
Laman, adalah satu terapi yang mungkin ramai tidak tahu. Tidak kisah keluasan laman itu sebenarnya, jika tumbuhan hijau yang tersusun rapi dapat menyerlahkan dengan landskap kejur pasti sejuk mata yang memandang. Tahukah anda laman ini sangat la penting. Landskap ini di sebut sebagai lanskap kejur atau hardscape. Jika anda bijak mengenakannya landskap kejur ini, pastinya laman anda akan nampak lebih berseri dan mudah untuk penjagaan.
Konsep sebegini adalah untuk yang agak kurang rajin untuk maintain laman, tetapi inginkan laman yang cantik. Bolehlah lakukan di rumah anda jika anda jatuh hati dengan konsep sebegini.

Wanita Ini Tunjuk DIY Stool Bajet Dari Tong Cat

Jika sebelum ini Puan Mastura Mohd Yusoff viral dengan make over kerusi meja makan yang telah patah menjadi sofa Cleopatra [klik sini untuk artikel lengkap], kali ni kita tengok pula DIY stool dari tong cat yang dikongsikan.
Bahan-bahan:
1 biji Tong cat 5 liter
4 batang kayu sebagai kaki
Span
Skru
Fabrik untuk membalut
Gam lilin
Cara-cara:
- Berishkan tong cat dan keringkan sepenuhnya
- Lekatkan kaki kayu dari dalam tong dengan menggunkan skru yang diterbuk dari luar tong seperti dalam gambar
- Tampalkan span pada sekeliling tong cat mengikut ketebalan yang diinginkan.
- Untuk bahagian atas tempat duduk, potong span berbentuk bulat mengikut saiz tong cat yang telah di balut.
- Balutkan fabrik pada alas tempat duduk sebelum di gamkan pada tong cat
- Sementara itu, balutkan dinding stool dan lipatkan bahagian atas dan bawah ke dalam dan kemaskan dengan menggunkan gam lilin.
- Bila dah kemas balutan dinding stool barulah ditamplkan lasa tempat duduk yang telah di balut fabrik tadi. Dah siap!
Tip: Nak lebih cantik, catkan bahagian kaki
3 Punca Utama Buah Tomato Rosak Dan Tak Menjadi

Pokok tomato memang mudah untuk di tanam. Akan tetapi, untuk menghasilkan buah yang banyak, cantik dan berkualiti memang agak sukar. Sebab itu, kebanyakkan peladang tomato menggunakan rumah hijau untuk mengusahakan tanaman tersebut. Ia lebih dikawal dan diselanggara. Antara punca utama buah tomato tak menjadi dan tak cantik seperti berikut:
1. Hujung buah hitam dan rata
Keadaan yang kelihatan seaakan masalah penyakit ini sebenarnya berpunca daripada masalah kekurangan kalsium. Hampir separuh buah menjadi rata dan hitam. Selain itu juga, ia petanda bahawa pokok tomato anda tidak menerima siraman secukupnya atau akar yang rosak. Namun, masalah ini kebiasaanya hanya berlaku kepada beberapa biji buah dalam sepohon pokok.
Penyelesaian terbaik adalah bekalkan keperluan kalsium yang mencukupi. Kulit telur adalah sumber terbaik untuk membekalkan kalsium pada pokok tomato. Selain itu, pastikan medium tanaman selalu dalam keadaan lembap
2. Bunga sedikit atau banyak yang gugur
Sekiranya pokok tomato anda hanya menghasilkan bunga yang sangat sedikit atau kebanyakkan bunga gugur sebelum sempat menjadi putik buah, ia disebabkan oleh:
-Kebiasaanya berlaku dimusim kemarau
-Menerima cahaya matahari yang sedikit
-Nitrogen berlebihan
Kebiasaanya masalah bunga yang tdak menjadi disebabkan oleh iklim tempatan. Penyelesaiannya adalah elak 3 perkara di atas. Seperti lakukan kitaran tanaman dan elak tanam pokok tomato ketika musim panas
3. Buah merekah
Buah belum masak ranum atau hampir, terbelah secara tiba-tiba. Hal ini mengundang ancaman keapda serangga perosak dan burung.
Keadaan ini berpunca daripada iklim panas dan kadar kelembapan yang diterima secara mendadak atau mengejut. Sebab itu, kadar kelembapan yang berpanjangan sangat dititik beratkan bagi penghasilan tomata yang berkualiti
Tangan Wanita Ini Berjaya Tukarkan Barangan Terpakai Menjadi Objek Seni Di Lamannya

Kunjungan team LAMAN ke kediaman pemilik disambut mesra dan di sajikan dengan pemandangan sebuah landskap kecil dengan pelbagai elemen menarik yang cuba di ketengahkan oleh pemilik. Ruang sempit tidak membatas kan pemilik untuk mengilhamkan sebuah laman indah. Pelbagai cara dan kaedah digunakan untuk memastikan reka bentuk laman idaman berjaya di aplikasikan dan ditonjolkan. Melalui pengamatan penulis, kebanyakan elemen hardscape yang digunakan untuk menghias laman ini terdiri daripada barangan terpakai yang di ambil dari koleksi simpanan ibu pemilik dan ada juga yang di beli dari pengumpul barangan terpakai.
Menurut kata pemilik “Saya lebih gemar menggunakan konsep tanaman container. Kebanyakan container yang saya gunakan terdiri daripada besen metal terpakai dan kukus lama yang di jadikan sebagai bekas untuk tanaman, dan juga sebagai hiasan di dalam taman untuk menghidupkan lagi karakter laman rumah saya,” ungkap pemilik sambil tersenyum ramah.
Daun tingkap kayu yang di jadikan sebagai hiasan dan dihiasi dengan tong metal dan kaki mesin jahit di satu sudut memberi ekspresi rustik terhadap penyusunannya. Manakala rak pada asalnya direka bentuk untuk kegunaan dapur, kini di jadikan sebagai struktur untuk pokok menjalar. Ia dapat mengelak tumbuhan tersebut berlingkar di atas pagar dan menghalang pokok tersebut daripada menjalar masuk ke dalam laman rumah unit bersebelahan. Sudah menjadi kebiasaan untuk konsep english country, basikal tua di jadikan sebagai salah satu focal point dan antara elemen yang sering ditonjolkan. Begitu juga dengan reka bentuk laman ini, basikal tua dan kereta sorong yang diberi oleh jiran tetangga diberi kemasan cat sepenuhnya dijadikan dekorasi pameran yang dapat mewujudkan lagi nilai sentimental terhadap laman ini.
Di samping itu juga terdapat pelbagai jenis papan tanda buatan sendiri untuk memenuhi karakter country pada sesebuah ruang serta dapat menyampaikan informasi tertentu. Pemilik juga gemar mengumpul pelbagai reka bentuk dan saiz bird house untuk di jadikan sebagai salah satu elemen hiasan. Uniknya tentang taman ini, pemilik tidak lupa membina laluan yang diperbuat daripada batu bata di sepanjang laman berumput bagi memelihara kehijauan rumput daripada dipijak. Bagi mewujudkan sebuah laman yang penuh dengan pelbagai karakter, pemilik turut meletakkan pelbagai jenis ornamen berbentuk ayam dan katak untuk menyerikan lagi suasana country. Terdapat juga ornamen dibuat sendiri oleh pemilik pada waktu lapang seperti lady bug dengan menggunakan pebbles.
Pemilihan tanaman yang betul adalah sesuatu yang penting untuk mendapat sebuah reka bentuk laman mengikut konsep yang cuba di ketengahkan. Untuk laman yang bertemakan vintage country garden, pemilik menekankan penggunaan tumbuhan renek dan menjalar berbunga pelbagai warna seperti Petunia spp., Ipomoea tricolor, Catharanthus spp dan sebagainya . Tiada sebarang pokok yang ditanam di laman ini kerana ruangan terhad. Cukup sekadar pohon mempelam yang tumbuh merendang di luar rumah untuk memberikan teduhan yang diperlukan untuk laman kecil ini.
Bila ditanya mengenai amalan penjagaan yang dilakukan, pemilik dengan mudah berkongsi tip untuk penjagaan laman. “ Kebiasaannya untuk penyiraman dan sebarang tujuan penjagaan asas akan dilakukan seawal 8.00 pagi kerana pada ketika itu, bunga-bunga masih belum berkembang. Bagi tujuan penyiraman pada waktu petang pula, saya akan lakukannya pada pukul 6.00 petang kerana pada ketika itu mentari sudah tidak terik. Ini dapat mengelak dari masalah batang pokok dari melecur,” Ulas pemilik berkongsi kaedah penyiraman yang betul kepada penulis.
Sebelum ini pemilik menggunakan teknik tradisional dalam menata taman hasil pengamatan pemilik terhadap cara penjagaan pokok yang diamalkan oleh ibunya. Ibunya kerap menggunakan tinja ayam dalam membekalkan baja kepada semua tanaman dan secara tidak langsung cara ini diamalkan oleh pemilik sekarang. Namun selepas perkongsian sesama rakan di dalam laman sosial, pelbagai keburukan penggunaannya dikenal pasti menyebabkan pemilik bertukar kepada penggunaan baja kopi. Pembajaan dilakukan bergantung pada jenis tumbuhan. Ada antaranya setiap satu minggu dan ada juga setiap dua minggu. Manakala untuk tambuhan yang sedang berbunga, penggunaan baja perlu dielakkan pada tempoh tersebut. Terang pemilik panjang lebar berkongsi ilmu sebelum kali mengakhiri pertemuan pada hari itu.