Bagai tidak ada penghujungnya jika kita bualkan tentang perkara hias dan memilih perabot di ruang sempit. Bukan apa, kini kediaman yang ada tidak lagi seluas dahulu dan banyak perkara yang tuan rumah perlu peka agar tidak membuat kesilapan dan mengigit jari. Apakah langkah yang boleh kita rancang sebelum menghias kediaman kecil sebelum menjelang hari lebaran?
MEMILIH PERABOT TEPAT!
Perkara yang paling utama adalah kenal pasti kedudukan ruang tamu anda. Adakah ia sesuai untuk menempatkan perabot sofa 3, 2, 1 atau cukup buah sofa 3 tempat duduk bersama sebuah sofa? Atau sebuah sofa L shape yang memaksimakan ruang yang ada?
1. Ukur ruang tamu anda terutama dinding utama
2. Ukur pula panjangnya ke hadapan terutama menghala ke dinding televisyen.
Ads
3. Laraskan konsep kediaman dengan saiz rumah. Elakkan memilih perabot untuk rumah agam atau rumah besar di kediaman kecil.
4. Pastikan reka bentuk dan materialnya tidak mencederakan kita. Maklumlah kalau dah kecil adakala tergeser.
PILIHAN SOFA MODEN KONTEMPORARI BANYAK YANG DIREKA SELARAS DENGAN SAIZ RUMAH HARI INI. WARNA BEIGE SEMEMANGNYA SESUAI UNTUK RUANG TERHAD.
Ads
SOFA DUA TEMPAT DUDUK SELALUNYA PALING SESUAI BAGI RUANG KEDIAMAN KECIL. RONA BIRU TERANG CUKUP HANYA PADA SEBUAH KERUSI SEBAGAI GANTI KEPADA FEATURE WALL.
5. Warna dan corak. Adakah ia tahan lasak atau pun sarat berbunga?
Ads
6. Dalam menghias tidak semestinya kita menghias sofa lengkap setnya. Adakala cukup sebuah sofa utama dan yang lain adalah kusyen kecil.
Jadi anda sudah boleh mencari-cari perabot yang sesuai untuk ruang tamu anda menjelang hari raya ini. Jangan tersilap pilih ya.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
1/3 dari kehidupan anda dihabiskan di atas tilam. Tapi ingat tak bila kah kali terakhir anda cuci tilam? TAK PERNAH!!! memang tilam tu dah jadi sebuah bandar habitat untuk bakteria, kulat, tungau dan macam-macma lagi yang mampu mengancam kesihatan.
Tahu kah anda, paling tidak tilam anda perlu dicuci 2 kali setahun. Maksud cuci di sini bukanlah menggunakan air dan sabun. Selain rujuk cara penjagaan tilam yang terdapat pada label yang dilekatkan, ada teknik paling mudah dan lebih berkesan yang boleh anda lakukan.
1. Cuci sarung tilam dan bantal anda setiap minggu dengan menggunakan air panas. Kalau mesin anda tak ada program tersebut, boleh cuci di kedai dobi layan sendiri. Selesai mencuci, keringkan di bawah terik matahari. Kalau cucian dapat matahari terik, ia mampu memusnahkan parasit atau bakteria yang masih terperangkap secara total. Atau boleh guna terus mesin pengering
2. Sementara mencuci, vakum keseluruhan permukaan tilam dengan menggunakan sambungan uphostery atau turbobrush. Ulang 2-3 kali proses vakum bagi anda yang pertama kali mencuci tilam. Lagi lama, lagi bagus.
3. Selesai vakum, Perhatikan jika ada sebarang kekotoran yang terdapat pada permukaan tilam. Untuk mencuci kotoran yang terdapat pada tilam, boleh [klik sini]
4. Untuk menyah bau yang tidak enak ditilam anda, taburkan baking soda di seluruh permukaan tilam. Tak perlu tebal-tebal. Untuk lebih mudah, gunakan botol garam atau ayak tepung untuk taburkan baking soda di atas tilam. Biarkan beberapa jam. Untuk dapatkan kesan yang lebih baik, biarkan baking soda tadi 24 jam.
5. Langkah terakhir adalah vakum lagi sekali keseluruhan tilam dengan menggunakan sambungan turbobrush atau upholstery. Kini boleh lah pasang semula cadar tilam anda.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Karpet atau permaidani memang mudah kotor. Kalau tak kotor disebabkan makanan tertumpah, habuk yang terperangkap di dalam karpet pun dikira kotoran dan mengundang bakteria. Sebab tu ada orang yang immun lemah, boleh alah dengan karpet. Sebenarnya bukan lah alergik karpet, ia disebabkan bakteria yang menjadikan karpet sebagai habitat. Tambahan bagi anda yang ada anak kecil, perkara ni lagi merisaukan. Sebab tu ramai yang mengambil keputusan untuk tak bentang karpet di rumah.
Selain bakteria, karpet pun menjadi habitat hama. Faham je lah apa akibat kalau ada hama dalam rumah. Sebaiknya, karpet di basuh setiap kali lepas digunakan, Macam basuh cadar. Tapi, mesti ramai yang lepas guna gulung terus dan simpan kan? paling tidak pun hanya vacuum. Bila anda terus simpan macam tu, ia lagi menggalakkan pembiakkan bakteria dengan cepat. Kebiasaanya untuk karpet jenis berat, ramai mengambil keputusan untuk hantar dobi. Tapi harga dobi boleh tahan mahal juga kan. Sebab tu ada yang berkira-kira tak payah cuci karpet tu.
Sebenarnya, anda boleh je basuh atau cuci sendiri karpet tu. Terdapat 2 kaedah cucian sama ada cucian kering atau deep clean.
Cucian kering
1. Vacuum keseluruahn karpet termasuk di bahagian bawah.
2. Periksa keseluruan karpet. Jika ada ternampak sebarang kotoran degil, cuci dengan menggunakan Campurkan 2 bahagian pencuci fabrik yang tiada peluntur dengan 2 bahagian air. Tau anda boleh cuba canpuran penanggal kotoran untuk sofa dan karpet yang di lakukan ibu ini. Untuk artikel lengkap [Klik Sini]
3. Semburkan campuran tadi di bahagian kotoran namun jangan terlalau basah dan biarkan 2-3 minit.
4. Jika kotoran tu masih baru, ambil kain kering yang bersih dan buangkan sisa makanan terlebih dahulu. Kemudian dengan kain atau span bersih dan kering, tekap-tekap kan sahaja pada bahagian kotoran. Jangan gosok kerana ia akan menyebabkan kotoran tadi merebak. Baru sembur dengan campuran penanggal kotoran tadi dan guna kain atau span bersih. Tekap-tekap je bahagian yang di sembur tadi
Tip: Jika kotoran baru tersebut merupakan cecair seperti kuah kari, air kopi dan sebagainya, taburkan baking soda di sekitar kotoran sebelum anda sembur dengan campuran penaggal kotoran
5. Setalah 2-3 minit, ambil kain kerig dan bersih tekap bahagaian kotor yang telah di tekap tadi. Jika kotoran masih kelihatan, ulang langkah yang sama beberapa kali.
6. Selesai selesai membuang kesan kotoran degil, Sembur keseluruhan karpet dengan campuran tadi.
7. Kemudian, tabur baking soda yang dicampur dengan sedikit pati minyak sama ada lavender, limau atau sebagainya. Ikut cita rasa anda
8. Biarkan selama 15 minit untuk membolehkan baking soda tadi menyerap kelembapan
9. Setelah 15 mini, Vacuum sekali lagi keselurhan karpet anda termasuklah di bahagian bawah. DAH SIAP!
Deep clean
Kalau nak karpet kelihatan seperti baru, anda perlu lakukan deep clean. Tapi deep clean perlu bermodal lah iaitu dengan menggunakan Steam vacuum. Langkah nya hampir sama cuma ada tambahan dengan menggunakan steam vacuum.
1. Vacumm keseluruahn karpet
2. Periksa keseluruan karpet. Jika ada ternampak sebarang kotoran degil, cuci dengan menggunakan Campurkan 2 bahagian pencuci fabrik yang tiada peluntur dengan 2 bahagian air.
3. Semburkan campuran tadi di bahagian kotoran namun jangan terlalau basah dan biarkan 2-3 minit.
4. Jika kotoran tu masih baru, ambil kain kering yang bersih dan buangkan sisa makanan terlebih dahulu. Kemudian dengan kain atau span bersih dan kering, tekap-tekap kan sahaja pada bahagian kotoran. Jangan gosok kerana ia akan menyebabkan kotoran tadi merebak.
5. Dah selesai tanggalkan kotoran degil tadi, bancuh air sabun di dalam bekas steamer. Sabun tu anda boleh gunakan cecair khas untuk mencuci karpet atau sabun untuk mop lantai tu je. 6. Vacuum keseluruhan karpet dengan steam vacuum tu. Tapi jangan buat laju-laju. Jika perlu ulang beberapa kali dan tukar air didalam vacuum
Tip:
Mesti anda cakap, mana ada modal nak beli mesin steam vacuum tu kan? Sebanrnya, sekarang dah ramai orang sediakan perkhidmatan menyewa mesin tersebut. Boleh cuba cari di dalam facebook
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Bagaiamana puasa anda hari ini? Mungkin semalam sudah ada yang mencuba tip menghindari lalat yang pertama. Apa kata kita cuba tip kedua? Kata orang molek kita cuba satu persatu tip yang menarik dan serasi dengan anda. Apa yang penting usaha yang berterusan dan memastikan persekitaran kediaman kita kekal bersih. Kebelakangan kini semakin ramai tuan rumah yang lebih gemar menggunakan bahan organik sebagai bahan untuk menghindari serangga seumpama ini.
Jadi bahan berikutnya masih lagi dalam keluarga rempah. Kulit kayu manis antara rempah yang sangat kuat aromanya untuk menghalau lalat. Malah ia juga acap kali dijadikan hiasan di meja makan terutama kulit kayu manis bersaiz besar. Ada yang menyatakan kulit kayu manis ini perlu ditumbuk. dan serbuknya dimasukkan ke dalam uncang. Tetapi kini di pasan terdapat serbuk kulit kayu manis dan anda boleh menambahn bawang putih jika mahu sebagai menambah bau yang mampu menghalau lalat.
Tambahkan bawang putih bagi mendapatkan haruman yang lebih menyengat untuk menghalau lalat. Jadi anda boleh tempatkan pada mangkuk dan digubah seperti hidangan . Jadi tidaklah ia hanya kaku seperti bahan masakan yang tidak terusik.
Idea kreatif semarakkan ruang bersama nyalaan lilin dan kulit kayu manis.
IDEA KREATIF
Jadikan ia sebagai uncang dan digantung di ruang makan mahu pun dapur anda. Ia juga sesuai dijadikan pemberian atau pek yang boleh dikomersilkan bagi hiasan meja makan mahu pun ruang dapur anda. Bukan sahaja di meja makan bahkan ditombol pintu dan sebagainya. Selain daripada itu, ikatkan sahaja pada lilin sebagai hiasan meja sempena lebaran nanti. Barulah ada gaya di samping fungsinya.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!