukup indah dan khusus buat ruang makan. Cahaya samar yang lebih dekat namun tidak panas apa lagi menyilaukan mata.
Makanan nampak terang dan menarik, tanpa mengganggu pandangan kita. Pada masa yang sama suasana nampak warm dan selesa untuk menikmati hidangan makan malam.Namun apa yang penting anda perlu bijak memilih rekaan yang sesuai dengan konsep kediaman. Jangan kita membeli sesuka hati dan kemudian menyesal sendiri. Cuma kini terdapat banyak rekaan asas yang cantik. Bagi mengelakkan pengguna tersilap beli. Ia sesuai untuk apa juga konsep.
Misalnya lampu bulat sfera kaca jernih yang ringkas namun cukup cantik digantung beriringan. Begitu juga jenis yang berbentuk geometri dan ada juga yang didatangkan segugus. Ilham ringkas namun sangat menarik perhatian. Simple-simple aja di IMPIANA.
Biasa kita dengar ayam goreng berempah dan ayam goreng kunyit je kan. Pernah dengar ayam goreng belacan tak? menu ni terkenal di Pulau Pinang. Rasa ayam goreng belacan ni lebih sedap tau dari ayam goreng berempah. Jom kita lihat cara penyediaan ayam goreng belacan dari Chef Anand Pusudoray
Kediaman adalah cerminan keperibadian kita, bagaimana segala susunan dekorasi, warna dan konsep yang kita pilih kebiasaannya melambangkan personaliti kita. Paling utama peletakan perabot perlu lah hadir dan berfungsi seperti yang kita inginkan. Bukan kecil atau besar sesebuah kediaman menjadi ukuran tetapi andai ia bersih, kemas dan cantik sudah semestinya membuat kita rasa tenang dan menyejukkan hati – home sweet home. Tidak kiralah rumah teres, rumah banglo mahupun rumah flat, setiap perincian yang kita pilih akan mempengaruhi mood keseluruhan rumah.
Bagi pemilik akaun FB Syuki Cuki, rumah flat tingkat 4 yang didiami bersama suaminya sejak bulan Mac 2018 ini merupakan kanvas untuk beliau berkarya. Kediaman berkeluasan 590 kaki persegi ini mempunyai 2 bilik tidur dan 1 bilik air yang telah di’transform’ dengan baik sekali. Ruang yang terhad tidak menghalang pemilik untuk megekspresikan personaliti mereka menerusi pemilihan warna cat serta susun atur perabot. Menurut tuan rumah lagi, anggaran kos keseluruhan renovasi rumah ini tidak lebih dari RM20k.
Kerana gemarkan corak geometrik abstrak, tuan rumah memilih untuk mengecat sendiri dinding rumah dengan hanya menggunakan cat dan masking tape. Walaupun penat, tapi dapat jimat banyak wang dan masa.
Saya memilih untuk buat corak pada dinding berbanding wallpaper kerana nak pasang wallpaper perlukan kesabaran yang tinggi. Sebenarnya kalau nak buat dinding bercorak abstrak macam ni, (penggunaan) cat warna sangat jimat . Bayangkan, untuk satu rumah saya cuma guna 5 liter cat berwarna dan selebihnya cat putih..jimat kan??
Jom kita sama-sama lihat transformasi mengagumkan rumah flat PKNS ini menjadi sebuah kediaman moden yang santai.
SEBELUM
SELEPAS
Menarik kan? Kalau ada yang mahu meniru gaya cat geometrik seperti ini, anda boleh klik pada pautan video di bawah untuk tutorial step-by-step. Selamat mencuba semua!
Ni contoh sahaja taw. Cara tampal tape bergantung pd corak n kreativiti uolsss k.
Memilih kerusi dan sofa untuk kediaman bukanlah satu perkara yang mudah. Apabila berhadapan dengan ruang sempit, kita perlu tahu teknik menghias dengan betul agar yang dibeli boleh dipakai, selesa dan ruang tampil ideal serta sedap mata memandang.