Mempunyai pembantu dapur sudah tentu memudahkan kerja bukan. Bagaimana pula jika pembantu dapur anda adalah si cilik yang baru mahu belajar masak.
Keletah anak-anak di dapur boleh mengundang senyum. Teruja mahu membantu ibu di dapur, mengaduk dan kacau masakan diatas api adalah perkara paling dinantikan mereka. Apa kan lagi kalau di ajak mem buat biskut atau kek di dapur, pastinya riuh rendah dengan si kecil.
Jangan halang mereka untuk menjadi pembantu dapur junior anda, kerana ini mampu menghapuskan rasa minat mereka untuk membantu anda pada masa akan datang. Ketahui langkah menyediakan persekitaran dapur selamat kepada anak supaya ia menjadi saat manis untuk kenangan mereka di ruang dapur.
Ads
Dress Code!
Pakaikan anak dengan apron yang bersih, jika tiada apron untuk kanak-kanak baju lama juga boleh digantikan sebagai apron. Yang penting, pakaian perlulah bersih dan tidak terlalu longgar, ini kerana mengelakkan agar baju yang longgar akan memudahkan tersambar dengan api di dapur dan sebaginya.
Ikat rambut anak anda jika panjang dan boleh mengganggu penglihatan dan mengelak kebarangkalian terkena api.
Peralatan Tajam
Ads
Jika anda membenarkan mereka untuk mengendalikan peralatan tajam di dapur seperti pisau, ajar mereka untuk jauhkan mata pisau dari diri sendiri. Jaga jarak mata pisau dalam keadaan yang selamat sewaktu kerja-kerja memotong. Ingatkan mereka untuk fokus sewaktu memgunakan pisau.
Elakkan Cedera Dari Terbakar
Ads
Sediakan potholders atau sarung tangan ketuhar kepada anak-anak untuk mengendalikan periuk, kuali, atau dulang panas. Posisikan pemegang periuk ke arah dalam supaya anak tidak terlanggar dan menyebabkan kemalangan yang tidak dingini berlaku.
Jangan minta anak kecil nyalakan api pada dapur gas.
Matikan soket sebelum plug off kerana ia boleh menyebabkan renjatan elektrik.
Jika anak membantu aktiviti mencuci pinggan mangkuk, ingatkan mereka supaya tidak mencurah airke dalam bekas yang mengandungi minyak yang masih panas, ini boleh menyebabkan terpercik dan melecur.
Pastikan tiada peralatan tajam berada di dalam sinki yang dipenuhi air.
Lantai Bersih Dan Ruang Kemas
Mop lantai serta merta jika ada tumpahan bagi mengelakkan anak jatuh tergelincir.
Pastikan laluan kemas dari sebarang objek supaya anak tidak terlanggar dan jatuh.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Peti sejuk adalah salah satu perkakas yang wajib ada di setiap kediaman. Sama ada di kawasan dapur atau ruang makan mahupun di dalam bilik tidur, peti sejuk yang berfungsi dengan baik merupakan nikmat bagi setiap pemilik. Alat ini dapat memastikan bahan masakan mentah sentiasa fresh dan tahan lama.
Ada pelbagai langkah nak buat peti sejuk nampak ceria dan kemas, teratur. Salah satunya ada dikongsi pada laman sosial saudara Rafiuddin Idris. Pemilik telah DIY sendiri dengan menggunakan bahan-bahan bajet yang mampu dibeli oleh semua orang. Mudah sahaja dan dapat jimat pulak tu!
Bahan yang diperlukan :
Langkah-langkahnya :
#1 Semburkan air sabun pada permukaan tray yang telah dibawa keluar dari peti sejuk
#2 Ambil pelekat cermin dan ukur mengikut saiz tray sebelum ditampal
#3 Lap permukaan tray yang telah ditampal pelekat menggunakan kain bersih
#4 Lakukan step yang sama pada kesemua tray dari peti sejuk anda
#5 Pasangkan semula tray pada tempat sepatutnya
DAH SIAP!
Selamat Mencuba semua!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Bila berhadapan dengan masalah ini, jangan terus marah anak kecil. Sel-sel otak mereka sedang berhubung dengan aktif. Mereka sedang mempelajari sesuatu. Jadi, mak ayah la perlu ambil peranan untuk mencuci semula dinding tersebut dengan cara mudah ini!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Mini lobi yang terdapat dalam sesebuah kediaman biasanya bersaiz kecil dan terletak berhampiran dengan pintu masuk utama ke dalam kediaman. Tidak kisah bagaimana ruang foyer yang anda miliki, pastikan ruang ini tidak dibiar kosong atau hambar. Suntikan ruang utama ini dengan aura segar untuk menyambut tetamu mahupun pemilik tiap kali masuk ke rumah.
Asas Ruang Foyer
Ruang yang terhad ini bukan hanya berfungsi sebagai ruang untuk mempamerkan pelbagai koleksi perabot.
Sebuah unit konsol kabinet dan sebuah panel cermin sudah cukup untuk menata hias ruang foyer.
Disebabkan ruang ini terletak berdekatan dengan pintu masuk meja konsol sesuai dijadikan hiasan utama.
Kebiasaannya foyer juga terletak berhampiran stor kasut, dengan itu ia juga sesuai dihias dengan sebuah kerusi mahupun banch yang sesuai.
Hiasan lain yang mungkin sesuai ada di ruang ini seperti mangkuk putih bersaiz besar atau pinggan untuk meletak kunci atau surat.
Jangan lupa mewujudkan pencahayaan di ruang ini dengan meletakkan lampu meja menggunakan plag preset timer yang boleh diset, terutama kepada pemilik yang sering pulang lewat malam.
Pemilihan setuhan lembut atau kemasan lembut di ruang foyer, sesuai dengan mengenakan rug berbentuk bulat atau floor runner sebagai kemasan lantai.
Ruang Tamu
Terdapat dua jenis ruang tamu iaitu ruang tamu formal dan ruang tamu tidak formal. Ruang tamu formal berfungsi sebagai ruang meraikan tetamu dan tidak dilengkapi dengan televisyen dan sistem audio, manakala ruang tamu tidak formal berfungsi sebagai ruang hiburan keluarga atau ruang santai yang dijadikan tempat melepak. Ruang ini akan dilengkapi dengan kelengkapan hiburan seperti televisyen dan sistem audio.
Ruang Tamu Formal
Sofa tiga tempat duduk, sebuah meja kopi dan sebuah meja sudut sebagai pilihan perabot yang melengkapkan ruang tamu formal.
Selari dengan gaya hidup moden kini, ottoman memainkan peranan penting sebagai sebahagian daripada pelengkap dekorasi. Ottoman bukan sahaja mampu diajadikan tempat duduk tambahan malahan ia juga boleh jadikan sebagai meja kopi.
Ottoman berbentuk bulat yang diperkemaskan denganjahitan tebuk butang dibahagian tengah sesuai untuk ruang tamu bergaya Inggeris.
Sebuah sofa tiga tempat duduk, sebuah ottoman bersaiz besar (sebagai meja kopi dan dua unit ottoman bersaiz kecil sebagai pilihan perabot yang melengkapkan ruang tamu formal.
Hiasan seperti gantungan gambar keluarga juga berfungsi untuk ruang ini agar ia tidak terlalu hambar dan tidak terlalu keras.
Ruang Tamu tidak Formal
Gayakan ruang ini dengan meletakkan pelbagai saiz kusyen di atas sofa bagi menampilkan sentuhan lembut pada ruang tamu ini.
Tambahankan dengan kemasan lembut seperti hamparan permaidani yang selesa untuk kegunaan sewaktu anda berada di ruang ini.
Pemilihan lampu juga penting nuntuk mendapatkan aura ruang yang cukup santai dan selesa. Tambahan lampu kaki sebagai menyuntik mood (ambience light)
Kipas siling amat penting di ruang ini, bukan sahaja penghawa dingin. Untuk mengekalkan suhu yang nyaman anda boleh memasang penghawa dingin dan kipas dalam masa yang sama, apa bila anda telah mendapatkan suasana nyaman, penghawa dingin boleh ditutup untuk menjimatkan tenaga elektrik.
Pemasangan televisyen dan sistem audio yang baik amat penting untuk ruang keluarga dan santai ini. Kadang kala ruang ini akan dijadikan seakan ruang mini teater untuk seisi keluarga.
Ruang Makan
Ruang makan adalah ruang paling penting untuk semua pemilik kediaman kerana ruang inilah yang akan mengeyangkan perut penghuni di dalam rumah ini. Di ruang ini jugalah akan terdapatnya hidangan yang menyelerakan. Ruang ini haruslah diberi sentuhan yang cukup selesa dan menarik.
Gayakan ruang ini dengan meja makan berbentuk bulat mahupun segi empat mengikut keluasan ruang makan yang anda perolehi.
Tambahkan cermin pada dinding tumpu ruang makan ini agar ia lebih memberi impak luas dengan secara tidak langsung pada ruang makan yang pada kebiasaannya bersaiz agak sempit.
Sekiranya anda mengunakan panel kaca sebagai alternatif, gantung panel kaca reka bentuk segi empat tepat pada kedudukan eye level iaitu 5 kaki daripada aras lantai.
Jika menggunakan panel cermin bersaiz M, gantungkan di bahagian dinding. Manakala bahagian panel cermin pamer meja konsol pula, anda boleh menempatkan set kutleri dan aksesori ruang makan yang lain.
Tempat sebuah vase dengan bunga hidup dan juga lilin yang berbau segar bagi menaikkan aura meja makan tersebut.
Ruang Dapur
Dapur terdapat dua kategori iaitu dapur kering dan dapur basah. Biasanya dapur kering berperanan sebagai dapur galeri oleh kebanyakan pemilik kediaman. Bagaimanapun, ia tetap menjanjikan ruang efisen bagi penstoran dan juga melakukan aktiviti mencuci dan memasak yang ringkas seperti penyajian hidangan sarapan dan minum petang. Manakala dapur basah pula berfungsi sebagai ruang dapur untuk mencuci, memasak dan dan menyediakan hidangan. Oleh yang demikian material yang tahan lasak amat bersesuaian untuk dapur basah ini.
Prinsip tiga segi di dapur, sebagai sebuah nadi kediaman perlulah dipastikan ia berjalan dengan lancar. Prinsip tiga segi begitu dititikberatkan di sini dengan mengenal pasti lokasi ruang penstoran, ruang mencuci dan ruang memasak, dengan memastikan kedudukan setiap ruang ini menyediakan aliran trafik yang tidak terganggu.
Pintu kaca kabinet adalah pilihan yang tepat dalam mempelbagaikan gaya pintu kabinet dapur. Tidak seperti penggunaan pintu kabinet kayu yang agak biasa, pemilihan pintu kabinet kaca dalam pelbagai warna dan rekaan, mampu menyuntik mood di ruang ini.
Kehadiran wire basket boleh memberikan penstoran berganda di dalam kabinet dapur anda. Bagaimanapun, pilihan rekaandan saiz yang berpadanan dan bersesuaian mengikut gaya penstoran yang diinginkan.
Kaunter kerja merupakan zon aktiviti menyediakan hidangan. Beberapa jenis kaunter kerja seperti post formed worktop, kaunter kerja daripada batuan asli, permukaan padu dan sebagainya. Jenis melamine post formed worktop lebih popular lantaran harganya yang lebih murah berbanding yang lain. Bagi yang mementingkan daya tahan dan mempunyai bajet lebih, pilihan kaunter kerja daripada batuan asli dan permukaan padu lebih berbaloi.
Secara praktikalnya dapatkan sinki tunggal dilengkapi dengan sistem penapis. Malah anda boleh juga memilih singki berkembar yang memberikan ruang mencuci tambahan untuk mempercepatkan kerja di dapur.
Gunakan lampu kuning untuk ruang dapur kering dan lampu siang untuk penggunaan ruang dapur basah.
Kemasan lantai dapur, elakkan daripada menggunakan jubinberkilat atau apa sahaja material jenis licin yang mengundang bahaya di ruang dapur. Sebaliknya pilih material permukaan kesat dan bertesktur yang lebih selamat.
Bilik Tidur
Bilik tidur merupkan ruang rehat yang paling digemari, justeru, penataan interiornya perlu lebih minimum yang penting perlulah selesa dan mendamaikan. Lengkapnya sebuah bilik tidur adalah dengan sebuah katil, meja sisi, almari pakaian, meja solek mahu pun meja kerja yang kompak. Bilik tidur ini mengikut keperluan penghuninya, jika ia seorang yang gemar membuat kerja di dalam ruang kamar maka kamar tersebut haruslah lebih praktikal. Manakala3
Box bed yang direka khas mampu berfungsi sebagai ruang penstoran pada bahagian katil. contohnya mewujudkan ruang laci di bahagian bawah katil.
Bagi anda yang tidak gemar menempatkan katil di ruang peribadi, mereka boleh menukar cita rasa kepada set Divan yang mengandungi satu unit tilam, satu unit Divan sebagai bingkai atau ruang menempatkan tilam.
Satu lagi perabot wajib di bilik tidur adalah meja sisi. Selain berperanan sebagai lokasi yang menempatkan lampu tidur, ia juga turut membantu penstoran majalah dan buku-buku.
Dapatkan meja solek yang dilengkapi dengan laci untuk memberikan ruang penstoran yang lebih banyak. Ia tentu sahaja lebih baik berbanding meja solek tradisional yang hadir tanpa laci.
Almari pasang siap biasanya mempunyai ketinggian iaitu antara 7 hingga 8 kaki sahaja dengan meninggalkan lebihan ruang antara kedudukan almari dan siling. Namun jika menggunakan almari yang dipasang hingga ke siling, kekurangan ruang kosong antara almari ini boleh ditutup dengan mewujudkankabinet tambahan yang berfungsi sebagai lokasi penstoran barangan yang jarang digunakan.
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.