Bagi penggemar kopi, pasti akan tersenyum lebar dengan rasa baru dari Nespresso ini. Hidup anda lebih bermakna dengan rasa yang cukup mengujakan pencinta kopi diluar sana.
Nespresso telah bekerjasama dengan Johanna Ortiz, seorang pereka fesyen dari Colombia untuk mempesonakan para peminat kopi dengan pelancaran koleksi Festive pada tahun ini yang diilhamkan daripada hutan.
Berbekalkan inspirasi kecantikan dan misteri hutan semula jadi, koleksi ‘Gifts of the Forest’ daripada Nespresso mempamerkan dedikasi jenama tersebut terhadap persekitaran yang amat berharga di mana kopi ditanam. Koleksi ini menampilkan rangkaian kopi edisi terhad, bersama aksesori bertemakan perayaan, menjadikannya pilihan hadiah menarik buat keluarga dan rakan-rakan. Peminat kopi juga boleh memberi hadiah tersebut dengan senang hati pada musim perayaan ini kerana Nespresso akan menyumbang semula kepada hutan, melalui inisiatif jenama tersebut yang menjangkaui komitmen perhutanan taninya dengan membantu melindungi 10 juta batang pokok di Amazon.
Bagi menghasilkan koleksi edisi terhad tersebut, Nespresso telah bekerjasama dengan pereka fesyen mewah dari Colombia, Johanna Ortiz, untuk menghasilkan beberapa rekaan inovatif yang mengadunkan unsur-unsur alam semula jadi dengan kelestarian untuk membawa pencinta kopi melangkah ke dunia perayaan Nespresso.
Johanna Ortiz berkata, “Bagi saya, rekaan dan alam semula jadi amat serasi dan inilah sebabnya kolaborasi ini cukup bermakna buat saya. Kopi Colombia juga amat istimewa buat saya dan sebagai penyokong kuat usaha menangani perubahan iklim, usaha sama ini amat bermakna kerana Nespresso mengambil inisiatif yang melebihi komitmen perhutanan taninya dengan menyokong perlindungan 10 juta pokok di Amazon. Semasa menghasilkan koleksi ini, saya telah merakamkan keindahan hutan dalam setiap rekaan, dengan menggabungkan sudur hutan yang kaya dengan tona warna bumi yang gelap. Pengalaman ini merupakan satu proses dan usaha sama hebat yang amat menyeronokkan buat saya.”
Terokai rangkaian kopi Forest Variations Nespresso
Dari buah-buahan ke sudur hutan yang dihiasi pelbagai spesis pokok, rangkaian kopi Festive tahun ini menampilkan dua kopi berperisa dan satu kopi hitam.
Temukan aroma misteri Forest Black
Sudur hutan melitupi kopi Forest Black untuk melindungi aroma yang tersembunyi di dalam setiap biji kopi. Temui keunikan campuran kopi yang ditanam di bawah teduh dari Colombia dan beberapa lokasi lain. Espresso yang pedas dengan aroma kayu eksotik akan membawa tunas rasa anda meneroka pendalaman hutan.
Nikmati rasa buah beri Hutan dengan perisa Forest Fruit
Seperti permata yang menghiasi lantai hutan, buah-buahan hutan adalah hadiah daripada pokok kepada kita. Aroma buah beri menyerikan espresso berperisa ini manakala karakter biji kopi Arabica dari Amerika Selatan menyuntik rasa pastri manis yang menimbulkan suasana perayaan.
Raikan khazanah pokok dengan perisa Forest Almond
Forest Almond adalah perisa kegemaran peneroka hutan musim ini. Dengan perisa kekacang manis yang diadun sempurna dengan biji kopi Arabica dari Amerika Selatan di dalam espresso ini, bersedialah untuk menemukan rasa badam yang digabungkan dengan vanila dan sedikit rasa buah-buahan di dalam karakter bijirin halus kopi ini.
Cipta kelainan dengan Kopi Nespresso eksklusif dari koleksi Gifts of the Forest
Peminat Nespresso boleh memberi kejutan dan menggembirakan para tetamu dengan resipi kopi Gifts of the Forest yang lazat, direka khas untuk menghasilkan pengalaman deria yang lebih hebat. Setiap resipi kopi telah diatur oleh Nespresso untuk disesuaikan dengan koleksi Gifts of the Forest, menggabungkan rasa alam semula jadi dan sofistikasi di dalam setiap gelas. Untuk pelbagai inspirasi kopi, layari https://www.nespresso.com/recipes/my/en/recipes.html.
Untuk meraikan musim perayaan yang mengujakan ini, Nespresso akan mengadakan acara umum di Pavilion Kuala Lumpur, Connection, Level 3 dari 17 November 2021 hingga 2 Januari 2022. Para pencinta kopi boleh menikmati musim perayaan ini dengan merasai kopi Nespresso Forest Variations edisi terhad dan dapatkan kit penanam DIY eksklusif untuk semua pembelian mesin di acara tersebut.
Untuk pembelian Nespresso Capsules 10’s – Master Origin/ Barista Creations boleh KLIK DISINI
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI