Penghuni Flat ‘Hoarder’ Letak Barang-barang Sepanjang Koridor Sampai Ke Tangga

Penghuni flat ‘hoarder’ letak barang-barang sepanjang koridor sampai ke tangga. Satu video yang dikongsikan oleh seorang penghantar makanan telah menimbulkan pelbagai reaksi serta persoalan daripada warga maya. Rakaman tersebut memperlihatkan keadaan sebuah koridor flat yang penuh dengan pelbagai barangan tidak digunakan hingga mengganggu laluan penghuni.

Penghuni Flat ‘Hoarder’ Letak Barang-barang Sepanjang Koridor Sampai Ke Tangga

Video berkenaan dimuat naik oleh Hazim Asyraaf di Threads, ketika dia sedang menghantar pesanan makanan. Menurutnya, dia terkejut sebaik melihat koridor yang dipenuhi dengan barangan dipercayai milik seorang individu yang menghidap Hoarding Disorder atau lebih dikenali sebagai ‘hoarder’.

Penghuni Flat ‘Hoarder’ Letak Barang-barang Sepanjang Koridor Sampai Ke Tangga Penghuni Flat ‘Hoarder’ Letak Barang-barang Sepanjang Koridor Sampai Ke Tangga Penghuni Flat ‘Hoarder’ Letak Barang-barang Sepanjang Koridor Sampai Ke Tangga

Dalam rakaman itu kelihatan barangan terpakai seperti kerusi lama, helmet, tayar motosikal, kotak serta kotak gabus kosong yang ditindan sepanjang koridor sehingga ke tangga. Situasi tersebut menimbulkan persoalan orang ramai, “Macam mana eh duduk sebelah rumah hoarder?”

 

View on Threads

 

Hantaran Hazim segera menarik perhatian warganet yang rata-rata berasa ‘terseksa’ melihat keadaan barangan tidak terurus itu. Malah ada yang tertanya-tanya sama ada pihak berkuasa tempatan sudah menerima aduan daripada penghuni flat tersebut.

Ads

Penghuni Flat ‘Hoarder’ Letak Barang-barang Sepanjang Koridor Sampai Ke Tangga Penghuni Flat ‘Hoarder’ Letak Barang-barang Sepanjang Koridor Sampai Ke Tangga Penghuni Flat ‘Hoarder’ Letak Barang-barang Sepanjang Koridor Sampai Ke Tangga

 

Seorang pengguna media sosial yang mengakui tinggal di kawasan terbabit turut meluahkan rasa terganggu kerana masalah itu telah berlarutan sejak lama. Menurutnya, “penghuni rumah itu sudah menyimpan barangan sejak sekian lama. Malah katanya, bukan satu tetapi ada juga penghuni lain yang ‘hoarder’ sehingga menyimpan peti ais terpakai.”

Berikut antara komen-komen warga maya:

Ads

Penghuni Flat ‘Hoarder’ Letak Barang-barang Sepanjang Koridor Sampai Ke Tangga Penghuni Flat ‘Hoarder’ Letak Barang-barang Sepanjang Koridor Sampai Ke Tangga Penghuni Flat ‘Hoarder’ Letak Barang-barang Sepanjang Koridor Sampai Ke Tangga

 

Kesimpulannya, keadaan barangan terkumpul di koridor flat itu bukan sahaja mencacatkan pemandangan, malah menimbulkan rasa tidak selesa kepada penduduk lain. Warganet berharap isu sebegini dapat ditangani segera agar kesejahteraan serta keselamatan bersama tidak terjejas.

Sumber: Threads

Ads

Baca artikel lain juga: Tip Spring Cleaning Elak Jadi Hoarder 

Elak Rumah Anda Jadi Sarang Hoarder: Panduan Praktikal Untuk Ruang Yang Teratur

 

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di

KLIK DI SEENI
Dapatkan tip dekorasi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads