
Elak sebelum dijangkiti! Penularan demam influenza yang semakin meningkat akhir-akhir ini memang membimbangkan. Pencegahan influenza perlu diutamakan oleh setiap pemilik kediaman untuk melindungi keluarga daripada risiko jangkitan.
Demam influenza (flu) merupakan penyakit pernafasan berjangkit yang disebabkan oleh virus influenza, yang menjejaskan hidung, tekak, dan paru-paru. Penyakit ini merebak melalui titisan pernafasan ketika batuk, bersin, atau bercakap, serta melalui sentuhan dengan permukaan tercemar. Gejalanya termasuk demam, batuk, sakit tekak, sakit otot, dan keletihan.

Ramai dijangkiti virus ini tanpa mengira peringkat umur, bayi, kanak-kanak, dewasa mahupun warga emas. Oleh itu, sebagai langkah berjaga-jaga, berikut adalah tip pencegahan influenza yang boleh diamalkan di rumah untuk memastikan kebersihan dan kesihatan keluarga sentiasa terjamin.
Langkah Pencegahan Influenza di Kediaman
1. Kerap Cuci Tangan
Gunakan sabun dan air sekurang-kurangnya 20 saat. Letakkan hand sanitizer (minimum 60% alkohol) di pintu masuk dan ruang utama rumah.
2.Lakukan Pembersihan Permukaan Harian
Bersihkan pemegang pintu, suis lampu, meja, alat kawalan jauh, telefon dan sinki menggunakan disinfektan. Gunakan tisu basah anti-virus atau semburan disinfektan rumah.

3. Elak Berkongsi Barangan Peribadi
Jangan kongsi tuala, sudu, cawan atau alat penjagaan diri walaupun sesama ahli keluarga.
4. Pastikan Pengudaraan Baik
Buka tingkap setiap hari untuk menukar udara dalam rumah. Guna penapis udara (air purifier) jika mampu untuk meningkatkan tahap kebersihan udara dan pencegahan influenza.
5. Cuci Pakaian & Cadar Lebih Kerap
Tukar cadar dan sarung bantal seminggu sekali (lebih kerap jika ada ahli sakit). Basuh pakaian pesakit secara berasingan untuk mengelakkan penyebaran virus.

6. Galakkan Pemakaian Pelitup Muka Dalam Rumah
Jika ada yang bergejala, minta mereka pakai pelitup muka apabila keluar dari bilik untuk langkah pencegahan influenza tambahan.
7. Kuarantin Ahli Keluarga Yang Dijangkiti
Asingkan mereka ke bilik berasingan jika boleh. Sediakan tisu, tong sampah bertutup, ubat dan bekalan sendiri dalam bilik.
8. Sokong Sistem Imun
Makan makanan berkhasiat, tidur cukup dan kekal hidrat. Galakkan pengambilan vitamin C dan probiotik secara semula jadi bagi menyokong pencegahan influenza dari dalam.

Tip Kebersihan Rumah Untuk Elak Influenza
1. Disinfeksi Permukaan Sentuhan Tinggi (Harian)
Bersihkan pemegang pintu, suis lampu, alat kawalan jauh, pemegang peti ais, sink dan tandas. Gunakan disinfektan berasaskan alkohol atau peluntur yang selamat untuk digunakan di rumah.
2. Sediakan Tisu & Tong Sampah Bertutup
Letakkan tisu di ruang tamu, bilik tidur dan dapur. Gunakan tong bertutup untuk membuang tisu selepas digunakan bagi mengelakkan penyebaran virus.

3. Kerap Tukar & Basuh Kain Lap & Mop
Elak guna kain lap basah berulang kali tanpa dibasuh. Gunakan air panas dan sabun untuk cucian yang lebih bersih dan berkesan.
4. Pastikan Lantai Bersih Setiap Hari
Sapu dan mop kawasan utama menggunakan cecair pembasmi kuman. Elak rumah berdebu kerana virus boleh melekat pada habuk.

5. Pembersihan Fabrik
Basuh cadar, tuala dan pakaian dengan air panas (jika sesuai). Elakkan berkongsi selimut, bantal atau tuala bagi pencegahan influenza yang lebih baik.
6. Kekalkan Udara Bersih
Buka tingkap setiap hari untuk pengudaraan. Gunakan penyegar udara antibakteria atau diffuser dengan minyak pati seperti eucalyptus, tea tree, dan lemon.
7. Cuci Mainan & Permukaan Anak-Anak
Lap dan cuci mainan yang sering digunakan, terutama yang diperbuat daripada plastik. Bersihkan tempat anak bermain setiap hari bagi mengekalkan persekitaran bebas virus.

IMPIANA: Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada pemilik kediaman untuk mengamalkan rutin kebersihan dan langkah pencegahan influenza yang berkesan di rumah.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Mesti Baca: 6 Sebab Kenapa Rumah Bersih, Badan Pun Sihat!
Baca Lagi Di Sini: Tip Kebersihan Di Bilik Mandi Yang Masih Ramai Terlupa Nak Buat
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di




