Sebelum ni, banyak kali dah Impiana kongsikan khasiat kulit pisang pada tanaman. Namun takut ada yang lupa dan mungkin ada yang tidak tahu, Impiana kongsikan lagi sekali khasiat dan kegunaan kulit pisang dari NorlieNature
Dari membazir buang ke dalam tong sampah, apa kata kita manfaatkan, banyak kebaikan kulit pisang sebenarnya tau
Kulit pisang sangat kaya dengan kalsium, magnesium, sulfur, potassium, fosphat dan sodium. Semua bahan ini sangat penting kepada tanaman dari segi pengeluaran akar yang banyak, menggalakkan pertumbuhan dan membantu dalam penghasilan bunga dan buah yang tinggi. Kulit pisang menjadi salah satu alternatif bahan baja organik yang murah dan mudah diperolehi. Bermaksud bukan sahaja boleh menikmati buahnya yang berkhasiat tetapi juga kulitnya boleh diolah semula menjadi zat makanan kepada tanaman.
1. Semburan baja
Ramai orang menggunakan kulit pisang sebagai pengganti baja kimia. Kulitnya yang sangat mudah terurai membolehkannya memberikan nutrien apabila digunakan sebagai semburan foliar. Foliar merupakan baja dalam bentuk cecair yang sering digunakan terus kepada daun tanaman. Cara membuat semburan tersebut mudah sahaja iaitu dengan menggunakan bahan seperti kulit pisang, garam, kulit telur. Campurkan semua bahan ke dalam air dan terus semburkannya kepada daun. Anda juga boleh mengisar semua bahan ini dengan menggunakan mesin pengisar.
2. Dijadikan nutrien dalam kompos
Kulit pisang merupakan antara elemen yang mudah untuk terbiodegradasi (dapat diuraikan atau direputkan melalui tindakan biologi oleh mikroorganisma seperti bakteria). Jadi salah satu cara terbaik ialah dengan menjadikannya sebagai timbunan kompos atau baja. Caranya ialah hanya cincang atau rendam kulit pisang terlebih dahulu dan uraian tersebut akan meningkatkan kandungan kalium dan fosforus dalam baja atau kompos anda.
3. Menyuburkan pokok tomato
Tomato adalah antara sayur yang mudah untuk dijaga tetapi untuk menjadikan tomato anda lebih subur, anda sebenarnya boleh menggunakan kulit pisang. Kandungan seperti kalium, besi dan kalsium yang terdapat dalam kulit pisang akan membolehkan tomato mendapatkan nutrien yang diperlukan sepanjang musim. Hanya letakkan dua kulit pisang di bahagian bawah dan tambahkan semula tanah untuk menutup kulit pisang tersebut. Anda juga boleh letakkan benih tomato di atas kulit pisang yang ditutupi dengan tanah tadi.
Ads
4. Baja benih
Memandangkan kulit pisang boleh menggalakkan pertumbuhan tumbuh-tumbuhan, jadi ia juga sangat baik dijadikan baja untuk benih. Caranya ialah dengan potong beberapa kulit pisang ke dalam kepingan kecil dan tanam ke dalam tanah, letakkan betul-betul di bawah lapisan atau di bahagian bawah bekas tanaman. Pastikan benih tidak menyentuh kulit pisang secara langsung pada masa penanaman kerana ia mungkin akan merosakkan akar kecil anak semaian.
5. Berikan khasiat kepada tanah
Anda boleh memberikan tanah anda lebih nutrien dengan hanya menanam kulit pisang ke dalam tanah. Gali tanah, letakkan kulit pisang dan tutup kulit tersebut dengan tanah yang sama. Lama-kelamaan kulit pisang tersebut akan mengeluarkan beberapa nutrien penting seperti besi, kalsium, kalium, dan fosforus.
6. Kawalan kepada serangga aphid
Potong kulit pisang atau gunakan pisang kering sepanjang satu hingga dua inci dan tanamkan di sekitar pohon yang dijangkiti aphid. Aphid adalah sejenis serangga kecil daripada keluarga Aphididae yang merosakkan tumbuh-tumbuhan dengan menghisap air daun, batang atau akarnya. Bau kulit pisang tersebut dikatakan akan membuatkan aphid akhirnya hilang daripada pokok tersebut. Selain itu, anda juga boleh hanya gantungkan kulit pisang pada pokok yang dijangkiti serangga aphid dan tidak lama kemudian insyAllah serangga tersebut akan hilang.
Ads
7. Cuka pisang
Tumbuh-tumbuhan berasid seperti tanaman taman, rhododendrons, beri biru dan azalea mendapat manfaat daripada semburan cuka pisang. Cuka boleh meningkatkan kuantiti asid dan kandungan besi di dalam tanah jika digunakan dalam jumlah yang sedikit. Hal ini membolehkan tumbuh-tumbuhan tumbuh dalam keadaan lebih baik dan mengeluarkan daun yang lebih sihat. Caranya ialah dengan mencampurkan kulit pisang, air dan cuka.
8. Menghasilkan air kaya mineral dan nutrien
Jika anda tidak mempunyai kawasan subur yang cukup untuk dijadikan baja, anda boleh ‘menciptanya’ sendiri. Hanya masukkan beberapa kulit pisang ke dalam baldi berisi air dan biarkan selama beberapa hari. Dalam masa beberapa hari selepas itu, anda akan mendapatkan air yang kaya dengan mineral serta nutrien dan boleh digunakan untuk tanaman anda.
9. Perangkap kepada serangga buah
Potong kulit pisang dan letakkannya di dalam bekas plastik dan tuangkan sedikit pati cuka epal ke dalamnya. Lubangkan penutup bekas plastik berisi semua bahan tersebut supaya serangga seperti lalat buah-buahan boleh masuk ke dalamnya dengan tujuan untuk memerangkapnya. Bau cuka dan pisang boleh menarik perhatian serangga tersebut untuk masuk ke dalam bekas yang akhirnya akan membuatkan mereka mati terperangkap di dalam cecair tersebut.
Ads
10. Menarik kehadiran kupu-kupu dan burung
Burung dan rama-rama berfungsi dalam proses pendebungaan. Dengan meletakkan kulit pisang masak atau mencincang kulit pisang dapat menggalakkan kehadiran burung dan kupu-kupu ke laman anda.
Rawat bena dengan rebusan cengkih. Memang banyak bahan dapur yang bermanfaat pada tanaman di kebun. Bagi yang mengamalkan konsep tanaman organik, cara ini yang paling tidak boleh diabaikan.
Menjelang musim hujan, tanaman mudah terancam kepada serangan perosak yang ramai geruni iaitu bena. Hal ini turut dihadapi dan dikongsikan cara penyelesaian mudah oleh Khairulazani Bin Hassan Sabery
Hari tu dah macam putus asa dah dengan pokok cili padi ni kena serangan bena dan parasit yang jenis sedut bendalir pokok tu.
Terima kasih yang bagi petua air semburan rebusan bunga cengkih. Memang menjadi. Sekarang dah berbunga dan berbuah dah
Saya share cara saya buat
Saya ambil segenggam bunga cengkih. Kemudian rebus dengan 1liter air. Rebus dalam tempoh 15 minit ke 20 minit Lagi lama, lagi bagus. Biarkan air rebusan sejuk semalaman. Lepastu esok sembur. saya buat air rebusan ni waktu malam
Sembur lak permulaan 2 kali sehari pagi petang selepas siram pokok. Saya amalkan 2-3 hari berturut-turut je..
selepas itu saya buat seminggu sekali jer dalam 2minggu …ni dah sebulan tak buat dah…alhamdulillah ok…ingat next week nak buat lagi…
P/S sembur secara rata tau…atas bawah depan belakangyg ada bena tu sembur kan
Atasi cabage warm dengan semburan rebusan cengkih
Sebelum ni IMPIANA pernah kongsikan khasiat bayam brazil atau juga dikenali dengan nama bayam sissol. Antaranya awet muda, menguatkan tulang dan pelbagai lagi. Sayuran jenis salad ni, memang sangat mudah untuk ditanam dan cepat membiak. Tapi ada satu masalah yang memang boleh buat semua orang patah hati iaitu ancaman perosak.
Seperti sayuran berdaun lain, antara serangga yang kerap ancam bayam brazil ni adalah cabbage worm. Kehadirannya memang sukar dikesan kerana ia kecil, warna sama seperti daun dan tak tahu bila waktu serangga ni aktif. Kehadirannya mudah dikesan apabila kelihatan butiran kecil berwarna hitam pada permukaan daun.
Kalau dibiarkan, boleh jadi botak pokok bayam brazil kita. Tapi, Siti Samsiah ada resepi racun organik untuk masalah ulat yang suka makan bayam brazil ni.
BAHAN-BAHAN:
1 sudu kecil bunga cengkih
1 liter air
CARA-CARA:
Rebus semua bahan dengan api sedarhana sampai mendidih. Saringkan air rebusan setelah disejukkan.
Masuk kan air rebusan tadi ke dalam botol semburan. tak perlu tambah air dan semburkan pada keseluruhan tanaman terutamanya pada bahagian bawah daun sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu. Untuk lebih berkesan, boleh buat semburan setiap hari.
Keindahan alam semula jadi sering kali dikaitkan dengan kecantikan pokok-pokok yang tumbuh dengan subur.
Dalam dunia tanaman, terdapat beberapa jenis pokok yang dikenali sebagai pokok yang mudah dijaga, yang mana memerlukan sedikit perhatian namun memberikan hasil yang memuaskan.
Daripada pohon tin yang tahan lasak hingga ke kaktus yang menakjubkan, terdapat pelbagai pilihan untuk penggemar tanaman yang ingin menanam dengan mudah dan subur.
Oleh itu, mari kita terokai beberapa pokok tumbuhan yang menyenangkan untuk dijaga dan memberi keserian kepada kecantikan alam sekitar kita.
Pokok Tin: Tin adalah pokok yang tahan lasak dan mudah dijaga. Ia tidak memerlukan banyak air dan boleh tumbuh dengan baik di tanah yang subur.
Pokok Herba: Herba seperti daun sup, daun pudina dan serai adalah contoh-contoh pokok yang mudah dijaga. Pokok ini biasanya tidak memerlukan banyak perhatian dan boleh tumbuh subur dalam pelbagai keadaan tanah.
3. Pokok Kaktus: Kaktus adalah pokok yang sangat tahan lasak dan memerlukan sedikit air. Ia boleh tumbuh dengan baik di dalam pasu kecil dan tidak memerlukan penyiraman yang kerap.
4. Pokok Kelapa Sawit: Pokok kelapa sawit adalah tanaman tropika yang sangat tahan lasak dan mudah dijaga. Ia tidak begitu memerlukan perhatian dan boleh tumbuh dengan baik di tanah yang subur.
5. Pokok Bambu: Bambu adalah pohon yang cepat berkembang dan tidak memerlukan banyak perawatan. Ia boleh tumbuh dengan baik di tanah yang lembap dan subur.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pokok berbuah lebat. Tapi, kenapa buahnya tak berapa sedap macam beli kat kedai ye? Baja dah macam-macam letak. Tapi hasinya sama je. RUpanya, bukan baja jawapannya, Cuba tabur garam. Ari tu aji no moto. La ni garam pula? Garam yang dimaksudkan bukan lah yang digunakan dalam masakan. Tetapi garam pertanian.
Nak tahu apa kebaikan garam epsom ni, Jom baca artikel perkongsian oleh Fig Farm yang dikongsikan di dalam FB page milik nya
1.Meningkatkan Percambahan Benih
Magnesium membantu percambahan benih dan membantu menguatkan dinding sel Benih
📍CARA GUNA:
1 cawan garam per 100 kaki persegi tanah
atau campuran 1 – 2 sudu gaul dgn tanah semaian
2. Meningkatkan Penyerapan Nutrien (Akar Pokok)
Banyak baja komersial menambah magnesium untuk membantu akar tumbuhan mengambil nutrien penting (nitrogen, fosforus, sulfur.) Bagi yang menggunakan bahan-bahan organik untuk memberi makan kepada pokok, sambil menambah Epsom garam kepada tanah akan meningkatkan penyerapan secara semula jadi.
📍CARA GUNA
1sudu 1pokok tabur pada tanah sekelilng pokok
3. Mengelak Transplant Shock (pokok terkejut selepas alih pasu @ ke tanah)
Sesekali selepas alih anak semaian atau pokok-pokok dari bekas kecil ke bekas besar dari Pasu ke tanah…Pokok akan layu (terkejut) kerana akar pokok mungkin tercedara ketika proses pengalihan tersebut untuk mengelak ini berlaku boleh guna Epsom salt
📍CARA GUNA:
Tabur Epsom salt ke sekeliling pokok selepas alih dan tutup semula dengan lapisan tanah
4. .Daun kekuningan
Tumbuh-tumbuhan yang tidak mendapat magnesium yang cukup boleh dikenal pasti dengan daun menguning mereka. Ini kerana magnesium merupakan komponen penting dalam pengeluaran klorofil. Cuba percikan Epsom garam sekitar tanaman anda untuk mendapat dedaun sihat.
📍CARA GUNA:
Tabur/ siram lebih kurang 1 sudu besar setiap pokok sebulan sekali akan memberi manfaat kepada tumbuh-tumbuhan di taman sayur-sayuran anda, serta mana-mana pokok, pokok renek, bunga dan rumput anda akan hijau semula
Kadar :Siraman 1sudu + 4ltr air 2minggu sekali
5. Elak Daun kerinting (POKOK CILI)
Mencegah Leaf Curling dengan Epsom Salt, daun kerinting disebabkan oleh kekurangan magnesium- dalam tumbuh-tumbuhan. Sekali lagi, tambah garam Epsom untuk tanah di sekeliling pangkal pokok yang sakit. Secara alternatif, untuk penyerapan yang lebih cepat anda boleh mencampurkan 2 sudu besar Epsom garam dalam segelen air dan siram terus kepada daun.
📍CARA GUNA :
2sudu + 4ltr air Siram pada daun sebulan sekali
6. Mengelak Perosak Tanaman
Elak Siput,ulat bulu, bena, boleh juga untuk mengelak jentik jentik didalam bekas hydroponic
Perlu diingat bahawa Epsom garam larut dengan mudah larut dalam air, hujan akan mencairkan epsom salt
📍CARA GUNA:
TABUR tempat yg bermasaalah
7. Manis Buah
Tabur Epsom Salt pada pokok buah-buahan ,pokok kacang, sayuran, dan anggur menggunakan kaedah sama dan kuantiti yang dinyatakan di atas untuk meningkatkan tahap klorofil dalam sel tumbuhan membolehkan pokok menghasilkan hasil buah yang manis.
POKOK ANGGUR Dan Pokok buah buahan
📍CARA GUNA
Kadar :Siraman 1sudu + 4ltr air 2minggu sekali
Tabur 1sudu setiap pokok 1bulan sekali
8. Baik untuk Pokok Tomato menjadikan buah lebih Manis
📍CARA GUNA:
2 sudu setiap 4ltr siram setiap 2 minggu.
9. Untuk Melebatkan Buah (CILI) Buah lebih besar, lebih pedas,
Pokok cili Perlu diberi magnesium setiap dua minggu untuk mencapai hasil yang lebih tinggi daripada buah-buahan yang lebih besar.
📍CARA GUNA:
Taburkan 1 sudu garam Epsom untuk setiap kaki persegi 2minggu sekali
10.POKOK ROSE lebih cantik Bunga lebih besar
Guna Epsom Salt untuk pokok lebih cantik, bunga lebih besar dan lebat, daun lebih gelap
Guna ketika awal penanaman , ketika Nampak pertumbuhan baru dan ketika bunga berkembang.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.