Kelapa MATAG antara tanaman yang dikategorikan sebagai viral lah juga sebab ramai yang sibuk nak cari benih kelapa matag ni. Kenapa nama dia kelapa matag? Nama matag berasal dari pada “MA” (Malayan) dan “TAG” (Tangnan). Ia merupakan kelapa hibrid yang dihasilkan daripada pendebungaan silang Kelapa Rendah Malaya dan Kelapa Tagnanan. Ketinggian pokok MATAG boleh mencapai 15 meter. Daun, bunga dan buahnya berwarna sama ada hijau atau jingga pucat, bergantung kepada jenis pokok induk Kelapa Rendah Malaya.

Pokok ini menjadi buruan disebabkan oleh saiznya rendah dan hasilnya banyak. Bagi mendapatkan hasil kelapa hibrid MATAG sebenar, petani perlu memastikan benihnya tulen iaitu hasil pendebungan antara Tagnanan dengan MRD atau MYD atau istilah saintifiknya dipanggil Generasi F1.

Panduan Lengkap Tanam Kelapa Matag Untuk Hasil Yang Lumayan

Panduan Lengkap Tanam Kelapa Matag Untuk Hasil Yang Lumayan

Keperluan Asas Tanaman

  1. Suhu: 27-28 oC
  2. Taburan hujan: 1300-2300 mm/tahun.
  3. Kelembapan relatif: 80-90%
  4. Altitud: kurang dari 100 meter daripada aras laut.
  5. Jenis tanah: Pada umumnya, tanaman kelapa memerlukan tanah yang rata, bersaliran baik, berprofil dalam, berstruktur lom berpasir dan subur.

 Penyediaan Kawasan

  1. Kawasan terbuka yang telah dibersihkan.
  2. Menanam kekacang penutup bumi. Campuran jenis kekacang yang sesuai ialah 3 bahagian Calapogonium mucunoides, 2 bahagian Pueraria phaseoloides dan 1 bahagian Ceutrosema pubescens.
  3. Tanaman kekacang ditanam di kawasan selebar 2m di antara tiap baris anak benih kelapa.

 Penyediaan Induk

  1. Kriteria penting dalam memilih pokok induk Tagnanan (jantan) mesti berusia lapan tahun ke atas kerana pengeluaran buahnya sudah seragam.
  2. Pemilihan pokok induk MRD (betina) mesti mencapai usia lima tahun ke atas bagi memastikan ia berkualiti.
  3. Pendebungaan dibuat dengan menyapukan debunga jantan Tagnanan pada bunga betina yang matang kemudian di balut/ tutup dengan plastik telus cahaya.
  4. Pendebungaan pada setiap bunga betina diulang setiap hari selama lima hingga tujuh hari atau sehingga stigma berwarna hitam.

 Penyediaan Anak Benih

IKLAN

Benih yang berjaya didebungakan akan dibuka plastik penutup dan dibiarkan sehingga 6-8 bulan untuk menjadi buah kelapa hibrid.Panduan Lengkap Tanam Kelapa Matag Untuk Hasil Yang Lumayan

 Penyediaan Anak Benih di Tapak Semaian

  1. Buah yang telah matang di tuai dan yang berkualiti sahaja di susun dalam tapak semaian.
  2. Semaian selama 4-5 bulan ditapak semaian sehingga daun pucuk 3-5 helai keluar.
  3. Kemudian dibuat pemilihan (culling) sama ada ianya F1 (MATAG) atau jadi seperti MRD/MYD atau Tagnanan.
  4. Anak benih terpilih mestilah mempunyai warna sama pada pangkal pelepah dan lidi daun (hijau, keemasan, jingga kemerahan).
  5. Proses pengeluaran benih kelapa hibrid MATAG yang bermula daripada proses pendebungaan, semaian dan mencapai standard anak benih memakan masa sekurang-kurangnya 1 tahun 4 bulan.

 Penanaman di Ladang

Anak benih kelapa hibrid MATAG yang berusia 4-12 bulan boleh dipindahkan ke ladang untuk penanaman.

IKLAN

Cara menanam:
1. Saiz lubang tanaman kelapa berukuran 0.45m x 0.45m x 0.45m perlu disediakan.  Seterusnya 200 gm baja fostat dimasukkan ke dalam lubang dan gaulkan bersama-sama tanah.
2. Selepas dua minggu, anak-anak pokok kelapa ditanam ke dalam lubang tersebut.
3. Padatkan tanah dengan memijak-mijak di sekeliling pangkal anak kelapa. Elakkan daripada memijak akar pokok.

Jarak Tanaman:
Sistem penanaman tiga segi sama (8.1 m x 8.1 m (178 pokok/ ha) atau sistem empat segi (152 pokok/ha).

Pengurusan Air

  1. Siram anak pokok sebelum di tanam di ladang.

Pengurusan Perosak

IKLAN
  1. Kumbang Jalur Merah (Rhynchophorus schach)
    SimptomLarva memakan pucuk sehingga boleh menyebabkan pokok mati.
    Kawalan kimia: Monocrotphos / methamidosphos sebanyak 5-10 ml/pokok. Bagi pokok kecil 3-4 butiran carbofuran pada lubang di pucuk pokok

     2. Rama-rama Artona (Artona catoxantha)
        Simptom: Larva memakan daun kelapa daripada bawah dan meninggalkan kesan makan yang berlajur-jalur di atas daun.  Daun yang teruk diserang akan kelihatan seperti terbakar.
Kawalan kimia: Racun monocrotophos (azordin) atau metamidophos (tamaron) pada kadar 5-10 m/pokok.

   3. Ulat Beluncas (Setora nitens)
       Simptom: Larva memakan daun daripada tepi ataupun tengah sehingga tembus
Kawalan kimia : monocrotophos atau metamidophos pada 5-10 ml/pokok

 Pembajaan

Baja 12:12:17:2 digunakan dengan kadar 100-150 gram sekali sebanyak 4 kali setahun.

 Kutipan Hasil

  1. Mula berbuah seawal berumur 3 tahun.
  2. Buah melebihi 25,000 biji sehektar setahun.
  3. Buah yang matang boleh dikenali dengan perubahan warna kulit daripada warna hijau kepada warna keperangan dan terdengar bunyi kocakan air apabila buah digoncang.
  4. Sepohon pokok boleh terjual RM 25-50.

Panduan Lengkap Tanam Kelapa Matag Untuk Hasil Yang Lumayan

Sumber: https://harizamrry.com

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI