Permaidani merupakan item penting yang mampu menyempurnakan dekorasi serta konsep kediaman anda. Namun, ramai tidak mengetahui setiap jenis permaidani mempunyai fungsi yang tersendiri bagi setiap ruang kediaman. Jom ketahui lebih mendalam tentang jenis-jenis dan kriteria rekaan permaidani yang sesuai untuk setiap ruang di kediaman supaya anda lebih bijak membeli kelak.
BILIK TIDUR
Permaidani yang sesuai buat kamar tidur yang tenang dan harmoni ialah permaidani jenis tenun kapas, wool dan sutera berwarna terang pastel. Ia mampu memberikan keselesaan kepada anda sebaik melangkah memijak nya. Elak daripada memilih permaidani jenis gelap dan bercorak untuk ruang kamar tidur kerana ia tidak sesuai.
Ads
RUANG TAMU
Pemilihan permaidani pada ruang tamu amat penting kerana ia perlu mengikut konsep serta saiz sesebuah ruang tersebut. Pilih permaidani jenis wool pile cut, ekoran dekorasi ruang tamu kadar trafiknya yang tinggi. Fabrik jenis ini amat mudah dibersihkan, kurang berbulu daripada sutera, kapas atau nilon. Antara reka corak yang sesuai buat ruang seperti warna bertentangan dengan warna latar, bercorak abstrak, geometri ataupun flora.
PINTU MASUK
Ads
Untuk pintu masuk iaitu pada bahagian dalam pintu masuk pilihlah permaidani yang tidak terlalu besar dan mendominasi ruang hadapan pintu. Material permaidani perlulah bersifat tahan lasak dan menyerap air kerana hamparan di ruang ini akan menyerap lebih kotoran luar sebelum melangkah ke dalam kediaman. Oleh itu, pemilihan permaidani jenis ini jarang digunakan kerana pemilik lebih gemar menggunakan alas kaki.
RUANG MAKAN
Ads
Bagi ruang makan, permaidani yang dipilih haruslah lebih besar daripada ukuran meja makan. Material bersesuaian untuk ruang makan ialah permaidani jenis wool pile cut kerana ia mempunyai daya tahan geseran kerusi meja makan.
Siapa kata tiada permaidani khas untuk bilik air? Sebenarnya ia ada, permaidani untuk bilik air diperbuat daripada material kapas dilapisi getah pada bahagian bawah yang serap air. Jangan sesekali memilih permaidani warna pastel kerana ia akan cepat kotor dan .
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Kutu Bena antara ancaman utama tidak kira tanaman sayur, buah-buahan mahupun bunga. Ia adalah musuh utama tumbuhan berbatang lembut seperti pokok cili. Serangga ini membiak dengan begitu cepat sekali kerana pembiakannya menggunakan kaedah parthenogenesis , iaitu dengan penklonan bena betina. Setiap bena betina boleh menghasilkan 5-100 anak bena. Anak-anak bena ini akan matang dam boleh membiak dalam masa 7-10 hari. Ia hidup dengan menghisap cairan dari batang tumbuhan dan daun. Biasanya kutu daun ini akan berada dalam koloni dan berkumpul ditempat yang selalunya terlepas dari pandangan kita seperti belakang daun dan di celah-celah ranting.
Banyak cara untuk musnahkan kutu daun ni. Salah satunya adalah penggunaan racun. Selain penggunaan racun kimia yang boleh mengundang ancaman keselamatan nyawa. Apa kata, kita hasilkan sendiri racun serangga organik seperti yang dikongsikan Green Garden Resources di dalam canel youtube nya
BAHAN-BAHAN:
3 senduk sisa nasi
air basuhan beras yang pertama
botol mineral terpakai (tidak digalak menggunakan botol kaca kerana tekanan gas ketika proses perapan boleh menyebabkan botol meletup)
CARA-CARA: 1. Ramas nasi untuk memudahkan ia dimasukkan ke dalam botol mineral 2. Masukkan air basuhan beras ke dalam botol yang berisi nasi. Sisakan 1/4 ruang di dalam botol untuk pengudaraan 3. Simpan perapan di dalam suhu bilik yang tidak terdedah kepada cahaya mata hari 4. Setiap 2-3 hari, bebaskan gas yang terperangkap dalam botol perapan 5. Selepas seminggu, masukkan air perapan ke dalam botol semburan dan sembur pada tanaman yang dijangkiti kutu bena
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Habuk dan kediaman memang tak dapat dipisahkan. Jika lama sikit tak kemas rumah, pasti penuh habuk lebih-lebih lagi pada kawasan tersorok dan celah-celah seperti bawah katil, bingkai tingkap, kipas dan perkakas yang lain.
Memang jenuh jika setiap masa nak kena buang habuk kan? Jadi, apa kata anda cuba spray magik ini! Habuk akan susah melekat pada barangan, justeru tak perlu lagi bersihkan setiap hari.
Di laman Facebook nya, Puan Yatie Eimra ada berkongsi resipi dust spray. Bermacam resipi telah dicuba, tetapi baginya resipi inilah yang terbaik dan paling berkesan. Selamat mencuba!
Saya ni memang suka tip & trik yang memudahkan urusan harian. Bila jumpa macam² tip, mesti saya simpan & cuba bila berkesempatan. Banyak resipi buat dust spray ni sebenarnya, cara paling senang guna air & softener. Tapi lepas cuba beberapa resipi, setakat ni inilah resipi dust spray yang paling saya berpuas hati sebab ia serbaguna.
Pernah baca komen netizen — cakap orang yang gunakan spray untuk elak habuk melekat ni orang yang malas. Pada saya, adanya tip macam ni bukannya bermakna boleh culas & bermalasan tapi sekadar memudahkan serta mempercepatkan kerja² rumah & urusan harian. Nak² ramai isteri yang bekerja & faktor kekangan masa. Tu belum lagi yang ada anak kecik/anak yang tengah melasak ataupun wanita mengandung. So tip² macam ni lah dapat membantu jimatkan masa/tenaga.
Multipurpose Dust Spray
¼ cawan cuka
1¼ cawan air
3 sudu kecil minyak zaitun
1 sudu makan pencuci pinggan* (optional)
Sedikit essential oil* (optional)
Campur semua bahan dalam botol spray. Goncang sebelum guna.
Nota:
*guna botol spray transparent supaya mudah nampak atau buat peringatan pada botol supaya tak lupa
*saya buat 2 botol spray sebab guna 2 wangian berbeza ?
*saya gunakan 1 bahagian cuka & 5 bahagian air supaya larutan cuka tak terlalu pekat/terlalu cair
*cuka memudahkan menanggalkan kotoran, juga sebagai agen pembasmi kuman
*minyak zaitun berfungsi untuk mengilatkan & melindungi permukaan kayu.
*pencuci pinggan mampu menanggalkan kotoran secara lembut
*essential oil berfungsi memberi kesegaran & mengurangkan bau cuka
Pastikan ❗❗❗
*Sebaik²nya gunakan minyak zaitun. Saya tak jamin penggunaan minyak masak biasa (sawit) boleh berikan hasil yang sama untuk perabot kayu (bila bertindakbalas dengan cuka)
*Jangan gunakan pencuci pinggan yang bundle sebab bahan kimianya agak tinggi & boleh rosakkan sesetengah permukaan perabot.
*Jika risau perabot yang agak sensitif, cuba spray sikit dahulu dibahagian yang tersorok/paling bawah untuk uji keserasian.
*Paling penting — GONCANG setiap kali sebelum guna supaya larutan minyak & air bercampur
Kegunaan:
• Kurangkan habuk melekat pada perabot & kipas
Mengurangkan habuk tak bermakna habuk langsung tak lekat ye.. Cuma lebih mudah nak bersihkan habuk & menjimatkan masa
• Mengilatkan perabot kayu
Bukan setakat kabinet, pemegang dulang dari kayu pun saya gunakan spray ni sebab kilatannya memang cantik.
• Menaikkan warna & melindungi sofa dari kulit sintetik
Boleh bersihkan kotoran & menaikkan warna sofa yang dah kusam
• Mengurangkan habuk terkumpul pada gril pintu & lapisan minyaknya mengelakkan dari berkarat
Rumah dekat dengan jalan besar ni, manjang je habuk & debu bertepek dekat gril. Walaupun saya spray sesekali sahaja, memang nampak perbezaan dgn sebelum ini
• Membersihkan & melicinkan trek pintu/tingkap jenis sliding serta melancarkan trek yang tersangkut
Kekadang hujan lebat sangat, kena jugak sikit² tempias air dekat pintu/tingkap sliding. Lama² mesti trek tersangkut². Saya spraykan aje untuk lancarkan balik
• Sebagai lapisan perlindungan dari kotoran untuk jubin dinding & sinki.
Saya selalunya basuh toilet hujung minggu. Hari biasa ni sental memane yg sempat je. Tak boleh lama² dalam bilik air sebab anak tengah melasak.. Guna spray ni memang mudah nak bersihkan jubin & di celah². Toilet yang jarang guna (untuk tetamu) pun saya spraykan pada jubin & sinki.
Pastikan BERSIHKAN dahulu jubin & sinki seperti biasa, kemudian barulah gunakan spray ni. Spray secara menyeluruh terutama dicelah² jubin. Sebaik²nya gunakan span atau kain microfiber untuk ratakan air (supaya semua permukaan kena). Penggunaan spray membantu kurangkan kotoran yang melekat. Next time kerja² bersihkan jubin dinding & sinki akan lebih mudah & cepat. Toilet pun jadi wangi je lepas spray (kalau letak essential oil la..) Spray sekurang²nya seminggu sekali/lepas basuh/bila perlu.
Semoga bermanfaat ~
(Harap tip ni dapat bantu mudahkan kerja² rumah & urusan harian anda juga)
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Katil dengan Headboard sebenarnya bukan sahaja memakan ruang malah menjadi tempat perangkap habuk. Lebih-lebih lagi, jika headboard tersebut diperbuat daripada fabrik. Sebab itu, kebanyakkan hotel memilih katil yang tidak mempunyai headboard. Mesti ramai beranggapan katil tanpa headboard kelihatan tidak sempurna.
Tak jadi masalah, anda boleh DIY headboard sendiri. Tambahan, headboard yang anda DIY ni boleh diubah suai mengikut konsep yang dikehendaki. Berikut, idea dekor headboard menggunakan cat dan pelekat yang boleh anda lakukan sendiri
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.