Tembok atau dinding kediaman yang mengelupas tidak kira interior mahupun exterior adalah antara perkara yang biasa berlaku. Bahkan, masalah ini kerap berlaku pada dinding yang baru dicat. Jika hal ini terjadi pada dinding rumah anda, janganlah terburu-buru untuk memanggil tukang untuk memperbaikinya kerana ada beberapa cara mudah yang boleh anda lakukan sendiri. Sebelum itu, anda perlu kenalpasti punca cat pada dinding mengelupas
SEBAB CAT TEMBOK MENGELUPAS
1. Umur cat yang yang sudah lama (mengapur) sehingga daya lekatnya berkurang.
2. Kondisi dinding yang lembap, salah satu penyebab utama pengelupasan cat tembok (flaking) adalah kondisi tembok yang lembap. Hal ini mungkin berlaku disebabkan oleh banjir, terdapat aliran air pada dinding secra kerap dan dalam tempoh yang lama akibat kebocoran atau sebagainya
3. Proses cat dilakukan sebelum konkrit dinding kering dalam tempoh yang sepatutnya
4. Proses kemasan dinding yang kurang baik juga antara sebab cat pada dindin atau tembok mengelupas atau tidak melekat
5. Kualiti cat yang tidak baik turut memainkan peranan. Sebab itu, anda perlu semak denagn penjual bukan sekadar jenis cat malah tempoh ketahanan cat yang dibeli
6. Teknik cat yang salah. Ini antara faktor penyumbang utama kepada masalah cat cepat mengelupas. Antara perkara yang kerap diabaikan adalah, dinding yang hendak di cat tidak dibersihkan terlebih dahulu. Sehinggakan sisa atau lapisan cat lama tidak di singkirkan. Hal ini pendorong keapda lapisan cat baru mengelupas
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
5 Langkah Mudah Untuk Pangkas Pokok Muda
Jangan takut untuk mencantas atau memangkas pokok dan tumbuhan renek di laman rumah anda. Hanya beberapa minit sahaja perlu diperuntukkan untuk memangkas softscape yang terdapat di halaman rumah supaya ia sentiasa berdaun lebat, berbunga dan sihat. Namun, kita sering mengabaikan dan tidak melakukan proses pemangkasan dengan betul dan secara berjadual. Ini disebabkan kita kurang terdedah kepada pengetahuan dan beranggapan kerja-kerja pemangkasan memerlukan peruntukan masa yang lama. Ada pula yang khuatir, jika pemangkasan dilakukan ia akan menyebabkan pokok tidak cantik dan mati. Hakikatnya, jika ia dilakukan secara berjadual dengan teknik yang betul, ia dapat membantu anda untuk memastikan laman rumah sentiasa rapi dan indah. Oleh itu, ikuti langkah-langkah dan tip yang telah disediakan untuk memastikan anda menguasai teknik pemangkasan yang betul.
Sebab untuk melakukan pemangkasan pokok muda
- Membaiki atau meningkatkan kekuatan struktur pokok. Dengan membuang dahan atau ranting pokok yang telah rosak yang terdapat pada pokok, ia melatih pokok untuk menghasilkan dahan yang lebih baik dan bentuk yang menarik. Struktur pokok yang kukuh mampu mengurangkan potensi pokok tersebut dari diancam pelbagai penyakit dan serangga.
- Mengurangkan kadar penyelenggaraan. Jika pokok muda telah dilatih untuk menghasilkan struktur pokok yang kukuh, ia dapat membantu mengurangkan kadar penyelenggaraan apabila sampai usia matang. Pokok yang telah dipangkas dari usia muda hanya mempunyai jumlah dahan atau ranting yang terhad, justeru akan menjadikan tugas-tugas penyelenggaraan dilakukan pada tahap minimum. Secara tidak langsung ia memudahkan anda untuk melakukan penyelenggaraan di bahagian dalam pokok dengan peruntukkan masa yang singkat.
- Menambah jangka hayat pokok. Pokok muda yang telah dilatih menjadikan ia lebih kukuh apabila sampai usia matang. Di samping itu, ia juga mempunyai potensi lebih rendah untuk terdedah kepada kegagalan struktur akibat serangan penyakit mahupun serangga perosak. Secara tidak langsung ia mampu menambah jangka hayat pokok.
5 langkah untuk memangkas pokok muda
1. Buang bahagian yang telah rosak, mati atau hampir mati, kering dan berpenyakit. Pastikan silara pokok diperiksa rapi untuk mengenal pasti dahan atau ranting yang berpotensi menjadi ancaman kepada pokok.
2. Pilih leader (batang pokok utama) yang paling stabil dan kukuh. Untuk mendapatkan pokok yang cantik dan berkualiti, hanya sebatang leader yang diperlukan untuk menyokong keseluruhan struktur pokok. Jika terdapat lebih leader, pemangkasan leader yang tidak kukuh perlu dilakukan segera. Kenal pasti terlebih dahulu leader yang paling tegak dan kuat untuk dijadikan penyokong struktur pokok.
3. Pilih dahan rendah (lowest permanent branch) yang paling kukuh dan sesuai untuk membentuk kanopi pokok. Kenal pasti dahan pokok yang paling bawah yang mempunyai sambungan yang paling baik dan cantik dengan Ia seharusnya dijadikan sebagai dahan pokok pertama dan buangkan dahan lain berhampiran dengannya untuk memberi ruang kepada ranting dari dahan tersebut bergerak bebas. Diameter ideal untuk dahan pertama haruslah separuh dari ukuran leader tempat dahan tersebut bersambung.
4. Pilih dahan kedua (scaffold branch). Scaffold branch ialah dahan yang tumbuh selepas lowest permanent branch. Ia berfungsi membentuk keseluruhan kanopi pokok. Pastikan scaffold branch yang dipilih mempunyai sambungan baik dan ukuran diameternya tidak lebih dari setengah ukuran Jarak antara scaffold branch perlulah seragam sama ada secara vertikal atau kedudukan jejarinya di sekeliling leader. Jarak vertikal antara dahan haruslah 18 inci untuk pokok besar manakala 12 inci untuk pokok kecil. Jarak jejari setiap scaffold branch haruslah seimbang antara satu sama lain mengelilingi leader.
5. Pilih temporary branch di bahagian bawah lowest permanent branch. Sebahagian atau hampir semua ranting atau dahan kecil yang terdapat di bahagian lowest permanent branch boleh dikekalkan sebagai temporary branch. Ia merupakan dahan yang berdiameter tidak lebih 2 inci dan bersambung terus dengan Temporary branch amat penting di awal pertumbuhan pokok muda kerana ia membantu membentuk batang pokok yang kuat ketika proses fotosintesis berlaku. Apabila pokok mula matang dan meninggi, temporary branch perlu dibuang atau ia perlu dicantas apabila ukuran diameternya mencecah 2 inci.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
DIY Waiscoting Dengan Bajet Bawah RM200
Wainscoting merupakan susunan bingkai pada dinding yang tidak hanya kelihatan anggun, malah juga merupakan salah satu perincian atau kemasan hiasan dalaman tertua di dunia. Ia telah menjadi sebuah simbol status dan unsur prestij dalam kediaman. Tetapi zaman semakin maju, wainscoting kini tidak lagi hanya untuk golongan atasan. Sesiapa pun boleh menambah elemen ini untuk kediaman lebih elegan. Malah, anda boleh DIY sendiri hiasan ini dengan bajet yang rendah!
Melalui perkongsian Puan Hazilla Hasan di fb miliknya, pertama sekali anda perlu kenalpasti dinding yang mahu dipasang wainscoting kemudian ambil ukuran berdasarkan rekabentuk yang telah dipilih.
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN :
“Saya beli kayu wainscoting secara dalam talian sahaja. (Juga boleh didapati di hardware) Ada pembekal sudah potong siap-siap mengikut ukuran tertentu (2,4,5,6 kaki) untuk memudahkan pengguna tetapi saya beli yang panjang dan potong sendiri.
Banyak design kayu utk buat frame tu. Boleh pilih mengikut budget masing-masing. Saya beli yang berharga RM1.70 sekaki.”
“Potong hujung kayu tepat 45 darjah. Saya hanya gunakan sesiku L untuk mengukur.”
“Untuk proses menampla, hanya perlukan gam dan water level. Ukur dengan tepat dan tandakan pada kawasan yang ingin ditampal. Sapu rata gam pada kayu dan beri tekanan selama 2 ke 3 minit agar kayu melekat pada dinding. Boleh gunakan masking tape dan biarkan selama beberapa jam sehingga gam kering.
Periksa jika ada lubang atau gam yang tidak melekat. Gunakan sealent untuk mengemaskan lagi wainscoting.
Langkah terakhir, boleh cat dinding dan wainscoting mengikut kesesuaian konseo kediaman anda. Selamat Mencuba!
LIHAT JUGA : Jenis-jenis Wainscoting
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Cantik Namun Beracun, Anda Perlu Elak Dari Memetik 5 Jenis Bunga Ini
Jari yang tertusuk dengan duri mawar mungkin sudah tidak asing lagi. Bunga yang kelihatan cantik dan simbol kasih sayang itu ternyata menyimpan duri-duri menyakitkan di batangnya yang halus. Kesakitan tertusuk duri itu umpama sakitnya hati kerana cinta tak berbalas. Hehehe.
Meskipun, mawar ini berduri ia tidaklah beracun dan bukanlah satu-satunya bunga yang paling indah di dunia. Pepatah mengatakan ‘jangan menghakimi sesuatu dari luaran sahaja’ mungkin sesuai dengan topik kali ini. Bunga-bunga yang kelihatan cantik nan indah ini sebenarnya mempunyai racun yang merbahaya.
Luaran kelihatan cantik dan mempersona. Namun, bila dipetik ia mampu meragut nyawa seseorang! Adakah ia benar? Jom kita ketahui jenis-jenis bunga beracun ini.
1. Brugmansia (Angle’s Trumpet)
Tidak dapat dinafikan bunga Brugmansia ini sememangnya cantik dengan taburan bunganya seperti loceng. Namun anda harus berhati-hati kerana bunga dari spesis Solanacae ini salah satu bunga yang beracun. Bunga ini boleh didapati tumbuh di pokok-pokok kecil atau di kawasan belukar.
Jangan sesekali memetik bunga ini dan letakkan ia pada telinga anda kerana racun yang terdapat pada bunga ini mampu menyebabkan kelumpuhan, diare, migrain, halusinasi dan masalah pendengaran.
2. Nightshade (Solanaceae)
Nyaris seluruh benua menjadi tempat tinggal bunga cantik ini. Nightshade mengandung zat solanine. Jika seseorang keracunan zat ini, ia bisa terserah gangguan gastrointestinal. Gangguan ini di antaranya adalah diare, muntah-muntah, dan sakit perut. Selain itu, keracunan zat solanine juga menyebabkan gangguan neurologis, dapat menimbulkan halusinasi dan sakit kepala.
3. Hydrangea
Bunga Hydrangea ini sangat popular dan diminati ramai. Meski begitu, ramai tidak tahu ia sebenarnya berbahaya pada anda jika kelopak bunga ini ditelan dalam kuantiti yang banyak. Hydrangea bukan sekadar beracun pada bunganya malah keseluruhan pokok terutamanya kudup bunga yang masih belum mekar. Ada kajian membuktikan seekor kuda mati akibat memakan satu pasu kecil pokok hydrangea.
4. Lily of the Valley
Bunga cantik yang kelihatan seperti loceng ini kebiasaannya disemat pada pintu-pintu kedai. Bunga ini mempunyai haruman yang kuat. Lily of the Valley memiliki nama lain juga, di antaranya adalah Mary’s Tears atau May bells. Sayangnya, seperti bunga-bunga lain dalam daftar ini, bunga bernama dan berbentuk cantik ini juga memiliki racun yang cukup berbahaya.
Racun pada bunga ini terdapat di bahagian daun, akar, buah beri, dan batangnya. Zat alkaloid yang terkandung dalam bunga Lily of the Valley dapat digunakan untuk keperluan perubatan, tapi akan jadi berbahaya jika diambil dengan dos yang berlebihan. Biasanya, orang yang keracunan Lily of the Valley mengalami gejala jantung berdebar lebih cepat, kenaikan tekanan darah, dan kegagalan fungsi jantung.
Selain pada manusia, racun Lily of the Valley juga dapat menyebabkan kesan yang teruk jika dimakan oleh binatang, termasuk anjing dan kucing. Jika kita memiliki peliharaan anjing dan kucing, sebaiknya jauhkan mereka dari bunga ini. Sebab jika peliharan kita memakan bunga tersebut, gejala yang akan muncul adalah muntah-muntah, diare, penurunan denyut jantung, aritmia, kejang-kejang, hingga kematian.
5. Nerium oleander
Habitat bunga ini cukup tersebar di berbagai belahan dunia, biasanya terdapat di tepi sungai di atas lembah. Tak jauh berbeda dari Aconitum napellus, Nerium oleander juga mengandung racun berbahaya; dikategorikan sebagai salah satu tanaman paling beracun.
Kesan racun bunga oleander ini adalah gatal-gatal, penglihatan yang kabur, pandangan berbayang, mual-mual, diare, sakit perut, peningkatan atau penurunan degupan jantung, hilangnya nafsu makan, kelelahan, depresi, hingga kematian.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI