
Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat tempatan yang terkenal dengan inovasi digitalnya, dengan bangganya mengumumkan pelancaran dua produk digital terbarunya iaitu aplikasi seeNi dan portal Kliik.
Pelancaran yang berlangsung di Hall 7, Kuala Lumpur Convention Centre ini telah disempurnakan oleh Naib Presiden Kanan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Ybhg Datuk Fadzli Abdul Wahit.
Aplikasi seeNi adalah SuperApp terbaru yang dibangunkan oleh Nu Ideaktiv dengan misi mengubah cara rakyat Malaysia menikmati kandungan digital.
Aplikasi ini menyediakan pelbagai jenis kandungan termasuk artikel, video, podcast dan siri seeNi Original.
Selain menikmati konten secara percuma, aplikasi ini juga memberi peluang kepada anda untuk menjadi pencipta kandungan dan menjana pendapatan melalui platform ini. Syok kan?
Pengguna juga dapat menikmati pengalaman interaktif seperti memberi tanda suka, mengulas dan berkongsi kandungan yang mereka suka.
Lebih menarik lagi, seeNi menawarkan akses kepada jenama-jenama media terkemuka seperti Sinar Harian, Astro Awano, Amanz dan Kita Family Podcast.
seeNi juga memberi ruang kepada pencipta kandungan seperti Hazeman Huzair dan Suhaib Henshin untuk berkarya.
Kliik.je pula merupakan platform yang interaktif dan berasaskan komuniti. Portal ini bertujuan untuk mencipta keterujaan dalam kalangan komuniti dengan menawarkan pelbagai menarik dan boleh mendapat ganjaran menarik termasuk akses kepada pertandingan, sampel percuma, event, seminar dan webinar.
Para pengguna boleh mendaftar di Kliik.je dan memilih tugasan serta cabaran yang bersesuaian dengan minat mereka untuk menikmati ganjaran yang ditawarkan.
Dengan aplikasi seeNi, rakyat Malaysia kini mempunyai akses kepada pelbagai jenis kandungan yang bukan saja mendidi, malah menghiburkan. Portal Kliik.je pula menjadi pusat komuniti yang memperkasa pengguna dengan pelbagai ganjaran dan peluang.
Ideaktiv yakin kedua-dua platform ini akan memainkan peranan penting dalam meningkatkan literasi digital dalam kalangan rakyat Malaysia dan pada masa yang sama, menyokong ekonomi digital negara.
Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, Ketua Pegawai Eksekutif Ideaktiv, menyatakan kegembiraannya dengan peluang untuk membawa inovasi digital tempatan kepada masyarakat Malaysia.
Beliau turut menyatakan bahawa ini merupakan langkah awal yang mengujakan dalam usaha Ideaktiv untuk membentuk masa depan digital negara.
Encik Syamil menekankan bahawa aplikasi seeNi dan portal Kliik.je bukan sahaja membawa nilai tambah kepada pengguna, tetapi juga menyokong pertumbuhan industri kandungan tempatan.
Pelancaran kedua-dua platform ini sekali gus menunjukkan komitmen Nu Ideaktiv untuk terus berinovasi dan menyediakan pengalaman digital yang lebih baik untuk semua.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
‘Hartanah Overhang’ Membimbangkan, Banyak Rumah Siap Dibina Bawah RM300K Tak Dapat Terjual!

Isi Kandungan
Toggle‘Hartanah Overhang’ cukup membimbangkan, banyak rumah dan unit kediaman yang dah siap dibina bawah RM300,000 namun tak dapat terjual! Satu demi satu kondominium baharu menjulang tinggi dan pembangunan komuniti berpagar baharu dibuka, namun kebanyakannya sepi tidak berpenghuni.
Memetik laporan Astro Awani, fenomena hartanah kediaman overhang atau unsold (tidak terjual) telah menyorot perhatian kepada jalinan rumit faktor ekonomi, sosial dan pasaran yang membentuk sektor perumahan negara.
Ia juga menimbulkan persoalan penting: mengapa begitu banyak unit kediaman yang sudah siap dibina ini dan sedia untuk diduduki tidak terjual, sedangkan begitu ramai rakyat Malaysia yang mendambakan kediaman milik sendiri?
Overhang Atau Unsold, Apa Bezanya?
Istilah hartanah overhang dan unsold sering digunakan secara silih berganti, sedangkan maksudnya tidak sama.
Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) menyifatkan hartanah overhang sebagai siap dibina dan sedia untuk digunakan, namun tidak terjual melebihi tempoh sembilan bulan selepas tarikh pelancaran.
Hartanah unsold pula terbahagi kepada dua, bergantung kepada tahap pembinaanya.
Kategori Unsold (Not Constructed) ialah hartanah yang belum dibina dan belum terjual melebihi tempoh sembilan bulan selepas tarikh pelancaran.
Manakala kategori Unsold (Under Construction) pula ialah hartanah yang dalam pembinaan tetapi belum terjual melebihi tempoh sembilan bulan selepas tarikh pelancaran.
Lanskap Semasa
Laporan terkini NAPIC pada tahun 2022 mendedahkan bahawa Malaysia mencatatkan 27,746 unit kediaman overhang pada tahun tersebut, dengan nilai keseluruhan RM18.41 bilion.
Ini peningkatan ketara berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya, baik dari segi jumlah mahupun nilai.Terdapat penurunan unit overhang dari tahun 2018 hingga 2020 (32,313 unit ke 29,565 unit) sebelum peningkatan yang ketara pada tahun 2021 (36,863 unit).
Trend ini juga dilihat dalam nilai keseluruhan unit overhang. Nilai overhang telah berkurang daripada RM19.86 bilion pada tahun 2018 ke RM18.92 bilion pada tahun 2020.
Bagaimanapun, ia meningkat semula pada tahun 2021 ke RM22.79 bilion. Namun, pada separuh pertama (H1) tahun 2023, sebanyak 26,286 unit perumahan berada dalam keadaan overhang, dengan nilai keseluruhan RM18.3 bilion.
Trend hampir serupa diperhatikan dalam jumlah unit belum terjual dari 2018 hingga H1 2023.
Pada 2018, terdapat sebanyak 80,984 unit perumahan bawah kategori Belum Terjual (Dalam Pembinaan). Jumlah ini berkurangan ke 54,844 pada H1 2023.
Bagi yang di bawah kategori Belum Terjual (Belum Dibina) pula, jumlahnya menyusut dari 19,865 unit pada 2018 kepada 7,927 unit pada H1 2023.
Sesuatu yang menarik perhatian ialah sebahagian besar daripada jumlah unit perumahan tidak terjual sepanjang tempoh itu semuanya bernilai bawah RM300k.
Faktor Penyumbang
Ada pelbagai faktor yang menyumbang kepada isu berpanjangan hartanah tidak terjual di Malaysia, kata Prof Madya Dr Hassanudin Mohd Thas Thaker, Pensyarah di Kulliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
“Ini termasuk ketidakseimbangan antara penawaran dan permintaan, kenaikan kos bahan mentah pembinaan dan lokasi projek pembangunan itu,” katanya.
Umum mengetahui lokasi memainkan peranan utama dalam pasaran hartanah. Ia faktor utama menentukan sama ada sesuatu unit hartanah itu berjaya dijual atau terbiar tanpa pembeli.
Lokasi tengah atau pinggir bandar dengan kesalinghubungan pengangkutan yang baik biasanya akan mendapat permintaan tinggi, manakala hartanah di lokasi terpencil atau kurang menarik mungkin menghadapi kesukaran menarik pembeli.
Punca utama begitu banyak unit perumahan tidak terjual – terutamanya yang berharga RM300,000 ke bawah – mungkin kerana lokasi yang kurang strategik, kata Hassanudin.
“Lokasi yang strategik amat penting dalam menarik pembeli. Ramai lebih suka tinggal berdekatan dengan pusat bandar kerana mendapat akses mudah kepada kemudahan yang diperlukan dalam kehidupan harian.
“Apabila projek perumahan mampu milik dibina jauh dari pusat bandar tanpa kesalinghubungan awam yang baik, penjualan rumah akan menjadi mencabar kerana gagal memenuhi keperluan pembeli. Ini menyebabkan unit-unit perumahan tersebut tidak terjual bagi tempoh yang lama,” jelasnya.

Kepentingan Lokasi
Beberapa kajian terkini tentang faktor yang mempengaruhi rakyat Malaysia dalam pemilihan kediaman turut menegaskan kepentingan lokasi.
Satu kajian yang melibatkan 312 peserta telah meneliti faktor yang mempengaruhi pembelian hartanah kediaman di Selangor. Lokasi sekali lagi dikenal pasti sebagai faktor penentu dalam membuat keputusan. Pada 2021 pula, satu kajian mengenai kecenderungan generasi muda dalam pemilihan tempat kediaman dijalankan di Shah Alam, Selangor, melibatkan 174 peserta.
Lokasi terletak di kedudukan ketiga daripada lima faktor yang diambil kira. Dalam kajian ini, faktor kewangan merupakan penentu utama, diikuti faktor kejiranan.
Dapatan kajian juga menunjukkan 72.6 peratus peserta lebih cenderung untuk tinggal di bandar manakala 14.23 peratus lebih suka tinggal di pinggir bandar. Baki 13.17 peratus memilih untuk tinggal di pedalaman.
Keseimbangan bekalan dan permintaan sentiasa berubah dalam pasaran hartanah Malaysia. Apa yang ditawarkan pemaju kadangkala tidak menepati kehendak pembeli.
“Di Malaysia masalahnya ialah jumlah unit perumahan yang ditawarkan jauh lebih banyak daripada permintaan,” kata Hassanudin.
Data perumahan NAPIC pada 2022 menunjukkan negeri dengan jumlah perumahan overhang tertinggi sepanjang tahun itu ialah Johor (5,258 unit), Selangor (3,698), Penang (3,593) and Kuala Lumpur (3,429).
Hassanudin berkata, situasi sedemikian merupakan contoh bagaimana naik turun jumlah bekalan dan permintaan hartanah saling menyumbang kepada hartanah kediaman overhang.
“Negeri-negeri ini sedang mengalami pertumbuhan ekonomi dan pembangunan yang pesat. Ini menyumbang kepada ledakan pembangunan hartanah, termasuk perumahan.
“Pasaran perumahan di kawasan-kawasan ini bertambah kompetitif bagi pemaju tempatan. Mereka terpaksa bersaing dengan pemaju asing dan ini mungkin mendorong mereka mengambil strategi agresif.
“Ini boleh mengakibatkan lambakan unit perumahan yang baru dibina, melampaui jumlah permintaan sebenar di kawasan tersebut,” katanya.
Kos Bahan Mentah
Bahan binaan merupakan asas kepada pasaran hartanah Malaysia. Apa jua perubahan kepada kos bahan mentah untuk pembinaan akan mengakibatkan kesan berlanjutan kepada seluruh lanskap hartanah.
Apabila kos pembinaan meningkat, pemaju mungkin perlu melaraskan harga. Ini boleh menjejaskan tahap kemampuan rakyat dan prestasi pasaran hartanah.
Dalam satu laporan Bernama awal tahun ini, Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA), Datuk N. K. Tong berkongsi tentang tindakan yang biasanya diambil pemaju apabila berlaku peningkatan kos bahan binaan.
“Pemaju tiada pilihan selain meningkatkan harga hartanah (purata pertumbuhan dua angka) atau mengurangkan margin keuntungan mereka,” kata Tong selepas menyampaikan dapatan Tinjauan Industri Hartanah REHDA 2H 2022 dan Prospek Pasaran untuk 2023.
Tinjauan itu melibatkan 136 ahli REHDA di Semenanjung Malaysia.
Seramai 68 peratus daripada responden turut menjangkakan kos bahan binaan terus meningkat sekurang-kurangnya selama 12 bulan lagi sebelum stabil.
Pada September 2023, laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengenai ‘Indeks Kos Bahan Binaan’ menunjukkan harga purata seunit besi RM3,620.05 bagi setiap tan metrik pada Ogos 2023.
Ini penurunan 0.1 peratus berbanding bulan sebelumnya, apabila ia dijual pada RM3,622.85 bagi setiap tan metrik.
Sementara itu, harga purata simen meningkat 0.2 peratus antara Julai 2023 (RM22.84 bagi setiap 50kg) dan Ogos 2023 (RM22.89/50 kg).
Meneliti Penyelesaian
Menjadi impian setiap rakyat Malaysia untuk memiliki rumah sendiri. Namun, impian ini sukar dicapai tanpa tindakan kerajaan dalam memastikan harga rumah dalam jangkauan mereka.
Kerajaan persekutuan telah mewujudkan beberapa insentif seperti Skim Jaminan Kredit Perumahan, Program Rumah Mesra Rakyat, dan Rumah Selangorku di bawah kerajaan negeri Selangor.
Dalam semakan semula Bajet 2023 yang dibentangkan di Parlimen awal tahun ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengumumkan usaha kerajaan untuk meningkatkan perkhidmatan asas termasuk perumahan.
Bagi menggalakkan pemilikan rumah, Anwar menyatakan bahawa kerajaan akan meneruskan pengecualian duti setem bagi pemilikan rumah pertama dengan pengecualian sepenuhnya bagi rumah bernilai RM500,000 ke bawah.
Selain itu, pengecualian sebanyak 75 peratus diberikan bagi rumah bernilai lebih RM500,000 hingga RM1 juta.
Pada pembentangan Bajet 2024 pula, Anwar mengesahkan komitmen kerajaan MADANI untuk memperbaiki isu berkaitan perumahan di Malaysia.
Hampir RM2.47 bilion akan diperuntukkan bagi projek perumahan pada 2024. Ini termasuk RM546 juta untuk memastikan 36 Program Perumahan Rakyat (PPR) diteruskan dengan 15 lagi dijangka siap pada tahun hadapan. Sejumlah RM358 juta juga diperuntukkan bagi 14 projek di bawah program Rumah Mesra Rakyat.
Terdapat juga pertambahan peruntukan bagi skim SKJP, dengan hampir RM10 bilion diperuntukkan untuk manfaat 40,000 peminjam.
Anwar juga mengumumkan pengambilalihan projek Bandar Malaysia oleh kerajaan sambil memastikan pembangunan yang dijalankan sejajar dengan nilai-nilai kerajaan MADANI. Antara projek yang dirancang ialah projek perumahan mampu milik untuk veteran dan penyediaan taman-taman serta ruang hijau bagi penduduk Lembah Klang.
Untuk mengawal harga harta tanah, kerajaan merancang mengenakan duti setem pada kadar rata empat peratus ke atas surat cara pindah milik harta tanah oleh individu bukan warganegara dan syarikat milik asing, kecuali individu pemastautin tetap di Malaysia.
Hassanudin yakin inisiatif sedemikian dapat membantu mengurangkan jumlah kediaman tidak terjual, di samping membantu golongan berpendapatan rendah dan pertengahan merealisasikan impian memiliki rumah.
“Pemaju dan pihak berkepentingan juga perlu mempertimbangkan penggunaan bahan mentah tempatan untuk pembangunan projek perumahan. Selain itu, mereka juga perlu memperbaiki strategi kewangan mereka menggunakan teknik pengurusan risiko hartanah yang betul.
“Ini agar projek perumahan dapat disiapkan tepat pada masanya. Keterbukaan terhadap gaya pembinaan yang pelbagai dan kerjasama antara kerajaan dan syarikat swasta untuk projek perumahan berpatutan juga dialu-alukan,” katanya.
Hassanudin juga menasihati bakal pembeli dan pelabur agar berhati-hati ketika membuat keputusan dalam situasi lambakan unit perumahan tidak terjual.
“Mereka perlu menilai dengan berhati-hati semua aspek projek pembangunan termasuk pemeriksaan latar belakang dalam industri hartanah semasa, profil pemaju selain memahami kitaran ekonomi.
“Ini akan membantu mereka membuat keputusan yang lebih bijak mengenai masa yang sesuai untuk membeli atau melabur dalam pasaran perumahan,” katanya.
Hassanudin berkata bahawa Malaysia boleh melihat kepada kaedah yang digunakan oleh negara-negara jiran yang telah berjaya mengatasi cabaran serupa melalui pelaksanaan dasar dan strategi perumahan yang baik.
Lembaga itu ditubuhkan pada tahun 1960 sebagai tindak balas kepada krisis perumahan yang dihadapi Singapura ketika itu. Pada masa itu, ramai warganegaranya hidup dalam kawasan dan perkampungan setinggan yang sesak, dengan hanya sembilan peratus penduduk Singapura tinggal di flat kerajaan.
“Apa yang kita boleh pelajari ialah kepentingan mengkaji semula dasar secara berterusan, selain menambah baik projek perumahan agar memenuhi keperluan rakyat dengan pendapatan berbeza.
“Selain itu, tindakan mengimbangi gaji dan kos sara hidup serta menyediakan potongan gaji khas untuk pembeli rumah pertama mungkin dapat membantu mengatasi permasalahan ini,” kata Hassanudin.
– BERNAMA
Mesti Baca: Ubahsuai Tanpa Kebenaran, Premis BILIK SEWA ‘Sangkar Burung’ Diarah Roboh!
IMPIANA: Harga rumah yang terlalu tinggi dan sangat tak mampu milik serta kos sara hidup yang semakin meningkat tak setimpal dengan pendapatan yang diperolehi menyebabkan memiliki kediaman sendiri kini hanya tinggal impian.
Sumber: Astro Awani
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Guna Satu Bahan Ini Sahaja, Masalah Serangga Kutu Beras Dapat Dihapuskan Dengan Mudah!

Mungkin ada di kalangan anda yang menghadapi masalah kutu beras di rumah dan tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Jangan ada yang tidak tahu, kini ada cara yang anda boleh lakukan untuk menghapuskan serangga perosak itu dari kediaman anda buat selama-lamanya.
Malah, ada cuma hanya memerlukan satu produk sahaja untuk menghalang daripada makhluk serangga perosak ini hidup dan bermaharajalela di dalam bekas simpanan beras anda.
Apa yang ada cuma perlukan adalah sebuah kotak ‘Rice Protector’ yang dijual di kedai barangan kelengkapan rumah, Daiso. Untuk pengetahuan anda, produk ini mengandungi beberapa peket kecil cili yang digunakan sebagai pembasmi makhluk serangga perosak kutu beras.
Caranya mudah sahaja, anda cuma perlu meletakkan sepeket ‘Rice Protector’ ini ke dalam bekas simpanan beras anda dan ia terbukti mampu bertahan daripada sebarang makhluk serangga perosak selama tiga bulan. Mudah bukan?
Sekiranya anda mahu mendapatkan produk ‘Rice Protector’ ini, anda boleh membelinya di mana-mana cawangan kedai Daiso di seluruh Malaysia atau anda boleh sahaja mendapatkan ia dengan membuat pembelian secara dalam talian di aplikasi Shopee.
Klik di sini untuk membuat pembelian.
Sumber: Facebook Pemburu Tiket Murah
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Ingin Ruang Dalaman Rumah & Laman Tampak Lebih Mewah? Gunakan Lampu Dinding LED Moden Ini
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Penting Atau Tidak Audio Dalam Rumah

Bagi sesetengah pemilik kediaman gemar menghidangkan kediaman mereka seolah berada di resort mewah, alunan muzik yang mendamaikan disetiap sudut membuatkan jiwa sentiasa tenang dan terasa seakan berada di tempat percutian. Aksesori seperti ini bukan sahaja membuatkan rumah menjadi tenag dan damai dengan alunan muzik kegemaran malahan ia membuatkan ruang kediaman anda dalam keadaan kelas yang tersendiri.
IMPIANA tertarik dengan sistem audio jenama daripada Britain ini, Ruark audio menyajikan pelbagai jenis rangkaian untuk dijadikan pilihan untuk semua golongan pemilik kediaman. Mana satu jadi pilihan anda? R7, R5, R3, MR1 dan MRx diciptakan untuk pengguna yang arif yang menghargai sistem audio dengan reka bentuk moden.
Jenama bunyi dari Britain, Ruark Audio membawa sistem suara mewah ke Malaysia. Dengan melantik VSTECS Astar sebagai pengedar rasmi & tunggal untuk pasaran Malaysia, para pencinta muzik yang kini dapat menghargai daya tarikan sistem bunyinya yang hangat dan penuh kesempurnaan.
Sinergi sempurna antara audio dan reka bentuk
Ruark yang terkenal dengan keseimbangan sinergi antara reka bentuk kabinet, penguat dan unit pemacu. Lima sistem muziknya dilengkapi pemacu bunyi Ruark Audio yang diperkemaskan dengan Kelas A-B, yang ditata dalam ruang kompak yang diselaraskan untuk memberikan keadaan yang ideal untuk mereka. Akibatnya, R7, R5, R3, MR1 dan MRx semuanya dapat memperbanyak lagu dengan cara yang sama seperti mereka merakam, dengan ini suasa seakan mencipta panggung suara semula jadi dalam gaya hidup.
Alan O’Rourke,Pengasas dan Pengarah Urusan Ruark Audio berkata: “Impian kami adalah merancang sistem muzik yang pertama kali menarik perhatian anda, dan kemudian ke telinga anda. Kami secara peribadi menguji banyak kombinasi fabrik, kayu dan bahan lain untuk mencari bunyi khas Ruark – mewujudkan panggung suara yang indah seperti yang kelihatan di rumah anda. ”
“Sebagai pengedar tunggal Ruark Audio di Malaysia, kami gembira dapat membawa sistem suara yang luar biasa ini, masing-masing disesuaikan dengan estetika dan penambah baikan untuk bunyi dan teknologi yang pasti akan menarik perhatian peminat muzik dan peminat reka bentuk,” kata Soong Jan Hsung, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan VSTECS. “Ruark Audio membawa kami sistem suara ikonik di masa depan, bunyi yang menderu dan hangat, penuh rasa sensual yang memikat agar sesuai dengan reka bentuk minimalis kediaman moden.”
.
R7 – RADIOGRAM DIKEMBALIKAN
Sebelum munculnya sistem hi-fi pada tahun 1970-an, radiogram – radio dan pemain rakaman digabungkan menjadi satu – adalah sistem muzik pilihan yang diinginkan. Ia sering dibuat dari kayu yang digilap agar sesuai dengan perabot pada zamannya. R7 menggunakan warisan radiogram yang menyediakan pelbagai pilihan sambungan, dan juga berfungsi sebagai perabot moden yang indah untuk kediaman.
Dikuasakan oleh dua pemacu dual konsentrik Ruark Audio bersama dengan subwoofer penembakan ke bawah, bersama dengan penguat kelas A-B bersepadu, R7 serba boleh menjadikan pengalaman mendengar lebih realistik dan menyeronokkan. Sistem yang dapat disesuaikan ini menyediakan akses ke pelbagai pilihan muzik dari stesen radio ke streaming Bluetooth dan Wi-Fi. Sesuai dengan semangat radiogramnya, ia juga mengandungi pemain CD yang memuatkan slot untuk peminat CD. R7 dapat dikendalikan dengan mudah dengan alat kawalan jauh Rotodial tanda dagangan Ruark, yang tidak perlu ditujukan pada sistem untuk mengendalikannya. R7 dibina untuk menjadi hiasan di sebuah ruangan, dengan kabinet kayu buatan tangan yang indah, kain akustik kontemporari dan panel depan kaca jernih.
.
R5 – SISTEM MUZIK ALL-IN-ONE UNTUK RUMAH
R5 membuat penambahan yang bergaya untuk mana-mana rumah kontemporari dengan kabinet buatan tangan yang melengkung, gril kain taktil dan komponen logam yang ramping.
Tanda aras untuk penciptaan adalah R7 milik Ruark sendiri. Ruark telah mengurangi model unggulannya sendiri untuk menghasilkan sistem yang hanya menjadi perintis. Penguat kelas A-B dan dua pemacu jarak jauh Ruark Audio bersama dengan subwoofer penembakan ke bawah, duduk dengan selesa dalam kabinet yang dilembapkan dan diselaraskan secara optimum untuk menghasilkan panggung suara stereo dengan sonik yang serupa dengan sistem yang lebih besar dengan pembesar suara yang berasingan.
Untuk pemutaran, R5 hampir mencakup setiap pilihan, mulai dari streaming Wi-Fi dan Bluetooth hingga pemutaran CD dan bahkan input putar khusus RIAA. Ia juga dilengkapi dengan pengawal RotoDial Ruark untuk kawalan yang mudah.
.
R3 – Sistem muzik yang bergaya dan padat dengan suara yang luas
Dilengkapi dengan penguat Kelas A-B dua saluran dengan kesetiaan tinggi dan dilampirkan dalam kabinet kayu buatan tangan, R3 memberikan prestasi dinamik yang serupa dengan sistem bunyi yang lebih besar sambil digandakan sebagai perabot moden untuk kediaman.
Gabungan bahan taktil dan mewah R3 menyaksikan kesinambungan bahasa reka bentuk Ruark yang menarik dan menarik. Ini memancarkan kualiti dan keahlian premium, dari bentuk lengkungan kabinet buatan tangan hingga kesegaran paparan kaca, kehangatan gril kain tenunan hingga pengawal RotoDial tanda dagangan kami.
Keajaiban satu kotak yang sangat serba boleh dan padat ini menawarkan pilihan mendengar yang komprehensif untuk setiap peminat muzik. Streaming lagu dari perkhidmatan muzik kegemaran anda seperti Spotify Connect, TIDAL, Amazon Music dan Deezer melalui Wi-Fi atau Bluetooth aptX, akses fungsi Radio Pintarnya untuk menyesuaikan diri dengan stesen internet, DAB / DAB + atau FM, atau memutar CD menggunakan pemain onboard.
R3 juga dapat menjadi bagian dari penyediaan TV dan Rumah Pintar anda, dengan input analog dan digital yang dapat diubah sehingga peranti seperti TV, Alexa Echo Dot atau Google Home Mini dapat disambungkan dengan mudah.
.
MR1 – UCAPAN BLUETOOTH MENANG ANUGERAH
Boleh disesuaikan dan moden, pembesar suara Bluetooth MR1 yang ringkas namun kuat akan memenuhi ruangan dengan nota semula jadi dan penuh tanpa menguasai ruang.
Dengan tweeter dan woofer Ruark khusus dan dilengkapi dengan penguat Kelas A-B, MR1 yang sederhana dapat menghasilkan suara sensasi dengan dinamika dan ketepatan sistem yang lebih besar. MR1 juga boleh berfungsi sebagai unit mono dan boleh dibawa dengan senang ketika bercuti atau turun ke pantai.
.
MRX – UCAPAN WIRELESS SLEEK YANG DITENTUKAN UNTUK PENGGUNAAN MUDAH
Keindahan MRx mudah alih dan mudah didapati terdapat dalam kesederhanaannya – bukan hanya dalam reka bentuk yang canggih, tetapi juga kemudahan penggunaannya.
Siapkan MRx anda dengan sambungan cepat ke Bluetooth, internet jalur lebar, input USB atau analog, dan ia akan segera mula membuat panggung suara yang menolak dimensi kecilnya. Daripada menggunakan pengawal, pemilik hanya boleh mengawal MRx melalui aplikasi khusus (UNDOK).
Produk
R7, R5, MR1 dan MRx tersedia untuk pembelian sekarang dan R3 akan tersedia di pasaran Malaysia pada akhir bulan Ogos di kedai terpilih dan kedai dalam talian berikut:
· Atlas Sound and Vision Sdn Bhd (Pusat Pengalaman Ruark) di The Gardens Mall
· Mac Studio Sdn Bhd di BB Plaza KL dan Bangsar Shopping Centre (BSC)
· Alat Gadget (dikuratori oleh Foto Flash Sdn Bhd) di Sunway Pyramid
· Kedai dalam talian Lazada
· Kedai dalam talian Shopee
Bagi yang menginginkan
Dari kiri: Kenny Low, Business Development Manager, VSTECS Astar Sdn Bhd, Soong Jan Hsung, Chief Executive Officer, VSTECS Group, Andrew Ching, Senior Product Manager, VSTECS Astar Sdn Bhd.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI