Myra Saujana adalah pembangunan perbandaran Myra yang pertama menjalinkan perkongsian dengan Maybank Islamic HouzKEY
Memiliki sebuah rumah adalah matlamat setiap insan, tetapi pembelian rumah tidaklah semudah yang disangkakan. Bagi mengatasi cabaran yang dihadapi dalam pasaran, peneraju pemaju Myra telah bekerjasama dengan Maybank Islamic bagi menawarkan penyelesaian alternatif pemilikan rumah yang dapat dimanfaatkan oleh pembeli rumah pertama.
HouzKEY, penyelesaian pembiayaan rumah yang diperkenalkan oleh Maybank Islamic menawarkan pembeli rumah pertama kelebihan seperti pembiayaan 100%, tiada bayaran sepanjang pembinaan dan bayaran bulanan paling rendah.
“Salah satu isu utama sebelum bergelar pemilik rumah adalah kos permulaan yang tinggi dan kemampuan pinjaman yang diperlukan oleh pemilik rumah. Dengan HouzKEY, keluarga dapat memiliki rumah sendiri tanpa perlu membayar 10% pendahuluan daripada harga rumah, sekali gus menjadikan pemilikan rumah lebih mudah untuk rakyat Malaysia, “kata Wendy, Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran Myra.
Terletak di Sungai Merab, Kajang, Selangor, Myra Saujana adalah pembangunan perbandaran Myra pertama yang akan menjalinkan perkongsian dengan HouzKEY. Pemilik rumah HouzKEY boleh membeli rumah Superlink dua tingkat (2,338 – 2,370 kaki persegi) pada harga RM698,000 atau anggaran bayaran bulanan sebanyak RM1,500 sebulan berbanding dengan harga RM2,489 sebulan. Tambahan lagi, pemilik rumah HouzKEY yang berminat untuk mencari rumah bertanah yang lebih besar untuk keluarga mereka boleh memilih rumah berkembar dua tingkat sebagai rumah idaman pada harga RM1.03 juta atau anggaran bayaran bulanan sebanyak RM2,230 sebulan berbanding dengan harga RM4,489 sebulan.
Ads
.
Pengarah Urusan Maybank Real Estate Venture, Sally Lye Saw Im berkata, “HouzKEY menyediakan peluang kepada rakyat Malaysia untuk memiliki kediaman impian mereka dengan menawarkan pembiayaan 100% dan tiada pembayaran sepanjang tempoh pembinaan. Kami memahami cabaran dan halangan yang pernah dihadapi oleh pembeli rumah pada masa lalu. Sebagai organisasi yang menjadi nadi kepada masyarakat, kami berharap pengenalan HouzKEY mampu menjadi penyelesaian bagi rakyat Malaysia dalam perjalanan mereka untuk memiliki sebuah kediaman.
Ads
Myra Saujana memberi penekanan kepada keselamatan, ruang, kemudahan, privasi, dan fleksibiliti. Di tingkat pertama bagi kedua-dua jenis kediaman ini, setiap bilik tidur dilengkapi dengan bilik mandi sendiri sekali gus memberikan ruang privasi buat setiap penghuni. Penduduk di Myra Saujana juga akan suka dengan ruang yang disediakan di kawasan dapur memandangkan ia telah diperluaskan sepenuhnya sehingga ke ruang belakang untuk rumah Superlink. Ini membolehkan penghuni berjimat dan tidak perlu pening kepala memikirkan kos pengubahsuaian dan menjadikannya ideal untuk pemilik rumah HouzKEY kerana dapat menggunakan keseluruhan rumah mereka tanpa perlu membuat perubahan yang diperlukan untuk gaya hidup mereka.
Ads
.
Myra Saujana turut menampilkan lanskap botani dalam komuniti berpengawal untuk penghuninya. Ciri-ciri lain yang bakal menanti pemilik rumah HouzKEY adalah pemasangan kabel bawah tanah dan saliran tersembunyi untuk seluruh perbandaran.
Kemudahan lokasinya adalah antara salah satu ciri ditawarkan kepada pemilik kediaman HouzKEY yang tinggal di Myra Saujana. Jaraknya yang dekat untuk ke Putrajaya menjadikannya amat sesuai untuk dimiliki oleh kakitangan kerajaan yang bekerja di sana. Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan lain yang berdekatan kerana perbandaran ini terletak di pusat Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Kajang, dan Dengkil.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Sebuah kediaman selesa dari pelbagai segi, seperti kemudahan dan pembangunan sekeliling pastinya menjadi idaman ramai. Pastinya kediaman jenis ini menjadi idaman. Setiap pemaju akan menghasilkan sesuatu yang terbaik untuk pembanggunan. Perubahan ketara dalam keutamaan gaya hidup mendorong para pemaju memikirkan semula ruang bersama di bangunan kediaman tinggi yang moden, di mana kewujudan “Ruang Keempat” dan penambahan rumah sama ada untuk belajar, bekerja atau bersosial menjadi bahagian penting kehidupan seharian. Sebagai tambahan menarik terbaru kepada perbandaran Desa ParkCity yang telah memenangi anugerah, ParkCity melancarkan Park Place, sebuah pembangunan kondominium pertama seumpamanya yang terletak di antara Central Park dan Town Square Park yang sedang dibina. Dengan pandangan jauh ParkCity yang cepat menyesuaikan diri dengan gaya hidup pembeli rumah yang senantiasa berubah, pemikiran ke hadapan ini banyak memberi manfaat kepada pelancaran barubaru ini sekali gus menetapkan standard baharu kediaman bertingkat tinggi. Dibina di atas tanah pegangan bebas seluas 4.55 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM770 juta, Park Place menawarkan 537 unit rumah bermula dari 1,109 kaki persegi sehingga 4,047 kaki persegi.Setiap unit mempunyai dua hingga empat bilik tidur yang tersusun di tiga bahagian setara bergaya elegan di sebuah menara yang sama, yang menghadap landskap menghijau Desa ParkCity dan pemandangan indah langit Kuala Lumpur.
Park Place terdapat 5 jenis unit yang berbeza sesuai untuk gaya hidup setiap pembeli rumah individu, pasangan muda atau keluarga yang sedang berkembang, seperti Type A, B, C dan D yang berharga dalam lingkungan RM900,000 ke RM2.2 juta serta Type E, dengan 5 unit duplex terhad dimana harganya bermula daripada RM2.9 juta. Kediaman bertingkat tinggi moden menuntut ruang yang terancang dan tersusun bagi membolehkan penghuni menjalani kehidupan yang mereka ingini. Dengan tumpuan diberikan kepada estetika seni bina berserta kemudahan dan kemasan berkualiti tinggi, Park Place telah menetapkan dinamik baharu dalam kediaman bertingkat tinggi dengan menggabungkan pelbagai ciri yang memenuhi keperluan dinamika gaya hidup moden. 2 “Park Place memulakan pembangunan reka bentuk dan perancangannya pada pertengahan tahun lalu.
.
Pembangunan kediaman ini merangkumi banyak ciri yang sangat berguna untuk gaya hidup pembeli rumah masa kini dan dengan Covid-19, elemen-elemen ini berfungsi sebagai penambahan praktikal dan penting kepada kediaman masing-masing,” kata Datuk Joseph Lau, Ketua Pegawai Eksekutif ParkCity Group. Mendefinisikan semula kehidupan bertingkat tinggi Dijadualkan siap pada tahun 2024, Park Place akan megah berdiri setinggi 54 tingkat untuk menghadirkan gaya hidup komunal baharu yang holistik berserta ruang sosial dan kerja yang kreatif. Selain kemudahan umum biasa seperti gimnasium, kawasan barbeku, kolam renang kanak-kanak dan kolam renang bersaiz Olimpik di tingkat 8 podium, Park Place juga menawarkan peluang aktif untuk interaksi sosial menerusi Sky Garden seluas lebih 20,000 kaki persegi di Aras 41 dan 42, direka sebagai penambahan rumah yang menyediakan ruang untuk bekerja, bersantai, belajar dan bersosial.
Sky Garden dipisahkan kepada dua bahagian: Ruang Aktif (Active Hall) dan Ruang Pasif (Passive Hall). Active Hall adalah tempat untuk bersosial, mengadakan perjumpaan keluarga dan menonton filem; ruang di mana seseorang itu menemui atau mencipta pengalaman baharu. Passive Hall pula lebih kepada aktiviti seperti sesi tuisyen persendirian, melukis, membaca dan mengadakan mesyuarat pejabat; ruang di mana seseorang memerlukan ketenangan atau untuk mencambah pemikiran. Ia membolehkan pembeli rumah berjalan-jalan seketika sambil menghirup udara segar, kemudian meneruskan aktiviti harian seperti kerja atau mesyuarat dalam talian. Kombinasi perancangan yang teliti dan reka bentuk yang bijaksana dalam mewujudkan kemudahan, ruang dan persekitaran ini adalah bersifat mampan dan boleh diurus demi mencapai matlamat Park Place sebagai syurga yang selamat untuk didiami, bekerja, membesar dan berseronok di bawah satu bumbung.
Keanggunan bertemu praktikal di PARK PLACE Dengan keghairahan untuk mereka bentuk bangunan-bangunan berkualiti tinggi dan kekal, arkitek yang memenangi pelbagai anugerah Erik L’Heureux FAIA serta pengasas Pencil Office yang berpangkalan di Singapura percaya, seni bina cemerlang berfungsi untuk melengkap dan menyerlahkan persekitaran sekeliling sebagai nilai tambah dan membina kejiranan yang gemilang. Sebagai reka bentuk utama arkitek, visi ini terbukti dalam seni bina Park Place yang direka untuk melengkapkan pelan induk Desa ParkCity. Bekerjasama rapat dengan L’Heureux adalah PIA Interior, iaitu sebuah studio reka bentuk Thailand yang memenangi anugerah sejak lebih dua dekad dan memiliki pelbagai pengalaman.
.
Menggunakan idea perhotelan dalam membentuk ruang umum dimana ruang-ruang ini diibarat seperti sebuah hotel, 3 Park Place direka sebagai lambang kehidupan bertenaga yang merangkumi unsur-unsur seperti kreativiti, kebolehcapaian dan kemampanan, Pengarah Reka Bentuk PIA Interior Vachirapong Danny Arthayukti percaya bahawa ParkCity adalah pemaju pertama yang menawarkan penambahan ruangruang keluasan sebegini bagi setiap unit individu. Melalui kerjasama dengan ParkCity, Pencil Office dan PIA Interior berupaya menterjemahkan visi Park Place yang seimbang antara kehendak dan keperluan pasaran yang dizahirkan melalui garisan menegak dan landskapnya.
Elemen ini dapat dilihat pada bentuk tirus tiga sayap dalam menara yang sofistikated sekali gus melengkapkan tema landskap kehijauan hutan. Arthayukti telah menerapkan kualiti reka bentuk landskap Park Place bercirikan hutan tua melebihi kawasan seluas 70,000 kaki persegi bersama kanopi tinggi yang berfungsi sebagai payung untuk memberi perlindungan daripada panas dan teduhan antara ruang.Di bahagian bawah aras tanah pula, para penghuni dan pengunjung disambut dengan pemandangan mesra cerun kawasan hutan, hasil campuran elemen-elemenlembut dan padusebagai kemudahan bagisebarang aktiviti atau acara. Arthayukti percaya nilai tambah rekaan dalaman dan reka bentuk memartabat kedudukan Park Place ke tahap baharu.
Terletak dalam perbandaran mampan Dalam melengkapkan pelan strategik Desa Park City, penghuni Park Place boleh menikmati kesemua kemudahan hidup di perbandaran mampan lengkap dengan keselesaan dan kemudahan.Terletak paling hampir adalah The Waterfront, iaitu pusat hiburan ikonik dan Plaza Arkadia yang menyediakan ruang pejabat, hiburan dan pilihan F&B. Central Park yang terletak berhampiran pula adalah tempat ideal untuk ahli keluarga dan rakan-rakan berkumpul dan berkongsi minat melalui aktiviti berkelah, berjalan kaki secara santai, kanak-kanak bermain atau bersenam.Kemudahan-kemudahan taman yang banyak di sini adalah untuk kegunaan setiap pengunjung termasuklah laluan berjoging yang dibarisi pokok-pokok, laluan berjalan kaki, bangku taman ikonik dan taman permainan yang selamat untuk kanak-kanak. “Sebagai pemaju yang telah mencipta nama melalui reka bentuk inovatif di perbandaran pelan induk, ParkCity akan berusaha mengukuhkan status kami dengan menyediakan reka bentuk kediaman dinamik untuk memenuhi keperluan pembeli rumah kami yang senantiasa berubah, dan menyediakan peluang secara berterusan untuk menikmati detik-detik indah dalam kehidupan,” tambah Datuk Joseph Lau. 4 Datuk Joseph Lau yakin setiap situasi mendatangkan satu peluang.
Dengan kembalinya Kempen Pemilikan Rumah dan insentif di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi Negara (Penjana) dan kadar faedah semasa yang rendah pada masa kini, ia adalah masa terbaik untuk memiliki rumah. “Kami senantiasa mengambil pandangan pelanggan dan pengikut setia kami untuk memenuhi keperluan serta kehendak mereka. Selaras dengan pasaran semasa dan saranan nilai Park Place, harga yang ditawarkan benar-benar berbaloi. Kami berasa gembira kerana Park Place mendapat sambutan yang amat menggalakkan di pasaran. Kami amat berterima kasih atas sokongan padu pembeli sedia ada, pelabur dan pembeli baharu yang berkongsi nilai dan semangat yang sama seperti kami terhadap Park Place.” Park Place mendapat sambutan yang menggalakkan semasa acara jualan utamanya hujung minggu lalu yang menyaksikan lebih 86% unit mereka terjual. Untuk mengikuti perkembangan terkini Desa ParkCity, lawati www.desaparkcity.com
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Bumbung merupakan salah satu elemen paling penting dalam pembinaan sesebuah bangunan atau kediaman. Tanpa bumbung, tiadalah tempat berteduh dari hujan dan panas.
Jenis atau bahan yang digunakan untuk bumbung pula memberikan kesan jangka panjang yang berbeza-beza bergantung kepada persekitaran dan penggunaan.
Melalui perkongsian saudara Zuryat Abadi di grup Tukang Apa Hari Ini, mari kita tambah pengetahuan tentang bumbung untuk panduan bersama.
BUMBUNG
Memandangkan sekarang musim hujan, abang keraplah dipanggil untuk tampal,baikpulih kebocoran bumbung dan tukar jenis bumbung. Sampai tak cukup kakitangan nak kejarkan kerja bumbung.
Ramai yang bila ada masalah bumbung bocor berkira-kira untuk buat slab konkrit bagi menggantikan bumbung asal mereka yang terdiri dari atap jenis genting pasir,asbestos dan zink.
Jangan boss. Jangan pakai concrete slab. Maintenance/penyelenggaraan lagi demam dari guna atap jenis lain. Masalah air bocor melalui rekahan dan serapan pada konkrit tu memang susah nak diselenggara dan diperbaiki.
Kalau letak lapisan baru water proofing/kalis air sekadar bertahan setahun dua. Boleh nak buat concrete slab kalau betul2 tebal dan bancuhan konkrit ikut spesifikasi.
Tapi tetap bermasalah pada sambungan antara konkrit>konkrit atau konkrit>bata/dinding. Lagipun ianya tidak sesuai dengan iklim khatulistiwa negara kita yang panas dan lembab sepanjang tahun.
Lembab yang dimaksudkan ialah hujan bukan lembab dek salji. Aliran cecair yang menerobos melalui apa saja rekahan atau menyerap melalui konkrit yang berasaskan pasir.
Percayalah. Tukang repair bumbung macam abang memang hadap inilah setiap kali baiki kebocoran bumbung. Paling elok gunalah atap dari genting seramik/tanah liat yang tindihan bertangkup antara 1 sama lain (harganya lebih mahal dari atap yang biasa kita gunakan).
Ada jenis atap genting seramik ini tindihan bertangkup seperti tindihan atap jenis asbestos. Insha Allah ini jenis atap yang paling kurang kos penyelenggaraan berbanding zink (masalah kepala paku, kepala screw dimakan usia), asbestos (masalah sama dengan zink), genting pasir (tindihan terlalu sedikit/terjungkit dan masalah air menyerap disebabkan sifat pasir itu apabila lapisan pelindungnya terhakis dek air hujan).
Atap genting jenis tanah liat/seramik ini kalau betul darjah curamnya insha Allah tak akan bocor. Lagipon kebanyakan pembuatan seramik atau tanah liat ini melalui proses pembakaran yang menjadikannya lebih baik (tidak menyerap haba dan air terlalu banyak).
Satu lagi, bangunan 10 tahun dulu banyak guna kayu sebagai kuda-kuda dan gulung-gulung. Ada kayu meleding, terkiat sehingga menyebabkan genting pasir jenis tindihan terjungkit dan bocor bila hujan lebat atau ribut).
Tidak seperti kayu 30 atau 40 tahun dulu yang kayunya adalah dari jenis kayu baik dan matang. Kayu kebelakangan ini adalah kayu muda dan jenis kayu kualiti rendah.
Ini juga memainkan peranan didalam pembinaan. Jenis kayu itu sendiri dan untuk mendapatkan kayu berkualiti dan cukup matang tahun 2020 ni memang korang cukup kayalah. Aamiin.
Apabila ada yang panggil baiki kebocoran atap jenis genting pasir ni 2 pilihan abang bagi ;
Pertama, letak kepingan aluminium dibawah atap genting untuk menghalang air menembusinya (pakej tukar sekali gulung2 kayu kepada gulung2 jenis besi bergalvani)
Atau kedua, tukar kepada atap jenis lain. Kalau tak buat cara ni. Pasti esok lusa abang dipanggil lagi untuk datang baiki kebocoran yang sebenarnya ialah usaha sia-sia. Hari ni tampal belah A (guna silicon dan seangkatannya). Esok bocor pula belah B. Siap B masalah kat belah C pula. Jadi ulang gitu jela sampai abang Jamil kau pengsan.
Kena keluar kos lebih bukan? Kos untuk penyelenggaraan berulang. Lebih baik 1 kali keluar duit lebih. Ubahsuai atau tukar jenis atap. Bertahan lagi 10-15 tahun mantap sangat dah. Lagipon abang tak suka dipanggil kerap kali. Nanti orang ingat abang kerja curi-tipu. Padahal abang dah terangkan bumbung tu tak guna tampal dan baiki. Paling tak ada pun ubahsuai baru ok sikit.
Untuk kerangka bumbung paling baik dan ekonomi masa kini gunakan besi C section dan C truss yang digalvani. Untuk ketahanan lebih lama(jangan guna yang ada salutan plastik biru tu sebab ia murah dan tidak digalvani).
Besi bergalvani ini kurang kos penyelenggaraan. Tidak perlu di cat(kalau cat lebih baik).Bukan lah bermaksud ia last forever tetapi lebih tahan lama. Bangunan rumah ni macam kereta juga. Cukup masa masa perlu diselenggara/service. Tayar botak kena tukar,minyak hitam kena tukar,warna kusam kena kilatkan.
Jadi kalau nak membina rumah. Kena fikir tentang kos penyelenggaraan. Yang jimat,murah dan tahan lama.
Bagi yang nak menggunakan zink keluarkan modal lebih sikit. Beli zink yang ada lapisan zink atas dan bawah.
Di antara kedua kepingan zink atas dan bawahnya ada lapisan foam. Lapisan foam ini bertindak sebagai penebat haba dan bunyi. Pasti akan bertahan lebih lama sebelum masuk tempoh perlu diselenggara (biasanya hanya menukar skru) Serius abang nak cakap.
Siapa rumahnya yang guna zink selapis. Pertamanya masalah bunyi bising bila hujan lebat. Kedua. Panas berbahang bila siang. Jadi keluarkan modal lebih sikit beli zink yang sudah siap dibuat dikilang dengan dua lapisan atas dan bawah ini.
Ada juga yang dibawahnya lapisan kertas tetapi lapisan kertasnya tidak bertahan lama. Kerap gugur dan menyebabkan foam ditengahnya menjadi habuk bila mereput.
1 lagi pilihan masa kini abang sarankan penggunaan atap jenis fibre hybrid daripada Thailand.
Dengar nama macam dasyat teknologinya ya? Sebenarnya ia cumalah atap jenis asbestos/simen berserat (asbestos dulu2 pernah diharamkan sebab kandungan bahannya membahayakan). Fibre hybrid buatan Thailand ini sedikit lebih liat dari asbestos biasa kita di Malaysia. Liat ni lebih baik dari keras kerana buatan yang terlalu keras ni ia mudah pecah. Kalau liat ia agak sedikit elastik (orang melayu kata memberi)
Lagi 1 ia tersedia dari kilang di Thailand sudah siap lapisan pelindungnya(coating) dan lebih tebal. Ia didatangkan dengan saiz lebih kecil berbanding asbestos buatan Malaysia yang besar dan panjang. Ini memudahkan pemasangannya. Dan menghasilkan corak tindihan yang lebih menarik.
Rabungnya pulak mengikut lekukan atapnya. Tiada lubang yang terbuka luas dan perlu ditutup dan ditampal simen seperti rabung genting.
Tetapi, ada kelemahan juga tentang rabung jenis fibre hybrid ini kerana jika ia bumbung rata(tanpa limas) mudah untuk dipasang. Jika bumbung jenis limas. Insha Allah tukang akan sakit kepala memikirkan dan mengerjakan pemasangan bumbung dan rabung fibre hybrid ini. Sangat leceh untuk menemukan setiap sudut bagi membolehkan rabung dipasang dengan sempurna.
Mendapatkan atap jenis ini juga sukar kerana tidak ramai pengedarnya di Malaysia. Di Johor hanya ada 1 pengedarnya di Kota Tinggi dan pengimportnya hanya ada di Kota Bharu-Kelantan.
Agak memakan masa mendapatkan bekalan jika stoknya habis. Abang biasa tengok rumah2 dibelah pantai timur menggunakan atap jenis ini dan mudah mendapatkan pengedarnya di belah sana.
Kelebihannya? Ia tahan lebih lama untuk diselenggara kerana skrunya juga dikeluarkan oleh kilang pengeluaran yang sama. Skrunya dilengkapkan dengan washer beserta getah berbentuk payung. Jika menggunakan skru zink biasa juga boleh. Skru zink biasa berkepala kecil. Senang crettt nanti atapnya.
Tips abang untuk yang nak bina rumah. Benda paling mudah nak lihat ialah jenis bumbung. Jangan lihat rekabentuknya sahaja.
1.Cari rumah yang paling sedikit saluran airnya samada saluran air konkrit atau zink dan pvc.
2.Yang bumbungnya bukan dari slab/papak konkrit.
3. Kerangkanya bukan dari kayu(besi juga ada masalah tetapi lebih praktikal guna besi daripada kayu).
4.Bukan atap jenis zink selapis(bisingnya nanti bila hujan ya ampun. Bila siang panas berbahang)
5.Bukan genting jenis pasir(mana2 perumahan guna atap jenis ni).
Nak cari seperti ciri diatas x dapat semua dapat 1-2 ok la. Sebelum esok lusa kena bangun tengah malam keluarkan besen menadah air. Lagi menyakitkan hati. Saya ada jumpa kes pemilik jual rumah disebabkan kebocoran bumbung(bumbungnya terlalu banyak concrete slab). Semak mata dan hati dia tengok bocor tu agaknya. Asik nak baiki dan cat berulangkali dalam jarak masa pendek.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!