Berkebun memamng mudah, namun untuk menguruskannya memerlukan cabaran. Cabaran bukan sekadar tenaga, malah masa untuk memastikan kebun yang diusahakan mengelurkan hasil tidak putus. Seperti yang dilakukan oleh seorang pengurus kewangan dan perolehan, En. Mohd Khaironnie 33 tahun dari Bukit Durian, Melaka. Kebun yang berkeluasan 20×20 kaki persegi terletak di belakang kediaman keluarganya 3 tahun lepas dipenuhi dengan semak. Namun, En. Mohd Kahironnie menjadikan ruang tersebut sebagai gelangang hobi. Hasilnya, dikongsi bersama jiran tetangga. Walaupun sibuk disiang hari dengan tututan kerja di pejabat dan hujung minggu sebagai juru gambar sambilan, En. Mohd Kahironnie tetap meluang kan masa di kebunya walaupun seminit.

Posted by Ronie Raisman on Monday, 10 September 2018

Selain itu juga, En. Mohd Kahironnie turut berkongsi TIP BERKEBUN untuk memastikan kebun yang diusahakan berjaya dan mengeluarkan hasil tidak henti. Antaranya:

1. Pastikan Anda dapat memperuntukan masa walaupun hanya beberapa minit setiap hari untuk melihat,menjaga,menyiram,membaja, menanam,membuat baja organik serta memperkemaskan kebun dari semasa ke semasa.

2. Amalkan pengiraan hari tuaian setiap jenis tanaman yg ditanam. Ianya adalah untuk saya dapatkan hasil tuaian yang silih berganti. (tambahan untuk memastikan gambar yang diambil juga cantik)

3. Tanam apa yang dimakan & mudah untuk dijaga dan memberikan hasil yang lumayan

4. Semai menggunakan tray semaian atau batas semaian dengan menggunakan medium campuran tanah bakar +top soil(tanah merah) + sabut (sebagai penyimpan air).

5. Selalu berkongsi-kongsi rezeki yang diperolehi. Hasilnya, apa yang diterima berlipat kali ganda. Sebab itu, hasil di kebun ini sentasa menjadi dan tidak pernah putus

6. Apabila daun matang telah keluar atau mempunyai 4 daun ( lebih kurang dalam 2 minggu dari semaian) boleh dialihkan ke tapak tanaman utama. susun semula anak pokok untuk proses tumbesaran.

7. Untuk batas tanaman gunakan campuran tanah bakar + topsoil + pasir + sabut + tinja ayam (kering telah diproses). gaulkan medium tanah tu & biarkan seminggu dengan siraman agar tinja ayam sebati dengan tanah.

8. Untuk memastikan tanaman sentiasa segar dan tumbuh sihat, siraman perlu dilakukan secara rutin sekurang-kurangnya 2 kali sehari terutamanya untuk tanaman jenis berdaun seperti sawi

9. Untuk pembajaan, Gunakan campuran baja organik yang banyak dikongsikan di dalam laman sosial seperti MOl ikan, MOL kangkung, Sisa sayura, Baja roti, Telur, Yakult dan sebagainya. Selain itu juga, boleh gunakan baja AB

IKLAN

10. Untuk kawalan serangga, gunakan campuran bawang dan cili padi untuk menghasilkan racun serangga organik. Semburkan pada tanaman sekurang-kurangnya seminggu sekali. Selain itu juga, untuk kawalan biologi, tanaman pokok atau tanaman seperti Daisy

IKLAN

IKLAN