Feature wall umumnya merupakan perkara pertama yang kita lihat apabila masuk ke sesuatu ruang dalam kediaman. Ia mempunyai ciri-ciri istimewa tersendiri yang dapat membezakannya daripada dinding yang lain. Dinding accent merupakan satu penyelesaian mudah buat mereka yang mahukan kelainan pada kediaman dengan mewujudkan satu titik fokus yang menarik dan lebih menonjolkan keunikan ruang. Dengan menumpukan perhatian pada dinding accent ini, ruang kediaman yang hambar akan serta-merta kelihatan lebih segar dan berwajah baharu.
Tetapi awas, dinding pertama yang anda lihat ketika memasuki ruang tidak semestinya sesuai dijadikan dinding accent. Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum memilih dinding yang ingin di highlight kerana jika tersalah pilih, ia hanya akan membuatkan ruangan tampak ganjil dan mengelirukan! Jadi bagi mengelakkan anda melakukan kesilapan ini, IMPIANA telah sediakan tip dan panduan memilih dinding accent serta cara menghias sesuai mengikut ruangan yang ada.
PERTAMA
Dinding yang bertingkap atau pintu adalah perkara pertama yang patut anda elakkan ketika memilih dinding accent. Ia seharusnya menjadi titik fokus ruangan, jadi objek atau bukaan seperti tingkap hanya akan mengambil alih tumpuan pada dinding utama.
KEDUA
Ads
Berani bermain dengan warna. Untuk kesan yang lebih dramatik dan mendalam, padankan warna gelap pada dinding accent dengan warna yang lebih neutral dan ‘ringan’. Ini akan mewujudkan kontras yang amat menarik. Pasti tetamu tidak akan terlepas pandang pada feature wall yang anda cipta.
KETIGA
Ads
Sebelum memilih warna cat pada dinding accent, pastikan anda mengambil kira tentang perabot yang mungkin akan diletakkan dihadapannya. Pilih warna yang akan menonjolkan, bukan menenggelamkan hiasan anda.
KEEMPAT
Ads
Susunan perabot yang starategik juga amat penting bagi membantu menonjolkan lagi dinding accent yang telah anda pilih. Pencahayaan juga patut dititik beratkan supaya mendapat kesan yang maksima.
KELIMA
Terdapat juga alternatif lain selain mengecat dinding accent. Anda boleh pasangkan wallpaper ataupun binakan rak buku custom bagi menambah nilai estetik pada dinding. Apa saja yang anda rasakan dapat mencuri tumpuan pengunjung boleh digunapakai.
Jangan takut untuk bereksperimentasi, ikuti naluri kreatif anda dan yang paling penting, have fun! Selamat mencuba ya.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sebenarnya mempunyai almari baju terbuka atau open wardrobe mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan konsep almari tertutup. Ia menjadikan ruang bilik anda kelihatan lebih luas. Ini bermakna, open wardrobe amat sesuai untuk bilik bersaiz kecil. Disamping itu juga, ia memudahkan anda mengambil dan memilih pakaian. Namun, seperti biasa lah. Kalau open wardrobe perlu sentiasa kelihatan kemas dan tersusun, jika tidak ia akan semak dan bersepah. Berikut idea susun atur open wardrobe:
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tempat tidur sememangnya tempat yang paling selesa untuk beristirehat. Akan tetapi, apabila meletakkan barang-barang di atas tempat tidur pasti membuatnya kelihatan tidak kemas. Malah apabila barang-barang yang tidak diperlukan berada di tempat tidur pasti membuatkan tempat tidur menjadi sempit.
Mengemas tempat tidur seharusnya dilakukan setiap hari. Seeloknya setelah bangun dari tidur kita harus membersihkan dan merapikan tempat tidur agar selalu nyaman apabila menggunanya. Bagi anda yang malas untuk mengemas tempat tidur, anda boleh mengikuti cara cepat dan mudah yang ingin dikongsikan ini.
Cara Harian Mengemas Tempat Tidur
Untuk memiliki tempat tidur yang selesa dan sentiasa bersih anda perlu mengikuti cara mudah ini.
1. Tepuk tempat tidur menggunakan penebah agar debu-debu adan kotoran yang berada di atas tempat tidur hilang.
2. Rapikan cadar yang membungkus tilam anda. Jika anda mempunyia cadar jenis getah pada setiap penjurunya, maka anda perlu tarik keempat penjuru supaya ia tegang dan kelihatan kemas. Jika cadar anda tidak mempunyai getah, anda perlu menghampar cadar anda kemudian tarik tegang dan lipat ia ke bawah tilam anda dengan kemas.
3. Ambil bantal dan guling, lalu tepuk dengan penebah untuk membersihkan debu.
4. Letakkan bantal anda mengikut susunan dan kedudukan yang betul pada katil anda.
5. Bentangkan selimut atau bed cover, lalu kibaskan agar debunya hilang. Selanjutnya lipat selimut secara rapi.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pengemar timun jepun boleh cuba cara Asyraf Rahim ni. Taman timun jepun dekat balkoni rumah sahaja dah dapat hasil yang cukup mengujakan. Tengok la kesegaran timun jepun hasil tanaman sendiri ini.
Timun jepun ni memang sedap dan ranggup kalau buat ulam berbanding dengan timun biasa. Timun jepun ni kurang berair dan banyak khasiatnya. Harganya pun lebih mahal dari timun biasa.
Elok subur walaupun kali pertama menanamnya, paling menarik timun jepun ini ditanam di balkoni rumahnya saja. 45 hari dari semai benih dah boleh kutip hasilnya.
Beliau turut berkongsi kaedah penanaman yang dilakukan. Bagi yang nak mencuba boleh jadi perkongsiannya sebagai panduan. Paling penting penjagaannya.
Timun Jepun kebun balkoni
Kaedah Hidroponik
Benih F1 Green Eagle
Media cocopeat+perlite (tanpa campuran tanah). Semai benih dalam cawan dulu, bila dah naik empat daun boleh alih ke pasu.
Kaedah siraman, waktu mula-mula seminggu sekali. Bila dah mula berbuah, daun lebat, dua hari sekali. Kadang-kadang sehari sekali. Pasu yang digunakan ada floater sebagai water level indicator.
Timun jepun ini jenis menjalar – saya pakai jaring trelis ikat pada railing balkoni.
Tuaian -45 hari dari semaian benih, ke tuaian buah.
Kalau lihat dari penggunaan baja pun dah mencabar. Bagaimanapun kata Asyraf beliau banyak belajar ilmu tanaman ini di YouTube Bright Agrotech dan Hidroponikpedia dalam bahasa Indonesia. Tapi bila lihat hasil begini memang puas hati.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.