Mengapa Kayu Perlu Dirawat?

Salah satu jenis kulat yang mudah menyerang kayu ialah kulat pereput putih (Phanerocaete chrysosporium). Kulat ini daripada famili Basidiomicetes dan Ascomycetes yang merupakan penyebab utama reput putih pada kayu (Hataka, 1994 seperti disebut oleh Zheng dan Obbard, 2002). Sebagai langkah penjagaan terhadap kulat, kayu-kayuan terutama dari sumber yang kurang ketahanannya seperti kayu getah (Hevea brasiliensis ) perlu melalui rawatan awet sebelum digunakan. Walaupun proses merawat kayu memerlukan kos yang agak tinggi, tetapi pengalaman telah membuktikan bahawa jangka hayat kayu yang dirawat lebih panjang, mempunyai kekuatan fizikal yang jauh lebih baik serta menjimatkan kos bagi jangka masa yang panjang.

Tujuan Pengawetan Kayu

Rawatan awet terhadap kayu-kayu biasanya dilakukan dengan menggunakan bahan-bahan kimia. Rawatan ini penting kerana ia membantu mengekalkan ketahanan kayu dan memanjangkan usia terhadap rintangan cuaca ekstrem. Antara tujuannya ialah:

  • mengelakkan kayu diserang serangga dan cendawan
  • melambatkan rebakan api ketika kebakaran

IKLAN

Ciri-ciri bahan pengawet:

  • Amat beracun terhadap kulat, cendawan, serangga perosak.
  • Boleh kekal dalam kayu dan tidak meruap atau tersejat keluar.
  • Terdiri daripada bahan yang mudah meresap serta menembusi ke dalam sel kayu.
  • Tidak toksik kepada manusia dan haiwan serta mudah digunakan.
  • Murah dan mudah didapati.

 

Jenis-jenis Bahan Pengawet

IKLAN
  • Merupakan terbitan sebatian kuprum, natrium dan zink yang menggunakan bahan asas air, minyak dan gas.

Pengawet asas air 

  • Larut dalam air, tidak berbau dan mudah diaplikasikan
  • Contoh: kuprum arsenat, zink biflourida.

Pengawet asas minyak 

  • Pelarut minyak meruap seperti diesel / kerosene. Kayu akan berbau minyak tersebut.
  • Contoh: pentaklorofenol, zink naftenat, kreosot.

 

IKLAN

Teknik sapuan cat terhadap permukaan kayu

Jika anda mempunyai struktur kayu di taman seperti gazebo, pergola, pagar kayu, dek kayu dan sebagainya anda wajib membuat rawatan kayu dalam tempoh dua atau tiga tahun sekali. Gunakan berus sebagai medium sapuan. Sebaiknya sapuan tersebut mestilah dua atau tiga lapisan kerana andai hanya sekali sapuan maka ia kurang berkesan dalam memberi perlindungan kepada permukaan kayu anda.