
Nak beli gerudi dinding atau drill boleh jadi keliru. Bukan sahaja macam-macam jenama yang ada di pasaran, pelbagai fungsi, kod dan jenis pun boleh buat anda pening kepala. Lebih-lebih lagi, bila anda sebenarnya bukan lah nak menukang beria-ia macam pro. Cukup sekadar nak tebuk dinding untuk gantung bingkai dan kegunaan asas.
En Azmi Moh berkongsi jenis drill yang sesuai dengan kegunaan asas di dalam group Tukang Apa Hari Ini.
Kalau kita tak biasa, memang pening nak beli DRILL ni, macam-macam jenis, macam-macam jenama, macam-macam kod, macam-macam fungsi.
Cadangan saya, kalau kita bukan tukang, hanya nak drill biasa-biasa untuk kegunaan rumah, pilih Hammer Drill, 700w keatas. Tak kisah jenama apa. Yang penting watt dia. Ia menunjukkan kekuatan Drill itu mampu bekerja. Walaupun jenama BOSCH, jika 600w, bercintalah nak boleh tebuk dinding simen. Dalam gambar ‘B’ 710w. Sedang molek lah.
Kalau tukang, kena adalah lah semua DRILL A,B&C. Fungsi dia berbez-beza. Daril Drill ‘A’ Rotary Hammer, Drill C, untuk kerja-kerja ringan, untuk pasang screw. Kerja-kerja kayu dan elektrik, sesuai lah. Sebab ia ringan dan tanpa wayar. Semoga bermanfaat.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
{VIDEO} Lukisan Mural Mula Jadi Tarikan. Betul Ke?

Seperti mana yang kita tahu kini, pengemar dekor rumah dah mula bijak dan ingin kelainan dalam menghias kediaman mereka. Mereka tidak lagi mahu rumah mereka nampak seperti rumah yang lain. Penggunaan kertas hiasan dinding bukan lagi pilihan mereka, lukisan mural mula menjadi tarikan kepada pemilik kediaman. Walaupun agak mahal berbanding kertas hiasan dinding, tidak menjadi masalah bagi mereka.
Kali ini IMPIANA ingin berkongsi sebalik apa itu lukisan mural untuk semua pembaca.
Lukisan merupakan salah satu istilah yang umum yang sering terdengar di telinga kita. Namun, apakah Anda sering mendengar istilah “Mural”.
Banyak orang yang sering melihat lukisan pada dinding yang ada di jalanan atau pun dinding bangunan. Bahkan beberapa diantara mereka juga sering melihat lukisan pada dinding-dinding rumah atau bangunan yang sudah tidak terpakai atau tidak berpenghuni.
Gambar atau lukisan yang anda lihat pada beberapa tempat yang telah disebutkan diatas merupakan sebuah mural. Hanya saja kebanyakan orang menganggapnya adalah gambar atau lukisan. Lalu, apa sebenarnya makna mural atau pengertian mural?
Apa itu Mural? Apa sebenarnya yang dimaksud dengan mural? Mural merupakan sebuah kata yang cukup asing di dengar bagi sebagian orang khususnya orang awam. Namun sebenarnya kebanyakan dari orang-orang tersebut sebenarnya telah melihat secara langsung apa itu mural.
Pengertian mural menurut bahasa iaitu mural berasal dari bahasa latin iaitu dari kata “Murus” yang bererti dinding. Secara luas pengertian mural adalah gambar atau melukis di atas media dinding, tembok atau media luas lainnya yang bersifat kekal.
Menariknya lukisan Mural ini sebenarnya. IMPIANA nak kongsikan satu video lukisan mural yang cukup memukau. Jika yang berhajat untuk membuat mural macam ni dalam rumah boleh la buat, pasti rumah anda akan nampak lain dan berbeza dengan yang biasa.
View this post on Instagram
Lukisan mural kini menjadi pilihan. Apa kata anda? @muhamad_baihaqi_ar
A post shared by mariam_shukor (@mariamshukor30) on
Sumber Video: Muhamad Baihaqi @aqistudio
Mesti dah ramai mula rasa macam nak menghias rumah kan bila dah tengok video ni, kalau nak shopping barang dekor dihujung jari anda klik ja link ni https://invol.co/cloqny
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Sempena Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina 2023, IKEA Malaysia Perkenalkan Koleksi Edisi Terhad FOSSTA Sebagai Penyeri

Seperti umum mengetahui, sambutan perayaan tahun baru Cina bagi tahun 2023 akan menjelang tiba tidak lama lagi. Jadi, sudah pasti ramai yang berasa teruja untuk meraikan sambutan perayaan yang sering kali diraikan pada awal pembukaan tahun baru.
Bagi menyemarakan lagi sambutan perayaan tahun baru Cina bagi tahun 2023, gedung kelengkapan rumah IKEA Malaysia kini telah memperkenalkan koleksi edisi terhad FOSSTA sebagai penyeri sambutan perayaan kali ini.
Untuk koleksi edisi terhad FOSSTA, IKEA Malaysia telah memperkenalkan corak yang bermotifkan pokok bunga Cherry Blossom atau lebih dikenali sebagai bunga Sakura.
Selain itu, sudah semestinya warna yang bertemakan rona merah telah menjadi pilihan utama untuk koleksi edisi terhad FOSSTA kali ini.
Antara barangan kelengkapan rumah koleksi edisi terhad FOSSTA yang diperkenalkan adalah sarung bantal, cadar katil, pinggan mangkuk dan banyak lagi.
Jadi, mari kita lihat bersama kesemua koleksi edisi terhad FOSSTA yang telah dilancarkan oleh IKEA Malaysia.
Untuk info lanjut serta pembelian, anda boleh layari laman sesawang di pautan www.ikea.com.my.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: Nak Beli ‘Wing Chair’ Tapi Tak Tahu Nak Pilih Mana Yang Sesuai? Ini Tips Untuk Anda!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Pelan Lantai Praktikal Sesuai Untuk Gaya Hidup Keluarga Moden

Pelan atau perancangan sesebuah kediaman yang seiring dengan gaya hidup mampu memberikan impak positif kepada penghuninya. Jalani kehidupan seharian dengan lebih selesa apabila tata rias kediaman yang menarik disuntik bersama praktikaliti pada setiap ruang di sanggar idaman anda.
Terletak di pinggir negeri Selangor, Kundang Estates merupakan salah satu perbandaran yang dibangunkan oleh Gamuda Land merangkumi kawasan berkeluasan 89 ekar. Dengan 573 unit kediaman, ia menawarkan sebuah pembangunan harmoni diilhamkan oleh gaya hidup keluarga moden.
“Anise” adalah rangkaian kediaman teres dua tingkat yang dilengkapi dengan 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Datang dengan rekabentuk yang moden, kediaman berkeluasan 1733 kaki persegi ini tampil dengan jalan ceritanya sendiri. Pereka dalaman yang bertanggungjawab menata rias kediaman ini telah mengambil kira gaya hidup keluarga moden yang aktif tetapi pada masa yang sama, suka meluangkan masa bersama-sama.
Melalui pintu masuk utama kediaman, terlihat sebuah ruang dengan pelan terbuka, dibahagikan kepada tiga kawasan iaitu ruang tamu, ruang makan dan juga dapur. Walaupun berada dalam satu lantai yang sama, setiap ruang tersebut telah di hias dengan menggambarkan persekitaran yang praktikal dan multi-fungsi dalam kediaman keluarga ini.
Di sini, susun atur perabot memainkan peranan penting dalam membahagikan setiap ruang. Contohnya, susunan sofa di ruang tamu membelakangi ruang makan menunjukkan dengan jelas bahawa ia merupakan dua ruang yang berbeza dengan penggunaan yang berbeza. Terdapat juga sebuah meja konsol diletakkan dibelakang sofa tersebut sekaligus menjadikannya sebuah sudut pelbagai guna yang memenuhi keperluan setiap ahli keluarga.
SATU PELAN, MULTI-FUNGSI
Ruang makan kediaman ini pula tampak sempurna dilengkapi sebuah set meja makan 6 kerusi berwarna hitam dengan deretan lampu gantung yang menyinari segenap ruang. Menariknya, di sini juga terletaknya rak buku yang dibina khas dengan pintu berupa papan hitam. Sesuai untuk digunakan anak-anak ketika sesi belajar mahupun untuk menyiapkan kerja sekolah. Ini bererti ruang makan ini bukan sahaja digunakan ketika waktu makan tetapi juga digunakan untuk sebagai ruang ulang kaji bagi si cilik.
Ruang makan dwi-fungsi ini terletak betul-betul di sebelah dapur bagi memudahkan pergerakan penghuninya selain dilengkapi dengan kaunter sarapan (breakfast counter) dua tempat duduk. Dari sudut ini, si ibu dapat memantau anak-anak dari jauh sambil menyediakan juadah buat keluarga tercinta.
PENGGUNAAN RUANG NEGATIF
Kebiasaanya, pemilik kediaman mungkin buntu dan tidak pasti bagaimana mahu menggunakan sepenuhnya ruang bawah tangga tanpa terlihat kosong dan hambar. Di kediaman ini, ruang tersebut telah mengalami transformasi penuh, menjadikannya sebagai sebuah sudut dengan fungsi yang tersendiri.
Sebuah bench atau kerusi panjang di bina bagi menambah kapasiti tempat duduk agar bisa digunakan ketika tuan rumah mengadakan majlis keramaian mahupun perjumpaan. Idea bijak ini juga telah digunapakai untuk sudut belakang pintu masuk utama kediaman ini.
Terdapat sebuah rak kasut bersama tempat duduk yang ditempah khas (custom made) bagi memudahkan para tetamu dan juga tuan rumah. Elemen seperti ini bukan sahaja membuatkan kediaman tampil menarik taetapi juga dapat memastikan setiap ruang sentiasa dalam keadaan yang kemas dan bersih. Sekaligus memudahkan tugas-tugas pembersihan untuk pemilik.
IDENTITI KAMAR TIDUR
Dari kebanyakan ruang yang terdapat di sesebuah rumah, bilik tidur merupakan ruang yang paling peribadi. Walaupun ia mungkin tidak akan terlihat langsung oleh tetamu anda, bilik tidur juga berhak untuk diberikan perhatian. Inilah yang digambarkan dalam kediaman ini apabila setiap kamar tidur dihias dengan memberi sepenuh perhatian pada setiap kemasan dan perincian.
Penggunaan rona neutral bertona gelap masih lagi dikekalkan di bilik tidur utama, sama seperti ruangan di tingkat bawah. “Mood” atau persekitaran berkonsepkan moden kontemporari ini dapat membangkitkan perasaan tenang dan nyaman ketika sedang berehat.
Lain pula halnya untuk bilik tidur anak perempuan dan lelaki kerana masing-masing mempunyai kegemaran dan kecenderungan yang tersendiri. Bersesuaian dengan usia yang sedang meningkat remaja, penggunaan warna pastel yang lembut dan tidak terlalu terang telah menjadi pilihan untuk bilik anak gadis. Manakala untuk adik lelaki pula, suasa lebih ceria dan bertenaga telah diterapkan dengan penggunaan kertas dinding bercorak serta beberapa percikan warna-warna terang seperti merah dan kuning.
+ INFO KEDIAMAN
Jenis Kediaman: Rumah teres dua tingkat
Konsep: Moden
Keluasan: 1733 kaki persegi
Spesifikasi: 4 bilik tidur, 3 bilik air
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI