Cermin sebagai elemen dekorasi telah menjadi trend pada masa kini. Ini bagi memberi karakter pada sesebuah ruang agar tampil lebih menarik selain dapat memberikan ilusi ruang yang luas. Ia juga merupakan salah satu idea feature wall yang paling mudah untuk diterapkan.

Tetapi satu masalah yang bakal mengganggu proses menampal cermin adalah keadaan dinding yang tidak rata. Seperti perkongsian saudari Affan Ali di laman facebook, yang pada mulanya menghadapi kesukaran menampal cermin pada dinding kediamannya yang tidak rata. Tetapi hasil dari idea bernas yang disokong oleh suaminya, Puan Affan telah berjaya mendapat solusi yang kemudiannya telah dikongsi bersama. Mari kita lihat bagaimana mahu menyelesaikan masalah ini. Semoga bermanfaat dan semua mendapat inspirasi dari perkongsian ini.

IKLAN

“Sekadar pengkongsian. Jika nak tampal cermin mesti ada masalah dinding tak rata bukan? nah saya ada tips untuk dapat hasil yang cantik & kemas. Saya sendiri pun try and error juga. Pada mulanya tampal begitu sahaja pada dinding. Frust tak cantik, senget benget. Yang paling sedih, cermin tu sempat juga lah 2 keping jatuh dan pecah. PANGGGG!!!


Berkecai.. lastly tiba-tiba dapat idea nak buka semula semua cermin yang sudah ditampal kemudian nak tampal di atas plywood dulu. Ingatkan idea saya tu tak logik, bagitahu suami. dan dia cakap cuba lah. Terus saya beli plywood di hardware. Beli yang paling nipis ya.


Dlm RM20++ sekeping. Besar size tilam queen gituu. Mula-mula drill plywood pada dinding. Setelah selesai, baru lekatkan balik guna gam xbond construction tu. Boleh cari di Mr.Diy tak sampai RM10. Hasilnyaaaa Alhamdullillah puas hati. Semua boleh try tips ini”