Rupa dan konsep industri dalam reka bentuk dalaman telah lama wujud dan menjadi kegemaran dikalangan pemilik rumah dan pereka, menjadikan permintaan terhadap bahan industri seperti konkrit yang biasanya digunakan di jalan masuk atau laluan utama serta pembinaan umum yang lain semakin meningkat. Konkrit juga merupakan bahan versatile yang serba boleh kerana terdapat pelbagai cara penggunaan yang dapat kita lihat bukan sahaja untuk kemasan interior malahan juga untuk perabot seperti lampu atau side table.
Sememangnya bahan ini dapat membuatkan kediaman anda tampak lebih moden dan unik tetapi sebelum anda memilih untuk menggunakan konkrit, adalah lebih baik jika lakukan sedikit research tentang sifat serta fungsinya agar tidak tersilap langkah dan bagi mengelakkan pembaziran di masa akan datang. Dengan mengambil tahu serba sedikit, ia akan membantu anda membuat keputusan untuk memastikan aplikasi yang anda mahu itu sesuai ataupun tidak.
Pemilik rumah mungkin suka gunakan konkrit untuk bilik mandi, tetapi bahan ini tidak digalakkan untuk lantai kerana ia boleh menjadi licin apabila basah, ditambah pula jika lantai dipenuhi sabun. Hati- hati ya! Perlu juga diingat, konkrit mempunyai permukaan yang berliang, jadi kemunculan garis-garis retak mungkin akan berlaku dari masa ke masa. Jika permukaan konkrit diletakkan berhampiran tingkap, haba yang datang daripada dinding akan menyebabkan permukaan retak dengan lebih cepat.
Apabila digunakan di dalam bilik mandi yang tidak mempunyai ventilasi yang baik, reaksi kimia dari bahan pencuci atau syampu juga mungkin akan menyebabkan kesan berbelak pada konkrit. Jika anda masih berminat untuk mempunyai permukaan konkrit di kawasan basah, maka anda perlu menerima hakikat bahawa rupa dan keadaan konkrit itu akan berubah seiring masa.
Tapi janganlah bersedih dan terus tidak minat dengan konkrit, kerana terdapat pelbagai cara kreatif lain yang dapat kita lihat dengan menggunakan bahan serba boleh ini. Dibawah IMPIANA kongsikan gambar-gambar untuk kita sama sama terinspirasi dengan konkrit. Selamat menghias!
Di Malaysia, ramai lebih yakin menggunkan kabinet dapur tertutup berbanding rak jenis terbuka. Ia disebabkan oleh tradisi dan cara masyarakat Malaysia melakukan aktiviti di dapur. Kalau memasak, tak sah taida percikkan minyak. Ia sebagai salah satu faktor pendorong kepada barang atau alatan yang terdedah dari cepat kotor. Disamping itu juga, faktor atau cara menyimpan barang. Selagi boleh segala barang hendak disumbat di dalam kabinet dapur. Akhirnya, menjadi habitat kepada serangga yang tidak sepatutnya seperti lipas, cicak dan yang paling menggelikan adalah tikus.
Tahukah anda, denggan menggunkan rak simpanan terbuka dapat mengurangkan risiko tersebut? Disamping itu juga ia dapat mendispilnkan anda supaya barang dapur disimpan secara tertip dan kemas. Susunan pinggan mangkuk, periuk, herba dan sebagainya dia ats rak terbuka turut menjadi sebagaian elemen dekorasi di dapur anda.
TIP WAJIB TAHU:
Berikut, ispirasi rak dinding terbuka di dapur
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ramai rang berminat dengan konsep walking wardrobe atau rak baju terbuka. Namun permasalahnya, untuk memiliki sebuah sistem yang lengkep mengikut keperluan, harganya agak mahal. Apa kata, kita guna sistem penyangkut baju Mulig kelauran IKEA. Harganya hanya RM 19.90. Sistem Penyangkut baju Mulig yang tidak rumit dan sangat mudah dipasang ini sesuai di olah mengikut reka bentuk dan keperluan anda
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Tatarias sempurna pada kediaman yang terletak di Subang Jaya ini cukup mengujakan penulis kerana konsep yang dibawa bukanlah sesuatu yang kebiasaannya dilihat pada mana-mana rumah di rantau ini. Tetapi minat yang mendalam serta pengalaman tinggal di luar negara selama beberapa tahun telah mendorong pemilik untuk tampil dengan reka bentuk dalaman yang nyaman tetapi elegan, hasil sentuhan Puan Zubaidah sendiri.
+ INFO KEDIAMAN
Nama Pemilik: Shamsuddin Othman & Zubaidah Abdul Rahman
Jenis Kediaman: Teres Dua Tingkat
Konsep: Chinoiserie Chic
Keluasan: 26 x 75 kaki persegi
Spesifikasi: 4 bilik tidur, 3 bilik air
Pertembungan dua budaya berbeza dilengkapi barangan antik dan perabot elegan nampak begitu menawan apabila dipadankan dengan hiasan porselin biru putih dan motif floral klasik. Menurut Puan Zubaidah, kediaman yang sudah didiami selama lebih 12 tahun ini baru sahaja diubah suai dari konsep ala Inggeris kepada konsep Chinoiserie. Beliau sendiri yang telah memilih gaya ini kerana ia terasa amat dekat dengan dirinya.
Chinoiserie merupakan trend versatile yang boleh boleh ditafsirkan dari pelbagai sudut dan gaya berbeza. Ia dapat melengkapkan semua konsep hiasan dalaman tidak kiralah yang tradisional mahupun moden. Meniti kediaman dua tingkat ini, penulis dapat lihat gabungan sempurna antara chinoiserie dengan gaya klasik itali yang eksklusif.
Sebenarnya, bukan mudah untuk memastikan gabungan kedua konsep ini menjadi. Pemilik tidak membuat keputusan terburu-buru dan telah mengambil masa untuk memilih segala kemasan dan susun atur sehingga beliau benar-benar berpuas hati dengan hasilnya. Ternyata ia merupakan percaturan yang membuahkan hasil kerana kediaman ini bukan sahaja merupakan ‘syurga’ buat penghuninya malah turut menjadi lokasi pertemuan rakan-rakan Puan Zubaidah.
Minat Menghias Yang Mendalam
Puan Zubaidah yang merupakan ibu kepada dua orang anak ini juga bekerja sebagai perancang majlis. Jadi tidak hairanlah sentuhan tangan magis beliau berjaya membuatkan kediaman berukuran 26×75 ini tampak elegan dan eksklusif sesuai dengan konsep yang ingin diketengahkan.
Pemilik ada menyatakan, minat yang mendalam terhadap seni hiasan dalaman telah mendorong beliau untuk mengubah suai sendiri kediaman ini. Walaupun beliau tiada latar belakang dalam bidang berkaitan, minat dan citarasanya yang tinggi membuatkan sentuhan Puan Zubaidah amat berharga.
“Saya berasa teruja dan gembira apabila dapat melihat sendiri proses transformasi kediaman dari hasil titik peluh saya sendiri. Saya juga amat bersyukur kerana suami dan anak-anak menyokong hobi saya ini”.
Susun Atur Tidak Kovensional
Tatkala pintu utama dibuka, penulis begitu kagum dan tertarik dengan susun atur ruang tamu kediaman ini yang berbeza dengan susun atur kediaman normal. Perletakan perabot di kediaman Puan Zubaidah disusun sedikit senget untuk menampilkan kelainan.
Sofa biru dua tempat duduk yang terletak diruang tamu disusun selari dengan susunan meja makan bagi menampakkan flow yang tersusun selain sebagai salah satu langkah penggunaan setiap inci ruang dengan baik.
Bilik Cucian Kenangan Dari Itali
Menyusur kebahagian belakang kediaman, dimana terletaknya sebuah bilik tetamu yang telah dihias cantik dengan rona biru dan putih. Puan Zubaidah telah memberikan sepunuh perhatian terhadap setiap perincian kamar ini kerana baginya, tetamu haruslah dilayan bagaikan raja. Jadi sudah tentunya persinggahan sementara ini terhias kemas dan selesa oleh tuan rumah.
Disebalik tirai polos biru di dalam bilik ini pula, telah ditempatkan bilik cucian yang diilhamkan khas dari Itali, dimana pemilik pernah menetap beberapa tahun lalu. Salah satu elemen yang menjadi daya penarik dimata penulis ialah kabinet kayu berwarna hijau sebagai ruang penstoran bahan-bahan cucian pemilik.
Mengakhiri kunjungan ke kediaman ini, penulis sangat berpuas hati dengan sentuhan pemilik kediaman yang rata-ratanya kelihatan begitu berbeza dan sangat menginspirasikan.
+ TIP DEKORASI
1. Jangan takut untuk bereksperimentasi dengan susun atur perabot. Manfaatkan setiap inci ruang dengan sebaiknya agar ruang tidak nampak kosong dan hambar.
2. Gabungkan beberapa konsep berbeza dan lihat bagaimana ia mengubah ruagan anda menjadi lebih menarik. Tetapi awas, jangan sampai keterlaluan.
3. Utamakan keselesaan terlebih dahulu berbanding gaya. Tiada siapa mahu duduk di kerusi cantik yang keras.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.