
Daun sup, daun bawang, daun ketumbar herba berdaun yang memang tak tahan lama. Tapi kalau beli, susah nak jumpa sikit-sikit. Kebanyakkanya, jual satu ikat dalam 5-4 pokok. Menjadi masalah, bukannya habis dipakai. Kebiasaanya, rosak begitu sahaja. Sebab itu, ramai yang ambil langkah simpan di bahagian sejuk beku. Namun, ada sesetengah masakkan, ia mementingkan bukan sahaja rasa, malah kesegaran daunan herba ini.
Puan Noor Hafiza Mohamad, punya teknik tersendiri untuk menyimpan herba berdaun ini lebih-lebih lagi jenis daun ketumbar yang boleh tahan segar lebih dari 1 bulan tanpa perlu dibekukan.
Kat rumah sis wajib ada daun ketumbar ni untuk perasa dan hiasan dalam nasi ayam, sup, tom yam dan kerabu ala Thai . Jadi, kenalah buat stok. Malas pulak nak ke kedai runcit setiap kali nak masak.
Oh ye, ada yang suka simpan dalam freezer dengan cara masukkan dalam bekas kiub ais dan ada yang masukkan dalam plastik aiskrim supaya jimat ruang. Sis tak guna cara ni sebab nak kan daun yang segar buat hiasan atas makanan.
Sis pula lebih pentingkan bentuknya, guna container macam ni lebih praktikal bagi sis. Bekas pon senang nak basuh dan keringkan. Sis dah guna beg ziplock. Tak serasi, leceh nak basuh dan lambat kering.
Cepat Nyah Beku Dan Mudah Digunakan, Simpan Daging Kisar Macam ni

Nak masak, makanan yang memerlukan abhan seperti daging dan ayam meamng ambil masa jika bahan tersebut belum di nyahbeku terlebih dahulu. Tapi, segalanya tak mustahil. Sebelum ni, Impiana pernah kongsikan cara menyimpan ketulan ayam untuk mudah disimpan, diambil mengikut keperluan dan cepat dinyahbeku. Kali ni, Yatie Eimra berkongsi cara mudah dan cepat untuk nyahbeku daging kisar.
Baca juga: Simpan Daging, Ayam, Ikan Dan Udang Macam Restoran Mudah Dan Cepat “Defrost”
Daging kisar camni, biasanya saya guna sebagai rencah je dalam masakan sayur, dan lain-lain. Korang pernah tak alami masalah nak guna sikit je, tapi terpakse defrost semua sekali. Bukan setakat amek masa nak defrost, tapi bila kerap defrost & freeze semula ni buatkan daging kisar cepat rosak dan galakkan pembiakkan bakteria gak.
Sebelum ni, lepas beli saya simpan dalam freezer jap sampai separa beku, lepas tu potong kiub. Tapi masalahnya, bila terlupa dah beku terus
Sekarang ni lepas beli, saya terus masukkan daging kisar dalam ice tray macam ni. Kat rumah ni, memang ada bermacam-macam jenis ice tray untuk fungsi yang berbeza-berbeza. Ada yang khas untuk ais, untuk daging kisar, untuk puri buah² bayi, lom lagi broth bagai
Boleh guna silicone ice tray bertutup macam ni lebih mudah untuk di tanggalkan dari bekas. Yang penting, ia bertutup. Jadi, lebih bersih dan tiada risiko pencemaran. Murah je kat kedai shopee ni. Klik link yang disesiakan https://invol.co/cl9ls54
Ice tray jenis ni takde penutup, jadi saya balut dengan cling wrap dulu supaya daging tak kena udara sejuk secara terus dan jadik kering. Bila dah beku nanti, pindahkan je masuk bekas. Bila nak guna, ambil je ikut kuantiti yang nak guna
Beli Hartanah Tapi Tak Boleh Pindah Milik Nama Anda? Peguam Ini Kongsi Cara Yang Boleh Anda Buat

Banyak kita baca di dada akhbar tentang keluh kesah yang dialami oleh ramai pembeli rumah subsale. Bahagian pinjaman serta urusan pembayaran sudah diuruskan, tetapi timbul pula permasalahan tentang kesulitan penukaran nama pemilik daripada pemilik lama kepada yang baharu.
Isu ini telah dikupas oleh Timbalan Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam), En Salkukhairi Abd Shukor. Ikuti perkongsiannya agar pemilik kediaman di luar sana dapat pencerahan secara lengkap bagaimana untuk menguruskan pindahmilik nama hartanah.
1. Biasa berlaku, sesuatu hartanah yang dibeli kadang-kadang tidak dapat dipindah milik kepada nama pembeli.
Perkara ini mungkin disebabkan oleh:
i. Terdapat syarat tersirat daripada pihak berkuasa negeri yang menghalang ianya dipindahmilik dalam tempoh-tempoh tertentu misalnya 5 tahun atau 10 tahun (contoh : tanah yang baru diberi milik oleh kerajaan negeri, tanah kurnia, perumahan PR1MA dan lain-lain),
ii. Tidak mendapat kelulusan kebenaran pindah milik (consent) daripada kerajaan negeri atas sebab-sebab tertentu (contoh : belum cukup tempoh tertentu, jual daripada Melayu kepada bukan Melayu dan lain-lain),
iii. Terdapat sekatan undang-undang yang menghalang pindah milik ke atas bahagian yang tidak boleh dipecah bahagi (contoh: beli sebahagian tanah geran kongsi),
iv. Terdapat sekatan undang-undang yang menghalang pindah milik sesuatu tanah dilakukan (contoh : beli tanah yang tertakluk kepada Akta GSA seperti tanah FELDA dan sebagainya)
2. Sekiranya anda menghadapi masalah di atas, apakah solusi alternatif yang boleh dilakukan untuk melindungi hak dan kepentingan anda sebagai pembeli?
Antara solusi alternatif yang boleh dilakukan adalah :
i. Lantik peguam hartanah yang berpengalaman,
ii. Peguam hartanah akan sediakan Surat Wakil Kuasa Penuh (Full PA), di mana melalui Full PA tersebut tuan tanah memberikan kuasa penuh kepada pembeli untuk menguruskan dan melakukan segala apa yang perlu berkaitan tanah tersebut seolah-olah pembeli adalah pemilik kepada hartanah tersebut, dengan syarat pembeli hendaklah menjelaskan keseluruhan harga jual beli kepada tuan tanah melalui peguam selaku stakeholder.
iii. Peguam akan daftar PA di Mahkamah Tinggi dan Pejabat Tanah.
iv. Jika perlu dan bersesuaian, peguam juga akan sediakan dokumen-dokumen tambahan seperti Perjanjian Tambahan, Surat Ikatan Amanah dan lain-lain,
v. Melalui peguam yang dilantik, pembeli akan masukkan kaveat persendirian ke atas hartanah tersebut untuk melindungi hak dan kepentingannya.
Walau bagaimanapun, solusi alternatif yang saya nyatakan di atas hanyalah secara umum sahaja. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan proper legal advice daripada Peguam hartanah anda kerana setiap kes mungkin berbeza antara satu sama lain.
Cuma PERLU DIINGATKAN, solusi alternatif di atas hanyalah BERSIFAT SEMENTARA SAHAJA sehingga urusan pindahmilik dilakukan.
Perlu juga diingatkan, selagi belum dipindahmilik kepada nama anda, anda masih TETAP BERHADAPAN DENGAN RISIKO. Ini kerana Kanun Tanah Negara hanya mengiktiraf pendaftaran pindah milik sebagai bukti yang tidak boleh disangkal terhadap hak pemilikan sesuatu hartanah. Jadi nak tak nak, perlu juga diusahakan agar ianya di pindah milik kepada nama anda.
Sekian, terima kasih.
SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Timbalan Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)
Tip Pilih Sofa Kulit Untuk Kediaman Dengan Tema Dekorasi Klasik

Tip pilih sofa kulit untuk kediaman dengan tema dekorasi klasik. Sofa kulit asli merupakan salah satu perabot yang menjadi kegemaran ramai kerana ia nampak elegan dan tahan lasak. Kehadiran sofa kulit mampu memberikan kesan mewah dan klasik pada masa yang sama kepada bilik di rumah.
Bagaimanapun, memilih sofa kulit tulen yang sesuai untuk dalaman rumah klasik boleh menjadi tugas yang mencabar, kerana jika tersalah pilih sofa, maka kesannya bilik akan kelihatan lebih sempit dan tidak selesa.
Berikut dikongsikan tip bagi membantu anda memilih sofa kulit tulen yang betul untuk kediaman dengan tema dekorasi klasik.

PILIH WARNA YANG PADAN DENGAN INTERIOR RUMAH KLASIK
Warna sofa kulit tulen yang anda pilih mestilah sepadan dengan warna dalaman rumah klasik anda. Untuk dalaman rumah klasik, warna seperti coklat gelap, hitam, merah tua dan hijau tua akan kelihatan sangat sesuai. Warna-warna ini akan memberikan bilik anda rasa klasik, hangat dan elegan.
PERTIMBANGKAN SAIZ SOFA
Mengukur ruang dengan model dan saiz sofa kulit yang akan anda beli adalah salah satu faktor yang paling penting. Anda boleh mengukur ruang di rumah anda terlebih dahulu sebelum membeli sofa kulit, supaya apabila anda memutuskan untuk membeli sofa, anda sudah tahu saiz yang sesuai.

Saiz sofa juga perlu dipertimbangkan apabila memilih sofa kulit tulen untuk dalaman rumah klasik. Pastikan sofa yang anda pilih adalah saiz yang sesuai untuk ruang yang ingin diletakkan sofa tersebut. Jangan pilih sofa yang terlalu besar sehingga menyebabkan ruang tersebut kelihatan sempit dan tidak seimbang.
BERI PERHATIAN KEPADA BUTIRAN REKA BENTUK
Reka bentuk sofa kulit tulen yang betul untuk dalaman rumah klasik adalah reka bentuk yang mempunyai perincian yang menarik dan elegan. Pilih sofa dengan bingkai kayu yang cantik dan ukiran halus. Butiran seperti kaki sofa melengkung atau tempat letak tangan berpusing mampu menambah sentuhan klasik pada bahagian dalam rumah anda.
PASTIKAN KUALITI KULIT TULEN YANG DIGUNAKAN
Kualiti kulit tulen adalah faktor penting untuk dipertimbangkan apabila memilih sofa kulit untuk dekorasi rumah klasik. Pastikan kulit yang digunakan adalah kulit asli yang berkualiti tinggi dan tahan lasak. Anda juga boleh menyemak sama ada kulit telah melalui proses penyamakan yang baik supaya ia kekal tahan lama dan tidak mudah rosak. Selain itu, pilih sofa dengan bingkai yang kukuh dan kukuh untuk menjadikannya lebih tahan lama untuk digunakan.

SESUAIKAN DENGAN BAJET ANDA
Akhir sekali, pastikan pilihan sofa kulit tulen yang ingin dibeli mengikut bajet anda. Sofa kulit tulen berkualiti tinggi biasanya mempunyai harga yang mahal. Namun, jangan korbankan kualiti untuk harga yang lebih rendah. Pilih sofa kulit asli yang berkualiti dan sesuai dengan bajet anda.
Kesimpulannya ketika memilih sofa kulit tulen yang betul untuk dekorasi dengan tema klasik, adalah sangat penting untuk mempertimbangkan faktor seperti warna, saiz, reka bentuk, kualiti kulit dan bajet. Dengan memberi perhatian kepada faktor-faktor ini, anda boleh memilih sofa kulit tulen yang betul untuk menjadikan dekorasi kediaman anda yang bertemakan klasik lebih elegan, hangat dan selesa.
Kredit foto (top image): Pexels
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.