Antara perkara paling penting dan utama dalam proses menghias kediaman adalah pemilihan warna bagi setiap ruang dan juga perabot. Warna merupakan bahasa visual yang boleh difahami oleh semua orang walaupun dari latar belakang yang berbeza. Kita dapat berkomunikasi hanya dengan menggunakan warna sebagai ‘bahasa penghantar’ melalui pemilhan dan penggunaannya dalam seni hiasan dalaman. Jadi, untuk warna berbicara seiring dengan kehendak, kita perlu terlebih dahulu memahami dan mendalami bagaimana warna berfungsi dalam mempengaruhi mood atau suasana kediaman.

Warna pada dasarnya datang dalam tiga kategori iaitu aktif, pasif dan neutral. Warna-warna neutral termasuklah hitam, kelabu, putih dan coklat. Kebiasaannya, warna neutral digunakan untuk mewujudkan keseimbangan dalam hiasan yang menggunakan kedua-dua warna aktif dan pasif. Disini IMPIANA senaraikan skema warna asas untuk menghias kediaman anda agar nampak lebih sistematik dan menarik.

Panduan Pilih Dan Padan Warna Untuk Kediaman

MONOCHROMATIC
Menggunakan satu warna tetapi dalam pelbagai variasi dari segi kepekatan atau saturation. Penggunaan skema monochromatic akan membuatkan ruang tampak elegan, kemas dan bersih. Monokromatik juga memberi suasana yang nyaman lebih-lebih lagi dengan penggunaan warna biru atau hijau yang digabungkan dengan warna neutral seperti putih, hitau atau kelabu kerana rona warna yang digunakan lebih sekata dan tidak menyakitkan mata.

IKLAN

Panduan Pilih Dan Padan Warna Untuk Kediaman Panduan Pilih Dan Padan Warna Untuk Kediaman

HARMONIOUS
Menggunakan warna yang terletak bersebelahan dalam roda warna. Pilih satu warna yang lebih dominan dan gunakan (satu atau dua) warna disebelahnya untuk memperkayakan lagi pilihan skema warna ini. Skema warna harmonious ini seakan sama dengan skema warna monochromatic tetapi menawarkan lebih nuansa atau kehalusan dari segi kemasan rona yang mampu mengubah suasana ruang.

IKLAN

Panduan Pilih Dan Padan Warna Untuk Kediaman Panduan Pilih Dan Padan Warna Untuk Kediaman

COMPLEMENTARY
Untuk ruang dengan suasana lebih meriah atau vibrant, gunakan skema warna complementary. Pilih dua warna yang terletak bertentangan dalam roda warna. Contohnya seperti gabungan warna kuning dengan ungu, biru dengan oren dan sebagainya. Dua warna dengan kontras tinggi akan membuatkan ruang kediaman akan nampak lebih ‘lively’ dan bersemangat.

IKLAN

Panduan Pilih Dan Padan Warna Untuk Kediaman

Panduan Pilih Dan Padan Warna Untuk Kediaman

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI