Panduan bina surau di rumah, nak beribadah pun selesa. Kewajiban beribadah adalah tanggungjawab setiap muslim. Salah satu perkara wajib yang ditetapkan agama ialah solat lima waktu.

Benar, seorang muslim boleh menunaikan solat dimana mana sahaja asalkan tempat tersebut bersih dari sebarang najis dan selesa tetapi sudah tentunya kita mahukan yang terbaik kerana pada waktu itulah kita akan bertemu dan berbicara dengan Sang Pencipta.

Rumah sebenarnya melambangkan keperibadian pemiliknya, jadi dengan menyediakan kemudahan surau di rumah, melambangkan kepekaan kita pada perintah agama. Fasiliti surau di rumah bukan sahaja memudahkan kita beribadah malahan para tetamu juga tidak perlu bersusah payah singgah di surau atau masjid berhampiran untuk menunaikan solat ketika datang menziarah.

Rekaan surau kecil dirumah bukan sahaja boleh digunakan untuk solat berjemaah malahan boleh juga digunakan untuk kelas mengaji dan tempat perkumpulan ahli keluarga untuk memenuhi keinginan rohani mereka.

Antara tip rekaan surau untuk kediaman anda :

  1. Pastikan lokasi surau strategik dan nyaman serta memudahkan penggunanya.
  2. Saiz surau sebaiknya mengikut bilangan penghuni rumah supaya semua orang selesa melakukan ibadah .
  3. Rekaan berpandukan arah kiblat agar dapat menggunakan ruang dengan lebih efektif dan menyeluruh.
  4. Elakkan meletak pintu betul-betul berhadapan dengan ruang solat.
  5. Pilih warna yang menenangkan dan menyejukkan mata seperti warna hijau, biru dan putih.
  6. Surau perlu mempunyai pengudaraan dan pencahayaan semulajadi yang secukupnya.
  7. Selain itu, anda juga boleh menambah rak untuk meletak buku-buku keagamaan atau Al-Quran.
  8. Ditambah pula aksesori minimal yang tidak terlalu menonjol seperti artwork ayat-ayat suci atau 99 nama Allah.
  9. Paling penting, letakkan lah tempat mengambil wuduk berhampiran dengan surau yang dibina.

 

Panduan Bina Surau Di Rumah, Nak Beribadah Pun Selesa

Panduan Bina Surau Di Rumah, Nak Beribadah Pun Selesa

Panduan Bina Surau Di Rumah, Nak Beribadah Pun Selesa

Panduan Bina Surau Di Rumah, Nak Beribadah Pun Selesa

IKLAN

Panduan Bina Surau Di Rumah, Nak Beribadah Pun Selesa

Semoga niat yang baik akan mendatangkan hasil yang baik juga. Selamat menghias!

Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana

 

Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.

 

Panduan Bina Surau Di Rumah, Nak Beribadah Pun Selesa

IKLAN

 

Anda ingin tak memiliki set sofa yang cantik keluaran jenama Ella Furniture?

Jom sertai peraduan rakam video dan menang Ella Furniture. Anda berpeluang untuk memenangi set sofa bernilai RM12,000!

Bagaimana caranya? Mudah sahaja! Follow akaun tiktok rasmi Impiana dan Ella Furniture sekarang.

Rakamkan video berdurasi 1 minit mengapa anda mahukan set sofa baharu dari Ella Furniture.

Muatnaik rakaman video tersebut di akaun TikTok, Instagram atau Facebook peribadi anda.

IKLAN

Jangan lupa untuk tag Impiana dan Ella Furniture berserta hashtag #EllaXImpiana #EllaXSelebriti

Makesure akaun media sosial peribadi anda disetkan mod public! Sertai sekarang!

 

Panduan Bina Surau Di Rumah, Nak Beribadah Pun Selesa

 

 

 

 

https://www.youtube.com/watch?v=oZ2emar6IRo&t=1s

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI